Search This Blog

Monday, August 11, 2014

Jalan-jalan raya..

ahad lepas, paksa suami cuti.
bukan kelmarin, ahad 3hb nun..
dia cuti 1st raya je, so tak sempat g memana bersama2.
so, aku minta dia replace off day dia ke hari ahad.
seb baik dapat..
sebab nak g beraya..
mihmihmih...

nak ke rumah sedara mara dia jugak.
yg dah lama tak pegi, yg memang pegi masa raya je..
hahaha..
baek tak bini dia nih?
tolong ingatkan, nnt raya kita g sini, sini sini ehhh..
last kita pegi, raya haji thn lepas nu papa oii..
plan pungpangpungpang, okes, nak pegi beraya ahad tu.
mama ayah and akak dia pun join skali.
last minit, cancel pulak dahhh..
tapi aku anak beranak dah tgh siap2 dah.
takpelah, jom lah kita pegi kita anak beranak jelah.
bukan tak tau jalan pun kan?

paling syiok, haruslah cik kuntum.
bangun pagi, mama cakap, mandi awal, kita nak g beraya.
bawak keluar baju raya kesukaan dia, terus menggedik2 seronok.
kesian pulak aku tgk.
yelah, raya tak g memana kan?
cakap nak g beraya, terus seronok dia.
siap cakap, " nak pakai baju raya ke mama?"
ye nakkkk..
baik je dia pagi tu, ikut je cakap mama.
exsited sgt nak g jln..
tapiiiiiiiiiiiiiii.... dah family mentua tak jadi pegi, laki aku buat ilex jeeeeeeeeeeeee.
aku dah bara dah nii.
kita siap dari pkul 10 pagi kutttt...
end up, pkul 11.30 baru keluar umah.
dia buat rajin g cuci sangkar kucing la, cuci karpet kereta laaaaaaaaaaaaaaa.
haishhh.. dah la panas kan?
dah siap2, berpeluh2 pulak nak nunggu dia siap.
sudahnya aku g duk dlm kreta buka aircond.. haaaa, cepat sket dia siap.
biasa dia tuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

otw, Amni is seronok okes..
cakap2, gedik2 sensorang dia..
kami layan jelah gedik dia tu.
skang ni klau cakap nak keluar, g jenjalan, mmg dia seronok.
boring duk umah kut..
huahuahua..


selfie anak beranak dlm kereta sket..
ehehehe..
tengok la muka ceria cik kuntum tu... dan jugak apaknya...
muka mak paling penuh. +____+
ni je gambar yg ada.
Amni pakai baju raya tok umi jahit.
kain tu aku yg pilih, then tok umi buat utk dia ngan kaklong, cucu perempuan dia la..
Amni suka sangat baju tu, maybe sebab comels.
warna pepel, bunga2 gitu, mmg sesuai utk budak.
tu sebab dia suka kut.
mama pun pakai baju baru.
jubah, pun mak aku jahitkan.
seb baik siap gak, sebab mak aku kata tak siap.
iolls dah sentap2 dah sebab takda baju raya..
hehehehe..
kaler krim, plain je pon.
pastu aku jahit sket lace kat bawah tu.
tudung, halfmoon from vietnam.. gitewwww..
takda gambar penuh pulak..
tak kuasa nak ambik gambar.
gemok!

g umah sedara tu, makan bihun goreng.
takda nasi sebab janji nak datang pagi.
diorg tunggu dari pagi kut sebab ayah dah kol.
skali yg sampai kami 3 beranak je.
ditapawnya bihun tu suh bawak balik.
ater, org masak banyak la kan dah kata ramai nak datang..
siap mkn buah rambutan bagai..
pastu g umah kawan lama aku jap.
umah along kat Jitra.
dah alang2 kat situ.
lama kut tak jumpa along, so jomlah pegi kejap.
seronok dia tgk aku datang.
sebab dia tak berapa sihat skang ni.
duk umah je, tak keja.
kena strok 6thn lepas.
umo baru 25 camtu dah kena strok.
kesian ok.. now dah ok, cuma masih ada kesan tu.
pas umah dia g umah kak su pulak.
taman dekat2 situ jugak, dekat malau.
seronok Amni main dgn Ayra walaupun memula dedua malu2.
makan kuih raya, sembang2, dah jom balik.
laki aku mata dah stim, ngantuk katanya.
pkul 3 camtu kut time tu..
balik umah mak aku, jomlah kita tdor..

sabtu lepas baru ni g jln lagi.
alah g 1 umah je pon, umah sedara mak mentua kat alor setar.
diorg buat open house, skali dgn kenduri kesyukuran.
so, mama nak pegi, kenalah anak jantan dia bawak.
nak tgk umah baru diorg katanya..
jomlah kita pegi, jumpa sedara mara yg dah lama tak jumpa.
nak pegi sampai penang nun, tak kut, mama tak kuat sgt, aku pun sama
pegi pun dah petang sebab nunggu laki aku balik keja dlu.
kluar pkul 4ptg, pkul 8mlm dah ada kat umah.
punnn Amni jugak yg seronok lebih nak g jalan..
sebab pakai baju baru, baju raya... hahahaha.
takda gambar sebab dia duk tak diam dlm kreta.
sampai umah org, terus melantak.. lapaq oih..
lepak2 kejap, sembang2, pastu balik.

so, tu jelah jalan2 raya kami anak beranak.
pasni takda dah kut.
huahuahua.. gila boring..
nak buat camna, mak not available kan?
thn depan lah kita raya beria sket, dgn org baru..
ecewahhh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...