Search This Blog

Loading...

Friday, August 22, 2014

Monthly checkup

hari rabu lepas aku cuti.
g checkup kat klinik kesihatan kangar.
monthly checkup.
terasa nak bawak cik kuntum skali.
harap dia behave.
saja nak bawak dia keluar, jalan2..



dek kerna nak bawak dia, lewat sket keluar.
nak siap dia, nak siap mak, end up pkul 10 jugak baru keluar.
aku dah lapar tak ingat, hentam jugak coklat panas segelas dgn roti putih 2 keping.
tak brani mkn bnyk sgt, kang urine test tak elok pulak.
Amni minum susu je, tak nak makan apa2.

Amni ni suka tgk org.
nak2 klau g klinik, tgk baby banyakkan?
pastu ada pulak yg sebaya dengan dia.
dia blh ralit je tgk org buat apa.
and alhamdulillah, dia behave je.
cumanya, cakap banyak, tanya itu ini.
biasalah dia tu.
tapi takda nak meragam, menangis merempan ke apa.
dia klau dgn aku tak berani nak buat hal sgt.
dgn papa je, sebab papa over melayan.
klau mama, when mama say no, means no.
bgtau sebab musabab, cong lebih kurang sket, dia ok.
tapi papa jujur sgt, ikut je apa anak nak.
pastu sendri tensen sebab anak mengada.
nasib kaulah labu..

check up hari tu cuma ambik urine je.
aku beria telan iberett siang mlm ingatkan nak ambik darah skali.
baru 2 minggu lepas ambik darah katanya, bacaan ok, 11.1
muahaha
before this, 3 kali kut ambik darah duk 10.++.
takmau naik2.
maybe sebab puasa, kut la..
berat pun naik 1kg.
yay!
memula puasa kan turun sampai 2 kg.
pastu tak naik2.
awal bulan hr tu naik 1kg, ni naik lagi 1kg.
duk peknen ni, klau berat tak naik, merisaukan jugak.
klau tak, haruslah lompat bintang kan klau berat turun.

check perut bagai, smua nampak ok.
kaki pun tak bengkak lagi.
nurse pun kali ni tak bnyk ckp sgt.
sokay la, aku pun tak koser nak dengar benda yg remeh2 tu kan?
eh eksyen ko yek.
taulah bukan anak sulung kan?
klau anak sulung dlu, bila nurse check up ala kadar, rasa nak tumbuk je.
dah kita tak tau apa2, dia pulak gitu2 je buat keja.
ni dah 3 kali pregnant, takpelah.
klau dia bgtau apa2 yg dah sedia tau, aku ya kan jelah.
pastu dia suh jumpa doc.
utk apa ntah.
aku pun ikut jelah, g nunggu kat depan bilik doc pulak.
Amni dah ajak balik dah time tu.
biskut dah habis 4 keping, mula nak boring dah.
dah start minta susu pulak.
seb baik tunggu doc tak lama, dlm 10 minit dah panggil.
time tu dah pukul 11++.
pegi lewat best gak eh, org tak ramai.
jumpa doc ingat nak check perut ke apa, nak scan ke.
nan hadoooo.
dia tanya2, pastu note sket, dah habis.
tu je??
dia tgk kat card, da appointment ngan doc minggu depan, so follow yg tu je.
haiyaaaaaaaaaaaaaa..
buang masa btoi.
takpelah, ikut jelah, tak beban sangat pun..

check up kat klinik kerajaan ni korang tau lah cemana.
kena pulak aku kat klinik kangar.
klau klinik desa tu maybe tak lama sgt.
huish, nak menunggu tu memang the worst part lah.
tapi skang ni tak lama sgt mcm dlu.
sebab diorg dah tetapkan kita dengan nurse tu dari awal sampai beranak.
so, waiting time tu bule diterima la.
klinik kerajaan ni ramai org.
tak suka tunggu, duit banyak kalu, g check kat hospital private.
tapi kat kedah perlis ni, hospital private berapa kerat je.
aku pegi jugak, buat futher check up.
jumpa doc yg lebih pakar.
ko bayar pun, tetap kena menunggu jugak.
kadang2 mau depat sejam jugak nak jumpa doc.
sama je.

cumanya klau pegi private ni ada la kelebihannya.
dapat jumpa doc terus, nak tanya apa2, senang.
kat klinik kerajaan, biasa2 jumpa nurse je.
sebulan 2, baru jumpa doc.
takda masalah apa, nurse jelah yg check.
sesaja nak jumpa doc tu, tak la kut.
scan pun ada jadual, bukan tetiap bulan.
klau g private, tiap2 bulan dia scan.
hujung2 tu bayar jelah kan?
pilihan di tgn masing2.
pendek kata, ada duit takda hal.
hehehehe..
aku mana2 pun ok je.
pegi jelah klinik kerajaan.
dekat je pun.
nak lebih, ada apa2, baru g private.
kali ni awal2 dlu aku g kat INS Specialist tu.
masa duk mabuk teruk, bleeding bagai tu.
dah hujung2 ni malas pulak aku nak pegi.
sebab tak rajin nak ambik cuti dah.
pegi klinik, pastu pegi spital, pastu nak pegi lagi private hospital.
aishhh, malas..

aku buka buku merah kat klinik kerajaan, then beranak pun spital kerajaan jugak.
ater, aku pun keja kerajaan.
bule duduk 1st class uolls..
hahahaha..
kak yah tak bnyk duit sgt nak beranak kat private.
ribu2, mana nak cekau.
alhamdulillah, dah 2 kali beranak, so far ok je.
moga2 kali ni pun ok jugak. Amin!!

balik tu g hantar borang sekolah Amni utk tahun depan.
beriya cik kuntum tu ingat nak hantar dia masuk skolah dah.
masuk pagar skolah siap babai2 kat mama.
ahahahaha..
pastu hairan napa cikgu tak buka pintu, tak kasi dia masuk.
org dah excited habis dah ni..
hihii.. tak sabar nak g school eh?
thn depan ye kakak..
bukan sekarang, ni baru nak hantar borang.

blk tu, beli makan.
perut masing2 dah lapar.
kenyang perut, jom tidor, mak dah letih.
skang ni dah masuk 8 bulan ni, aku cepat letih.
dah makin besar kan?
klau bule baring tu, alahai, nikmatnya.
skang ni pulak dah start sakit kat bawah tu.
dia punya menekan tu, uishhhhhhhhhhhhhh, no words.
klau duk baring paling terasa.
ngap2 je rasanya.
selalu aku tidor mengiring ke kanan.
dah lenguh, nak pusing ke kiri pulak.
nak pusing ke depan pun takes time okeh.
pastu dia punya beradoi tu, adussssssssssssss..
rasa menekan btoi kat bawah.
sakit wohhh.
mengiring pun klau tak kena gaya, sakitt ya amat.
baby makin besar, masa pun dah tak lama, duk menekan la kut.
tu tak kira lagi, bila tiba2 rasa mencengkam kat pundi kencing.
huishhhhhhhhhhhhhh..
skang ni aku kencing kerap btoi.
letih nak berulang g toilet.
kadang2 sejam tu mau 3 kali.
banyak plak tu, padahal tak minum bnyk pun.
takpelah, mama redho je nak oi.
asal awak kat dlm sihat elok je.
walau duduk tak diam.
yg ni aktifnya lain mcm.
lain dari Amni dlu.
kadang2 mau tersentak aku bila sesekali dia bergerak.
duk berenang ke berkungfu ke apa aku tak taulah kat dlm tu.
beralun2 perut ni ha.
ngilu jugak kadang2.
tapi itulah best moment, bila dia bergerak.
seronok tak tau nak habaq!
skang ni, antara waktu aktif dia ialah time aku bawak kreta blk keja.
bawak kereta relax je bila ptg2 tu.
bila dia mula mengeras, aku sandar and just feel it.
mula la dia pun nak tekan brek sama.. hahahaha..

what ever it is, mama harap awak elok je kat dlm eh..
lambat lg nak keluar.
ikutkan sebulan lebih lagi.
takpe, duduk dlm dlu.
nnt kita jumpa ehh baby?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...