Search This Blog

Loading...

Thursday, August 07, 2014

Perkembangan fetus - hamil 30 minggu


uteruscecair amniomata
Paru-paru bayi anda dan salur penghadamannya hampir matang sepenuhnya. Walaupun pertambahan ukuran panjang bayi anda menjadi lebih perlahan mulai sekarang (dia berukuran 40sm dari mercu kepala ke jari kaki), beratnya akan terus bertambah hinggalah sampai masa dia dilahirkan.

Pada minggu ini, bayi anda terus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah daripada gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh mengikut cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya dapat merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 semasa bayi dilahirkan kerana bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 20sm hingga 30sm. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan perkembangan ini, bayi anda kini sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi jumlah ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi menjadi semakin besar, janganlah bimbang jika anda rasa sesak nafas, atau rasa seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ini hanyalah kerana uterus anda menekan diafragma anda. Walau bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Pada minggu ke-34 kehamilan (atau sejurus sebelum kelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasuki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Bernafas dan makan akan lebih mudah selepas itu.

sumber



3rd trimister, dah masuk 30minggu.. weeeeeeeeeeeeeee..
10 weeks to go.
pejam celik, pejam celik dah masuk 30w.
ikut hari dah masuk 31w dah pun.
tapi  klau ikut berat bby, baru 29w++ camtu.
mana2lah..
last time check dgn gynea, estimate berat bby dalam 1.3kg.
oklah.. doc kata ok je dgn usia dia.
perut aku tak besor mana pun.
Amni dlu 35w, 1.8kg je.
pastu membesar dgn jayanya, Alhamdulillah..
kali ni pun aku rasa tak besar mana adik baby.
baju2 beli saiz s ngan newborn je.
takpe, janji awak sihat walafiat, mama ok je.
doa mama kali ni, moga2 cukuplah lagi 10 minggu tu. jangan keluar awal adik baby ehhhh?
awak duduk rilex2 dlm perut mama dulu.
kick puas2.. nnt dah keluar tak blh kick mama dah.
skang nak kick mama ke nak kentut kat mama ke , mama ok je.
dah keluar karang, suka2 nak kick mama haa siap laaaa.
seronok kut skang ni bila boleh rasa movement dia.
rasanya tu saat paling best bila pregnant.
bila rasa ada rama2 kecil duk terbang dlm perut..
hahahaha..
syok wooh.. anak duk gerak2, beralun2 perut aku.
yg ni lagi kuat dari Amni. berpusing2..
kadang2 tu terkejut2 kita dia buatnya..
dari 1st pregnant, smua anak aku berat belah kanan.
klau tgk perut without baju, nampak la senget ke kanan sket perut ni.
mlm2, bila baring nak tdor, haaa, tu waktu aktif dia.
seronok layan dia.
aku letak  je tgn kat perut, kadang2 saja ketuk2 sket.
pastu bule rasa la dia duk bergerak tu.
apa duk buat kat dalam tu ntah la..
bila panggil apak dia suh rasa, dan2 dia berenti.
takat la ni, laki aku tak sempat lagi nak rasa anak dia gerak.
asal apak dia pegang perut, dia pun diam.
majuk ehhhh, papa jarang cakap dgn awak?
dlu masa pregnant Amni, tiap2 mlm dia duk sapu losyen kat perut.
so duk cakap2 la dgn anak dia tu.
patutlah keluar gitu jadiknya Amni, close ngan apak dia.
yg ni nnt aku rasa akan close dengan kakak dia..
sebab hari2 Amni duk jerit panggil adik baby kat perut ni.
hari2 nak sayang perut mama, nak sayang adik baby.
kadang2 dia siap cakap2 lagi...
"adik baby, awak ok takkkkk?"
"adik baby buat apa tuuuuuu? berenang keee?"
"adik baby, ni kakak Amni".
"adik baby, bangun laaaaa".
tu antara ayat2 dia bila bercakap dgn perut aku. hahahaha..
kelakar ok Amni..
tak sabar kut nak tgk adik baby dia..
harap2 awak jadi kakak yg baik ehhh...


pregnant kali ni lain dari yg 1st and 2nd.
yg sama is alahan.
hahahahah..
untill now aku masih lagi muntah klau aku lewat makan and perut kosong.
azab oiiii..
sesekali muntah tu, terkencing2 okeh.
sabar jelah.
doa banyak2, utk redho ni bahagian aku.
samalah jugak mcm pregnantkan Amni and abg dia dlu.
selera pun sama.
tak hebat mana pun.
aku tgk org lain pregnant, kemain berselera makan.
aku ni, nak tambah nasi pun boleh bilang ngan jari.
ni dah 2 bulan berat tak naik.
tapi rasa la jugak badan tu mengembang.
bulan puasa hari tu, takdanya bernapsu makan pun.
maybe sebab puasa.
raya hari tu berazam nak makan mcm2, skali melembik je ko.
makan lebih sket, muntahhhh.
so, makan kena sket2 je.
minum air lebih pun tak buleh, kang sengkak perut, pastu tak selesa, pastu uwekkk.
stresss woh!

dah tu je nak membebel.
tak larat nak taip.
perut dah sangkut kat meja, sengkak oihh..
mcm2 nak share ni, karang aku up entry lagi ehh.

lapar ketupat ni..
takda sesapa nak jemput g open house keeeeee?


2 comments:

  1. alhamdulillah... dah tinggal lebih kurang 10 minggu lagi.. saya lak nebes ni.. heheh... :) comel kaka amni borang ngan adik baby yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik aik aik... haaa, moga2 ada rezki aty nnt, and qaleef jadi abang pulak..
      amni mmg gitu, kadang2 kita stress sebab suka suki je nak jerit kat perut ni haaa..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...