Search This Blog

Monday, August 11, 2014

Persiapan untuk adik baby..

ok, sekarang ni mmg duk kira hari jelah.
aku ni physco gak kadang2..
hari2 tgk apps baby development kat henpon.
klau seminggu sekali tu bule tahan lagi la kan?
dah nak masuk 8 bulan ni, bule kata hari2 aku tgk.
nak tgk berapa days left lagi..
hahahahaha..
now dlm 50++ lagi..
agagagaga.... tak sabar.
tapi, adik baby jgn keluar awal tau..
walau mama ngan kakak meni awak tak sabar nak jumpa awak.
tgg betul2 matang, baru keluar.
mama bnyk keje lagi nih..
plus, tak ready.
tapi, tu smua kuasa tuhan..
skang ni, prevent jelah..
doc pun duk pesan ulang2 kat aku, sebab dah 2 kali beranak prem kan?
so, kita doa dan berserah padaNya..

ok, back to the topic.
mende paling syiok masa pregnant is baby preparation..
anak ke berapa pun, part ni lah paling syok.
barang2 bebi kan comel to the max..
cuma part tgk bil je tak berapa nak syok.
kadang2 bule pitam tgk rege okehh..
dekat2 nak masuk 7 bulan tu, aku dah start buat preparation.
rasanya now, mcm dah complete dah utk adik baby.
tak bnyk nak kena beli kali ni sebab bukan 1st baby.
mana barang Amni yg bule pakai, kita pakai balik.
recycle jelah, jimat sket.
lagipun, duk elok lagi smuanya.
mmg aku simpan elok2..
so, klau gap anak 2-3 tahun, jimatlah.
klau sampai 5 tahun camtu, maybe ada yg dah rosak.
yg tak payah beli like raga baju besar, kelambu, tilam, barut, mitten and botties, baby carrier..
barang2 mcm tu lah..
tilam Amni duk elok lagi, cuma aku beli kain lain utk buat sarung baru.
bantal pun buat baru.
tunggu tok umi buat nnt.
smua dah ada tinggal nak jahit je.-- kekabu, kain sarung dlm dan luar.
aku tak minat nak beli tilam bantal jenis span biasa tu.
kang guna kejap dah lembik.
mak aku pun suh beli kekabu, biar dia buatkan tilam bantal.
tahan lama sket kan?

jom checkidout barang2 yg dah beli utk adik baby..


saja nak test yg organik pulak.
beli brand Buds.
beli set kecik je dlu.
tapi rege dah rm40++.
ater, organikkan, haruslah mahal..


ini je pun dah mahal nak pitam.
klau yg botol besar, cleanser je dah rm40++ klau tak silap.
beli kat Apple Baby House kat Arau..
klau guna yg organik ni, Insyallah takda la masalah tak sesuai ke apa ke.
tapi taktaulah, kulit baby ni tak sama kan?
kita tunggu dan lihat la nnt dah guna cemana jadiknya..


utk grooming and toiletrries adik baby.
nappy liners tu saja beli buat spare.
rasanya guna awal2 je kut, masa umo dia below 1m.
masa berak taik itam kata mak aku.
pas tu tak dah kut..
dlu2 org guna nappyliners ni sebab pakai kain lampin, taknak kesan taik itam tu lekat kat lampin.
now dah guna diapers, so takda hal.
mmg pakai buang je. 
wet  tissue beli 2 pek saiz besar tu je.
sebab kang awal2 je aku lap pakai wet tissue tu buat basuh berak.
dah masuk sebulan, pakai air terus.
mak aku tak suka sangat jenis lap2 ni, mcm tak bersih katanya.
kecik2 sokay lah.
dah sebulan camtu, pakai air jelah, baru puas hati basuh bontot kan?
then, cotton buds and sikat rambut.
tak ambik pun yg skali set dgn ketip kuku, sebab ketip kuku Amni elok je lagi.
duk guna lagi sampai sekarang.
nnt share yehhh..
pastu blasah jugak 1 set mandian Anakku saiz kecik.
sebab aku suka bau bedak Anakku, wangiiiiiiiiiiiiii..
ini je yg aku beli.
dah tak tau nak beli apa.
nak beli, pikir mcm membazir je pun sebab masa Amni dlu, ada je yg tak guna.
lagipun kali ni pikir beli yg betul2 nak guna je.
kang klau ada apa2 nak guna, then ak ada, bule minta adik aku belikan.
nnt aku berpantang kat umah mak aku, adik aku ada.
dia hari2 keluar g keja, kirim ke dia jelah.
skang ni mcm blur, tak tau nak beli apa dah.
google tgk checklist utk baby, kemain panjang berkajang2.
mau habis 8juta klau smua nak beli.
muahahaha.. over..
total kemusnahan utk smua barang kat atas tu dlm rm100 camtu.


kali ni  nak try minyak telon anugerah pulak.
review, ramai kata bagus..
so, lets try..
murah je pon, rm12 je.
pastu beli jugak minyak yu yee cap limau.
Amni dlu serasi dgn minyak yu yee tu je.
beli 1 buat spare bak kata apaknya..
baeklah.. rm5.60 je..

next is, baju baruuuuuuuuuuuuuuu.


ni je baju2 yg baru.
ingatkan sikit, rupanya dah 15 pasang camtu.
banyak gakla kan?
saja susun2 hari tu sebab nak tgk apa yg tak cukup.
mostly size s dan newborn..
ikut ke Amni dlu, tak besar mana pun anak aku nnt.
yg ni pun rasanya lebih kurang gitu gakla..
ada la selai 2, saiz m.
baju long sleeve ada 2 pasang je.
ingat nnt nak tambah sepasang 2 lagi buat pakai mlm hari dgn baju jenis singlet tu.
cuaca panas kan skang ni?
so, utk siang hari, nnt pakai singlet jelah.
yg paling kiri, baju lengan pendek+seluar panjang.
tengah, lengan pendek+seluar pendek.
errrrrrrrrrrrr, agak2 bule teka tak dapat baby apa?
hihihihi.... - gelak kepit2...
Insyallah la kan?
harap2 dah 3 kali scan dari 2 org doc yg berbeza tu betullah..
klau tak betul, dah keluar nnt mak redho jelah..
total damage utk baju2 tu smua dlm rm200 jugaklah..
paling murah, sepasang tu aku beli rm11.90.
paling mahal, rm18.90.
kebanyakkan, harga sepasang baju tu dlm rm13.00 camtu.
beli yg murah2 je masa baby ni.
eh tak... aku mmg carik yg murah2 je pon..
hahahaha..
koser la nak beli baju sepasang sampai 20-30 hinggit.
sepasang rm10 pun ada.
yg ni pun kualiti ok je.. brand ok baby, fiffy, precious..
pada aku ok la.. lagipun bukan nak pakai lama sangat.
2-3 bulan camtu je kan?
so, bule jimat kita jimat.
dah besar kang, cara besar pulak.
aku pegang kata2 mak aku..
dari habis duit beli baju anak mahal2 tu smua, baik beli baju mak dia..
ehhhhhhhhhhhh.. bukan2..
baik simpan duit tu dlm bank.. hehehehe...


ini terpaling comey.
hekhekhek..
aku suka tgk romper, tapi tak suka nak beli.
sebab rasa mcm susah nau nak pakai kat baby yg lembik2 tu.
design mostly comey2, tapi tulahhh..
end up terbeli gak 2 pasang ni.
beli ni masa g beli baju raya Amni kat padang besar hari tu.
kain dia sejukkkkkkkkkkkkk je..
2 pasang ni dah set sesiap2, rm35 je.
yg tak bestnya, klau kelabu, pair dgn kelabu.
klau biru pair dgn biru.. haishhh..
apak kata belilah kelabu pulak..


ni jelah baju baru yg ada
weekend hari tu dah buka kotak baju Amni.
mana yg available utk adik baby, kita keluarkan siap2.
campur ngan baju Amni, eh banyak jugak baju utk adik baby.
Insyallah minggu ni nak basuh semua skali.
pastu kita packing sesiap lah yeee..


utk mitten and botties, ni je yg baru.
yg putih kelabu tu skali dgn cap.
yg Amni punya dlu, melambak kut.
rasanya campur dgn yg ni mau dekat 15 pasang.
so, cukuplah membeli kak yah oii.
tu towel, beli sesiap 2 helai.
banyak brand OK baby kan?
sebab murahhhhhhh.. muahahaha..

bag, tak payah beli dah.
Amni punya dlu ada 2 beg, hadiah dari kawan2.
duk elok je pun lagi, so kita guna yg tu jelah nnt.
ada lagi barang2 lain, lain bantal utk travel, tikar getah dll.
takda dlm gambar pulak.
utk diapers dah beli 2 pek saiz newborn brand Drypers.
brand lain banyaknya saiz s, takda saiz utk newborn.
nnt kita tgk sesuai ke idok dgn drypers ni.

ermmmm... raga baju, belum basuh lagi.
duk simpan kat stor.
minggu ni kita keluarkan eh..


ermmm... nntlah klau rajin jln2 nnt, usha2 tgk apa lagi yg nak kena beli.


ok, tu je utk adik baby.
pasni kita pikir utk mak baby pulak.
utk mak tak banyak nak kena beli, tapi lagi mahal dari barang adik baby okeh..
pitam lagi skali mak kau nak oii..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...