Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 19, 2014

Potty training utk cik kuntum

ujung bulan ni Amni dah 3 tahun.
tahun depan Insyallah nak masuk taska.
2,3 bulan lepas, ada la duk cakap2 laki bini.
pillow talk kekdahnya..
hehehe..
apaknya duk cerita, anak opismate dia umo baya Amni dah diapers free.
owh..
then, bila kita nak train Amni pulak katanya.
haruslah nak kan?
tapi kenangkan aku skang mabuk2 lagi, duk alah, tak larat sgt, tgg kejaplah.
kang tak sempat nak tgk dia nak kencing berak pulak.
buatnya berak dlm seluar, haishhhh..
bini tgh tak larat ni bang oih.

tapi, kami lupa, Amni anak yg sangat cepat matang.
since aku peknen, awal thn hari tu, kami keep calling her kakak.
selalu bgtau she will be a sister soon.
akan ada adik, and will go to school next year.
dia jarang sgt nak bahasakan diri dia kakak, but when we call kakak, she will say "yaaaaa.."
hahaha..
so, dia paham kan?
masa awal ramadhan lepas, on weekend, tetiba dia tak  nak pakai diapers.
memula tu got shocked jugak.
risau kut dia tak pandai lagi nak bgtau nak kencing ke apa kan?

sebab musabab dia cakap tak nak pakai diapers, kawan dia kat umah pengasuh dah tak pakai diapers.
diorg sebaya, and Ana dah tak pakai diapers dah.
so, maybe dia nak ikut anak..
aku ikutkan je dulu.
then, selang setengah jam, "mama, Amni nak kencing".
ok, buka seluar, jom g toilet.
bagi dia bertinggung kat lantai je dulu.
dah 2-3 minit, " tak keluar la mama"..
pulak..
pakai seluar balik.
lepas setengah jam, "mama, nak kencing".
ulang balik mcm tadi, tak kencing jugak.
ok, mama dah nak angin dah sebab letih ulang alik, puasa lagi kan?
sudahnya, pakai balik diapers.
poor mama, tak sabar..
muahaha..
sometimes dia minta jugak tak nak pakai diapers.
bila weekend dgn mama la.
tapi mama tak larat, nanti2lah kakak yehh.
tapi dia tetap cakap tak nak pakai diapers and says, Amni dah besar, nak pegi school.
oklah, mama ikutkan.
lepas 2,3 kali, akhirnya dia berjaya kencing without diapers!
yay!.
mama siap tepuk tangan tgk dia kencing.
hahahaha.
ok, tgg next 2 hours pulak cemana.
berjaya jugak, bila dia bgtau, nak kencing, pegi toilet, then, berjaya kencing.

now, lebih kurang sebulan dah, Amni dah diapers free di siang hari!
yay!!!
before 3 years dah pandai bgtau nak kencing.
paling best, dah pandai buka seluar sendri, pegi toilet sendri, kencing and basuh sendri, pastu pakai seluar balik...
wahhhhhhhhhhh..
kakak dah big gurl sangat.
mama ngan papa bangga sangat nih!
hihii..
cumanya masih dlm fasa berjaga2.
bila dia ada rasa nak berak pun dia bgtau.
bawak g duk kat toilet, sudahnya..

Amni :  mama, tak bule keluar la..
Mama : apa yg tak keluarnya kakak oih?
Amni : taik!
hahahahahaha..

dia tak pandai lagi nak berak kat mangkuk tandas.
sokay, mama paham.
so bila dia bgtau nak pakai diapers, tau dah nak berak la tu.
dah pakai diapers, setengah jam camtu, beraklah dia.
kat umah pengasuh pun gitu jugak.
pengasuh kata, dia ok je, bgtau nak kencing, nak berak smua.
Alhamdulillah.. mudah anak mama belajar.

cumanya, malam2, nak tidor masih pakai diapers lagi.
tdor mlm, lama kan?
kang kencing tilam, dah 1 hal pulak.
ada jugak dia mengamok tak nak pakai diapers.
so mama kena slow talk bgtau kenapa kena pakai diapers waktu mlm.
selalunya, sebelum tdor, g wash2 dlu, kencing sesiap, pakai diapers, pakai baju tdor.
bangun esok pagi, tgk diapers ringan je.
rasanya dia kencing pun sekali 2 je kut.
takpe, yg tu slow2 kita ajar nnt.
utk tdor siang, klau kat umah pengasuh dah tak pakai diapers katanya.
tapi dgn mama, pakai lagi sebab tdor atas tilam.
takmo tanggong risiko dia kencing atas tilam.
mama tak rajin laaaaaaaaaaaaaaa...
sebab klau kat umah, masa weekend, kadang2 dia tdo lama jugak.
tidor dlm ekon kan?
kadang2 boleh membawak sampai 3 jam.

klau pegi jenjalan mana2, tengok tempat jugak.
klau pegi kat umah yg kita biasa pegi, so tak pakai diapers.
klau pegi umah yg tak biasa, pakaikan jugak diapers
memula dia protes la.
then mama cakap, nnt susah nak kencing kat umah org.
umah dia takda air.
so, dia ok and nak pakai diapers.
but, bila nak kencing, dia datang bgtau jugak.
lupa kut dia pakai diapers.

bila dia dah pandai pegi bilik air sendri, mama susah hati gak benarnya,
yelah, toilet tu licin gak kan?
so, mama papa pasang tikar getah kat toilet.
alah, apa ke nama ntah, tikar getah utk bilik air tu lah.
bila pijak tikar tu tak licin sangat.
selamatlah sket utk dia.
selalunya, skang ni aku ikut dia pegi toilet, tapi aku biar dia buat semua sendri.
bila kencing, dia pandai je pusing, tak bagi kena kaki.
sebab tok umi pesan jgn pijak air kencing.
dia ingat and buat.
basuh kencing and jirus lantai.
comel je tgk, terkemut2 nak tekan pili air..
hahaha..
cumanya kadang2 dia main2 gak.
cakap nak kencing, tapi g toilet tak kencing pun.
nak main air.
kerap2 buat camtu, kena la ngan mama.
kita ni kadang2 risau gak kut dia betul2 nak kencing.
ngan apaknya selalu gak kena.
g toilet, tapi main air je.
aku tgk gak cara dia.
klau dah lama, pastu tergedik2 bgtau nak kencing, kalut2 buka seluar, haaa, betul nak kencing la tu.
klau baru pas setengah jam kencing, pastu bgtau nak lagi, saja la tuuu.
tapi takpe, baru lagi kan?
pasni cabaran nak ajar dia berak kat mangkuk tandas pulak.
yg tu susah sket kut sebab dia jenis take time nak berak.
takpe, kita tgk nanti cemana..

oh, 1 more thing.
bila dah nak berak je baru pakai diapers, mama g carik diapers paling murah utk dia.
hahahaha.
ater, nak berak je kut.
pada aku drypers tu mahal la jugak kutttttt..
paling murah aku jumpa skang ni diapers brand hey baby.
saiz xl, 54 keping kut, klau ada sale, bule dapat rm20.90 je.
sokay la kan?
pakai pun kejap sgt.
utk mlm, kadang2 pakai yg tu jugak, tapi pernah bocor.
so, utk mlm, pakai drypers.
siang nak berak, pakai hey baby je.
save duit mama.
hihih...


kakak Amni.
dah big gurl, dah pandai sangat.
harap2, by end of this year, dah free diapers sepenuhnya.
thn depan nak g school, senang keja cikgu.
mama papa bangga sangat ngan kakak tau..

8 comments:

  1. Salam. sy ecah, new follower.
    sy pun masih dalam proses potty train anak sy juga.
    semoga berjaya untuk awak dan Amni. :)

    jemput follow blog sy juga.
    http://wanhafsahwanismail.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ecah..
      bukan senang gak nak potty train ni kan?

      Delete
    2. mencabar sangat. kdg rasa nak giveup. hehe. tp dah separuh jalan syg pula.

      Delete
    3. jgn give.. insyallah boleh punya. klau dia dah faham apa kita cakap, kena selalu bercakap kenapa dan kenapa... lama2 dia ok, insyallah..

      Delete
  2. Oh mcm ni caranya, potty train.
    Ambil Ilmu dlu.
    Setahun lg boleh la praktis kt Hafni, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, belajar dlu, pastu senang nak apply. Insyallah boleh..

      Delete
  3. brand hey baby tu anak sy pun pakai..murah
    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, murah. sesuai pulak dgn kulit Amni. pernah beli brand yg murah, tapi tak sesuai, jadi rashes. yg ni ok pulak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...