Search This Blog

Loading...

Friday, September 12, 2014

36weeks.. Mari menghitung hari

agagagaga..
big clap utk diri sendri, sebab dah berjaya mencapai 36weeks pregnant!!
bangga dengan diri sendri.
bangga dengan adik baby sebab berjaya bertahan!
paling penting, terima kasih Allah utk semua ini.
Alhamdulillah, syukur...

aku punya berdebar2 tu tak tau nak cakap cemana.
mcmkan 1st time nak beranak pulak.
duk kat wad 3hari minggu lepas, debar2 je.
sometimes, bila check blood pressure, mcm tinggi je.
tak berapa cun.
mau taknya, aku duk debar2 kut ada tanda2 nak bersalin sebab dah cecah 35w time tu.
Amni dlu keluar umo dia 35w++ dalam perut kan?
so, doc kata bertahanlah, paling kurang cecah 36w.
rabu lepas checkup kat klinik kesihatan.
1 day nak cecah 36w.
bagus dah ni nurse kata.
bertahan, paling kurang 37w, klau dah beranak pun takpa dah.
36w pun sokay, border line, tapi dpt 37w lagi bagusssssssssssss..
nurse kata perut pun nampak penuh dah.
ye nurse, saya sengkak dah ni.
klau baby mengeras, nak tunduk pun takleh, menegak je aku duduk.
kaki pun dah nampak mcm bengkak katanya.
aku 2 kali beranak sebelum  ni, kaki membengkak bila dah dekat2 nak sampai hari.
hb pulak, dah hujung2 ni baru nak naik.
tetiba jadi 11.2.. hahahaha..
oklah tu..
takut jugak kali ni, tak tau cemana plak kan?
mengandung kali ni pun lain banyak dr 2 yg sebelum ni.
tapi, harap2, nak beranak nnt senang mcm yg lepas.
turun tanda, sakit 2jam, dah selamat keluar.
takmo la sakit lama2.. tak sanggup.
contraction bila bukaan 6 ke 10 tu, tak tergambar dgn kata2.
sakit tu, tuhan sajalah yg tau.
sapa yg pernah merasainya, taulah.
yg serik pun ada. pinggang ko tu mcm dipatah2kan.
tapi bila dengar suara anak menangis, magik, hilang semua sakit kan?
betapa besar kuasa tuhan..
sebelum ni aku tanda aku, turun darah.
klau g toilet skang , debar2 je.
klau turun darah, maybe mcm dlu.
klau pecah ketuban dlu, tak tau la cemana pulak endingnya.
yang penting, takmo induce!!


hari ni 36w 2 hari..
seronotttttttt..
hahahaha..
dan tak sabar nak beranak dah..
klau bule minggu depan takmo keja dah. bulee?
keja mana yg penting aku setelkan dah.
mana yg bule pass, nak peturun ilmu, dah setel dah.
buat manual siap.
minggu lepas tu susah hati lahai bila kena warded.
sebab kerja baru half je sempat buat manual and tunjukkan kat opismate aku.
keja2 aku ni tak la rumit mana, tapi keja2 aku ni, memang aku sorang je duk buat sejak aku masuk dept ni.
thn depan 10 thn dah aku keja kat sini. tak sangka.. uhuk uhuk..

seminggu ni dah mula rasa sakit pinggang.
sesekali sakit tu datang.
tanda2 awal la kut.
sakit kat bawah, kat celah kangkang tu toksah cakap la.
klau tdor or baring, nak bangun tu, azab oii azab.
berpusing aku atas tilam sementara nak bangun.
klau laki ada, laki tolong tarik.
bergoyang laki dibuatnya.. maklumla, now bini lagi berat dari laki.
laki aku kurusssssssssssss nau skang ni.
bini membesar bagai johan.. sabar jelah.
tidor mlm pun asyik terjaga, tak selesa.
tak selesa badan, tak selesa perut.. pastu nak lelap balik, susah dah.
terkebil2 aku sorang2 tengah2 mlm.
anak ngan laki baik punya mengeroh.
pastu, ketuk2 perut kacau adik baby tgh tdor.
skali dia bangun, duk berenang dlm perut tu, haaaaaaaaaa, amek kauu..
mengerang dibuatnya.
kali ni baby besar sket dari Amni.
tapi tak besar sgt doc kata.
takpe, tak kisah, asal awak sihat, kecik pun takpa.
dah keluar kang, besarlah dia.
klau ikut mcm kakak dia la. harap2 gitulah.
walau tak besar mana, tapi sengkak tu tak tau nak cakap.
bila petang, masa dia la. berenang2, berpusing2 kut, sengkak perut.
keras semacam je, takleh tunduk okeh.
buat keja, tegak je aku.
ngilu perut tu hoishhhhhhhh... bila dia bergerak tu, kadang2 bergoyang2 badan aku.
duk menendang apa tak tau la.
kadang2 rasa mcm nak tendang balik.. ehh? hahahaha
dlm perut tak pe, mama bagi can awk tendang2 mama.
dah keluar karang, awak tendang mama, siap la awakkkkk..

pregnant kali ni lain.
lain  bnyk dari dlu.
bila tension tu, menangis, siap cakap kat laki, cukuplah 2 ni anak kita.
cukuplah kali pregnant, mama tak laratttttttttttt..
pastu sokseksoksek menangis kat laki.
hahahah.. drama.
tapi serius stress.
keja opis, balik umah, nak hadap keja umah pulak. nak urus anak lagi, laki lagi.
laki wat lex wat pis je, tapi paham2 jelah kan?
tension dgn diri sendri sebab tak mampu nak bagi speenuh perhatian kat anak ngan suami.
diorg kena handle sendri. sedih wooo..
sebab aku bila mlm mmg betul2 habis bateri.
pkul 9 tu duk baring nak tdor dah.
anak mmg laki la yg urus. sian Amni. kadang2 saja je dia meh main sebelah aku, nak attention mama.
mama letih, tak larat, tak pasal2 Amni kena marah. huhu.. sory sayang!
bila aku dah sihat sket dlu, aku layan jelah dia.
klau ada benda tak berkenan pun, nak marah, istigfarrrrrrrrrrrrrr jelah.
budak2, apa dia tau kan?


pergerakkan aku terbatas dah la ni.
tension wohh.
klau keluar, max 2 jam, kadang2 tak sampai.
kena cari toilet!
kerap oih kencing skang ni. tension kadang2.. hahaha
but, redho jelah, dah memang gitu klau peknen kan?
pastu laki kadang2 jegil mata sebab jalan lambat nau.
hellooooooooooooooooooo??




#throwback.
kakak Amni, umo 2bulan ++..
tengok ar pipi.. pau yik mun aku panggil dlu. hahahaha.
masa beranak, 1.8kg je, 35w++
masa ni berat dia dlm 3kg++ camtu. nampak debab kan? sebab dia pendek, so debab.. hahaha.
gewammm oih.



entry ni mcm ntah apa2..
gasaklah..
korang, doakan aku selamat yehhh..
klau aku lama tak update blog tu, paham2 jelah... +_+

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...