Search This Blog

Loading...

Friday, September 12, 2014

Bila jadi mak..

ni bukan baby aku yeh..
ni baby jiran kat spital hari tu.
aku tolong pegang kejap, mak dia g toilet.
baby girl. omey angat!
putih and merahhhhhhhhhh.. gewammmmmm..
aku kan masuk wad hari tu, 3h2m.
percutian percuma, makan free, and tdor je the whole day..
muahaha..
lupa lak nak mention dlm entry pasal false alarm tu napa aku kena admit.
time tu aku dah 35w++. masa check doc kata ada contraction walaupun aku tak rasa apa2.
doc suh admit sebab dlu masa peknen Amni, 35w++ dah selamat beranak.
pernah ada history beranak prem, so doc suh admit utk pantau.
klau tak, maybe tak payah admit kut.
so, gitulah kisahnya.
maka, jomlah kita check-in percutian percuma di wad beranakkkkkkk..
dapat la tgk mcm2 ragam org.
yg sakit nak beranak, and yg dah beranak.

paling syok tgk baby la kan?
tapi lagi syok tgk yg 1st time being a mother.
aku buat entry ni bukan nak mengata sapa2.
tak, just sharing apa yg aku tengok and apa yg aku tau.
semua yg dah jadi mak, harus ada pengalaman masa 1st time jadi mak.
aku pun sama.
mungkin pengalaman tu berbeza, tapi situasi tu tak jauh beza pun.
1st time beranak, 1st time pegang anak sendri, 1st time menyusukan anak.
semua 1st time.
dah nama pertama kali, harus takda pengalaman kan?
takda pengalaman takpa, tak tau takpa.
bule belajar, bule tanya org, bule tengok org buat and then ikut.
tak tau, tanya.. malu bertanya sesat jalan.
gitu.

aku ni, mujurlah adik2 ramai.
beza umor banyak, dah biasa handle diorg dari kecik.
jaga sepupu2, anak2 buah.
pendek kata, takda hal nak jaga baby and ada pengalaman.
so, bila 1st time pegang anak sendri, nak handle, tak da masalah sgt.
bila tgk ibu2 yg pertama kali ni, yg memang nampak sangat kekoknya nak handle baby, alahaiiii..
jangan marah aku ehh.
kekok takpe, biasa la. sebab tak pernah kan?
jadinya, sebelum sampai masa tu, cari ilmu.
tanya org, tanya mak, tanya kawan2 yg dah ada pengalaman.
skang ni zaman it, google je, mcm2 jumpa.
ramai je yg share kat blog2.
mostly dah ada smartphone kan?
takde?
takpe, tanya org, tanya org, tanya org.
nak buat cemana, klau jadi camni, nak kena buat apa bila sampai masa, nak buat apa, nak buat mcm mana, mcm2 lagi..
jangan segan. klau kita tak biasa, kita tanya org, rasanya org pun tak kisah nak bercerita kan?
dah kita tak tau, langsung takda pengalaman, tanya2 org, takkan la org yg ditanya tu tak cerita apa2 ye dok?
jangan segan2.
cari ilmu sebanyak mungkin.
nak jadi mak ni bukan senang.
ko anak dah 6 pun, ilmu keibubapaan tu takkan pernah habis.

bila kad wad bersalin tu, mcm2 ragam org ko akan tengok.
yg tak tau apa2, yg tau sikit2, yang tau banyak, yg dah biasa, macam2 hal.
serius nak tergelak and rasa nak tampar diri sendiri.
hahahaha.
eh, sory..
ko eksyen eh kak yah, mementang ko dah nak 3 kali beranak kan???
hahahaha..
yg tak tau mana2 tu yg aku sedih.
bila dah cukup 36w tu, packing la apa yg patut utk g spital.
patutnya barang2 baby dah ready semua dah.
beg mak, beg baby, setel siap2.
nak g spital kang, masa sakit tu ko tak ingat apa dah.
bila smua dah ready, klau tak sempat bawak, nak minta org tlg hantarkan pun senang sebab smua dah ready kan?
at least benda2 basic dah ada.
ini ko datang wad beranak, lenggang kangkung 1 apa tak bawak.
bawak la jugak, tapi basicnya takda.
ohemgeeee..
tuala wanita takda, spenda takda, pampers anak takda, wet tissue smua tu.
aduiyaii..
bawak baju anak je sepasang..
jangan gitu dik.. bukan semua org nak sedia ke kita pun.
klau ko tak reti handle baby, for the 1st time tu bule diterima.
ramai yg gitu. nak pegang baby pun tak reti.
nak pegang and bagi baby menetek, memang ramai yg tak pandai klau anak sulong.
aku mcm nak tampar je bila tgk ko terkial2 nak pegang baby tu.
tapi sabarrr sebab bukan semua org biasa kan?
anak menangis, nak tukar lampin, nak cuci taik smua tu..
takpe pelan2, belajar, lama2 pandai.
aku ni kesian, pegi la tolong apa yg patut.
tgk  muka pun tau anak sulung, muda belia lagi maknya.
so, bgtau la apa yg patut, cerita blablablabla.
dapat kat nurse yg berumor sket, ko ingat nak cakap lemah lembut cerita kat ko?
takdanya, dibantai jerit suh ko handle baby sendri.

tu part handle baby and diri.
tu tak kira yg lupa kata baru pas beranak.
lupa ke tak tau ke entahlah.
yg g bantai mandi pun ada.
beranak pagi, petang dah mandi. siap basuh rambut bagai.
aku tgk pun takut.
dlu masa aku beranak 1st, ada sorang ni mandi pas beranak.
dia beranak tghr camtu, petang dia mandi.
mlm tu duk berselimut berbaju sejuk siap, menggeletar sejuk.
duk hairan, kenapa sejuk, aku relax je.
jangan dik, badan ko tengah mengembang, urat dah putus, ko mandi, memang menggigil dibuatnya.
busuk2, esok baru ko mandi, tu pun tghr ke.
mandi air panas, bukan mandi mcm ko selalu mandi, berscrub bagai tu yeh...
tak pakai stokin, erm tu biasa.
ada org pakai sebulan, ada org pakai seminggu, ada org tak pakai langsung.
jenis tak kisah and tak ambil berat.
pandai2lah, badan sendri, cemana nak jaga.
esok2, ko belum tua, sakit sana sini, hadap la.
yg pakai seluar awal2 pun ada.
klau selesa, go on.
tapi aku tgk ngeri gak la. serius tak berani.
pas 2,3 minggu tu sokay la kan, maybe luka pun dah elok.
ini baru 2,3 hari selamba je pakai legging.. tak gamak oihhh..

tak tgk bab makan lagi.
hospital kan ada menu dia.
dia peduli apa ko beranak ke tak ke kan?
pandai2 la..
menu dia ada lauk, ada sayur, ada buah.
klau dah beranak tu, beringatlah nak makan. jgn main bantai je.
aku tgk, ada yg bantai jeeeeeee.
maybe takda yg menghantar makan, so makan jelah apa spital bagi.
kes tu, nak buat camna kan?
tp yg jenis mudah, hantam sajalah.
org bagi buah, makan je.
tgk la buah apa dik, jgn makan je. sejuk kang... hoih ngeri..

mcm2 lagi ragam org yg aku tgk.
lain org lain caranya.
yg penting, tak tau tanya.
malu bertanya sesat jalan.. gitewwwww...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...