Tuesday, September 09, 2014

False alarm = checkin

weekend lepas adalah membosankan!
kenapa?
aku kena checkin sepital!!
agagaga..

kisahnya..
jumaat aku cuti, ada appointment kat O&G.
suami pun ada, dia off day hr tu.
plannya, pagi g sepital, petang nak g alor star.
nak bawak abah aku g takaful insurans, nak clearkan insurans adik aku.
bln 10 ni cukup umo 18, so kena close account.
tuan badan, yakni abah aku kena g sendri utk pengesahan.
tuan badan sebab dia yg bayar utk adik aku tu kan?

g checkup pagi tu, bule pulak doc kata ada contraction.
aiyaaaaaaaaaaaaaaaa..
aku tak sakit apa pun.
masa check perut aku cakap dah start la rasa sakit2 pinggang tu.
biasalah kan dah masuk 35w, so dah mula sakit sana sini.
doc check perut, buat kiraan 10mnt, ada contraction.
aku kata biasalah ni, perut mengeras.
ni bukan contraction, tapi aku laparrrrrrrrrrrrrrrrr..
datang pkol 9, pkul 10 baru panggil utk urine.
pkul 11.10am baru panggil jumpa doc.
aku mkn roti bakar je pagi tu, lapar la lama tunggu.
ramai plak org hari tu.
biasa pegi, sejam setengah dah setel, kali ni 2 jam tunggu tak jumpa doc lagi.
lagipun mengeras je, tak sakit pon.
doc kata contraction!
haishhh.. nak melawan, doktor kannnnnnnnnn?
tengok ke history, dlu masa amni aku bersalin 35w++, so dia suh warded.
agagaga..
nak melawan, dah dimarahnya aku.
baeklahhhh..
kol laki menangis2, bgtau kena warded.
over!
nurse suh naik wheelchair, nak g ward.
nasib ko lah nurse tolak mak kuntum besar gajah ni.. bahahahahaha..

so, checkin la sepital 3h2m.
bapak bosan!
yelah tak sakit kan?
mlm pertama aku ok lagi, ilex2 je.
2nd night, laki datang bawak beger, makan sambil menangis.
rindu laki, rindu anak, rindu umah.
mengada2 sket la.
jenuh la laki duk pujuk2 suh sabarrrrrrrrrrrr.
dia pun cemuih gamaknya tua2 nak menangis.
padahal umah dekat je  pun.
masa melawat hari sabtu tu, dia bawak mak aku dgn amni datang.
dapatla peluk cium mek tu.
dia ilex je, tak heran pun mak dia ni.
sabar jelahhhh.
sepanjang aku kat wad, amni duk umah mak aku.
apaknya nak jaga, sku suh hantar blk sana.
kang ada apa2, nak rushing g sana sini susah pulak.
dia duk sana, haaa, senang ada yg menengoknya.
mak aku kata, elok je pun, takda nangis ke apa ke.
seronok sebab ramai melayan dia.

duk sepital 3 hari tu, sakit apa pun takda.
smua sakit hilang!
contraction mmg takda la.
ada sekali je kut baby mengeras masa nurse check.
pastu takda dah.
nurse ulang2 tanya, sakit tak?
ada turun tanda tak?
takdaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
nak balik... saya tak sakit ponnnnn.
duk tgk org duk mengerang sakit, stressss haku!
dah la makan tak sedap!
memula sabtu dah bule keluar.
skali datang doc pakar, tak bagi keluar pulakk..
suh stay semlm lagi, ahad baru discaj.
kes tu yg aku menangis2 kat laki mlm tu sebab memula dah syok bule balik, skali tak bule.
waaaaaaaaaaaaaaaa..
hahahhaha.. bengong.

dah takda sakit apa, ahad leh discaj.
lega rasa sebab wad full!
sentiasa full.
kosong kejap je, dah ada yg ganti.
sebab skang ni kat hospital kangar tu, wad bersalin dan lepas bersalin, share.
smua longgok situ.
sampai tepi jln pun ada katil.
gila ah tak selesa.
tapi nak buat camna ye dok?
wad baru tak siap lagi.
thn depan baru leh pindah.
bajet thn ni, tapi tak sempat, klau tak bule merasa wad baru.
so, sabar jelah.
apa pilihan yg kita ada kan?
klau duit banyak, aku g booking private spital dahhhhhhhhhh.. hahahaha
actually ok je spital kgr tu.
doc ok, nurse ok, layanan ok.
cumanya sesak sket la.
klau masuk hari ni, beranak, takda hal, esok balik dah.
semlm je check in.
klau duk lama2, je agak menyampah sket sebab sesak.
waktu melawat tu biasalah kan?
pas waktu melawat tu, klau ada org lagi, agak geram sket la.
aku part ni mmg rasa nak meroyan.

meh nak crita...

ada 1 pasangan ni, sebelah je ngan katil aku.
sehari 3,4 kali ulang meh tgk bini nak beranak.
klau muda, anak sulung, aku bule terima gak la.
anak sulung kan, excited dia lebih sket ni.
ni bukan muda dah. suami dlm 40-an, isteri dlm lewat 30-an and bukan anak sulung pun.
pagi2, pkul 8 dah sampai.
aku baek punya duk baring, tetiba ehhhh, ada kat sebelah!
menyirap darah terkejut sebab time tu awal lagi, nurse baru duk tukar2 cadar.
duk tdor kan, tudung apa tak pakai.
pas bgn subuh tu, aku baring la balik.
org mandi pun belum, duk mamai2 lagi, dia sampai dahhhh.
doc pun tak melawat lagi, dia melawat dlu.
datang hantar break1st kekdahnya.
dah hantar, g lah balik kan?
eh takkkkkk, duk mengaji sebelah isteri pulak.
niat tu bagus dah, cumanya cara tak kena.
elok je org buka pintu waktu melawat, haaa, masuk dah dia.
mkn siap bersuap ni, isteri nak beranak, dia tlg suapkan makan.
bahagia hidup klau laki aku gitu.
dah habis waktu melawat, eh tak reti2 nak balik.
duk bertapa sebelah bini, duk gosok2 perut, gosok2 kepala isteri nak bg isteri tdor.
romantik habis.
waktu melawat petang, datang lagiiiiiiiiiii.
waktu melawat, sokay la kan.
takpe2. dah mlm, eh datang lagiiiiiiiii.
pkul 11 tak balik2 lagi.
hoihhhh... aku dah nak mendidih dah ni.
org nak tdor, nak melentang bagai, segan la kan?
nak tutup2, curtain plak takda sebelah aku ni, klau tak, gasak kaulah.
takkan la dah pkul 11 mlm, nak tdor nak kena bertudung bagai.
padahal tu wad bersalin yg penghuninya adalah perempuan.
dah la panas, berkuap bagai, bertambah2 panas aku!
wad beranak, ko taulah pemandangan dia cemana kan?
yg sakit nak beranak duk berguling, melentang bagai.
yg dah beranak, nak menetek anak.
pemandangan mmg agak sensor, dia selamba je duk sebelah isteri mcmkan takda apa
kita plak yg segan sebab ada lelaki.
klau waktu melawat tu, paham la, ni tak.
haish, tak paham aku.
klau org muda maybe tak reti sgt, ni dah berumor dah, nampak alim berkopiah bagai, tapi takda rasa sensitif dgn persekitaran.
ikut hati nak je aku sound, tapi sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
3hari, gitulah. mana tak stress!
duk mengucap je aku tgk diorg.
bukan bini ko sorang nak beranak, bini org lain pun gitu.
suami2 org lain pun klau bule nak ada disamping isteri bila isteri sakit nak beranak.

tapi  kena paham keadaan dan situasi.
ko nak gitu, g checkin private hospital, duduk la siang mlm situ tak balik pun takpa.
ambik bilik single, takda sapa nak larang.
ni hospital kerajaan, bagi la ada otak sket.
bini pun sihat elok je aku tgk, bukan sakit mengerang takleh bangun ke apa.
masuk dah bnyk hari, tapi takda tanda pun, kena induce gak hujung2.
masa aku nak checkout hari ahad tu, dengarnya nak kena c-sect sebab dah induce 2 kali tak sakit2, dah overdue.
seb baik aku dah keluar, klau tak cemana la gaya dia nak menjaga bini yg kena c-sect tu.
annoying gila pada aku.
bukan jeles ke apa, tak.
laki aku sendri tak selesa nak duk lama2 kat spital tu sebab rata2nya perempuan.
pemandangan mmg tak best, lepas beranak tau jelah kan?
dia dtg kejap, pastu nak blah dah. aku pulak stress dia dtg kejap.
tp aku paham, dia tak selesa.
tu laki aku yg muda tu, baru umo 32, dia dah tua, rilexxxxxxxxxxxxxxxx je.
tak paham aku.
ntah apa dia cong kat guard depan tu, asyik la bule masuk.
ikutkan tak masuk la klau bukan waktu melawat.
takat nak hantar barang tu bolehla, tapi kejap je
aku syak, guard tu sedara dia... hahahahaha

tak baik pulak aku duk buat dosa kering kan?
tapi geram okeh!
taktaulah kut korang rasa ok, tapi pada aku tak.
setakat sekali 2, bule diterima.
ni pkul 11 mlm duk buat rilex lagi, aku takleh terima.
jgn pikir diri sendri je, pikir gak org lain, kan?

minggu ni aku masuk 36w.
harap2 adik baby bertahan lagi.
tgg minggu depan yeh baru keluar.
bagi mama kuat sket and ready ehhhh..
walau kakak awak hari2 tanya bila adik baby nak keluar.
sabar kakak sabar...

2 comments:

  1. awalnya suh check in...doc pun xkan la xleh beza baby mengeras ngan contraction....

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahh.. maybe sebab dlu beranak awal, so dia suh warded kut jadi apa2.. ikut jelah..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...