Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 17, 2014

Nama pilihan untuk anak

sekarang ni aku ngan suami duk gaduh2 pilih nama anak.
gaduh2 manja.
muahaha..
eh, tak  manja sangat.
sebab suami duk buat legaaaaaaaaaaaaaa..
haishh, geram.
aku ni google dah, cari nama sedap2 siap dgn makna.
buat list bagai. banyak la jugak.
pastu email bagi dia suh tgk.
kang klau aku pilih sorang kata queen control plak kannnnnn?
dah bagi dia, bila tanya dah tgk belum, dah pilih belum..
dia buat dek je..
ish gewamm.
kang dah hujung2 baru nak bgtau nak nama gitu gini.
dlu masa amni, gitu jugaklah.
aku bgtau aku nak letak Amni kat depan.
ringkas, senang nak sebut and ada makna.
tu yg penting.
pastu nama belakang bagi dia pilih.
aku suh dia bg cadangan, nak tgk makna.
and sedap ke idok bila digabung dgn nama depan tu.
dia buat dek jugak.
skali aku branak awal, haaaaaaaaaaaa, baru tauuuu.
seb baik dah ada dlm list dah, takla haru sgt walau haru la jugak awal2 tu.
dia cakap apa kat aku, " alah, mama pilih la nama apa pun, nak g register kang papa jugak, so sukati papa la nak letak nama apa nanti".
aku rasa macam nak baling je ngan tungku time tu.
hampesss btoi.
dah g register, call la tanya, nama apa?
dia cakap " adalah".
aku tanya lagi, dia cakap pulak " papa tak letak nama Amni exora ke Amni satria neo ke dah cukup baik".
hoihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
tumbuk baru tau.
sabaq jelah laki aku.

so kali ni, gitu gak la dia buat main2.
sabaq jelah layan.
aku dah ada nama pilihan, tapi tanya la jugak ke dia kan?
dah apaknya ye dokkk?
nama utk pewaris dia kan?

jangan buat main dengan nama yeh.
kita nak bawak sampai mati.
sedap and ada makna.
tu yg penting.
ada org siap tanya ustaz2 lagi.
makna tu banyak sudut.
mostly org kita, suka letak nama2 yg ada makna dari sudut islam.
ada je yg letak nama anak, ada makna dlm bahasa2 lain like arab ke, sanskrit ke.
gitulah lebih kurang.
asal maknanya elok, pada aku tak salah.
jgn maknanya dlm bahasa lain tu tak elok, sudahlah kan?
letak nama bunga ke, ok je ye dok?
jgn letak nama buah dahhhhh..
like mat salih smua tu, nama anak apple.. pelik kut klau buat gitu.
diorg takpe, dah biasa..
nama anak, paris, london, new york.. hahahah...

sedap disebut atau didengar tu, pada aku subjektif.
kita kata sedap dah bunyinya, elok dah, pada org lain mungkin tak.
makna tu yg penting.
klau makna elok, hari2 kita duk panggil anak kita, tak ke doa namanya tu?
family aku, nama smua ringkas2 je.
takda panjang2, 3,4 patah perkataan.
3 jelah paling panjang.
pastu biasa2 jelah namanya.
nama itu, panggil pun itu.
cth, nama aku la, azziah, panggil pun azziah.
gituuu.
don call me azi eh, tak suke.
adik beradik aku yg lain pun sama
busuk2 pun nama azwan, panggil wan.
amni maisarra, panggil amni.
abah aku suka gitu je.
takmau, nama sedap dah, makna elok dah, panggil takda kena mengena ngan nama.
contoh :
nama fahim, panggil ayim
nama maisara, panggil caca.
no, kami tak suka gitu.
rugi makna nama yg sedap tu kan?
klau nama anak, maknanya yg cerdik, yg bijak, yg manis, yg kaya..
hari2 kita panggil, kita doa utk anak tu.
insyallah 1 day, cerdik la budak tu, bijak, kaya la dia.
tapi klau panggil lain, takda makna like caca ke, yaya ke, makna apa?
tak la aku kata berdosa ke haram ke apa ke.
takkkkkk..
kang ada yg marah aku pulak pasal entry ni.
cumanya, lebih elok, lebih manis, panggil nama sebenar dia.
masa dia dlm perut, beriya kita pilih nama dia.
cari yg elok makna, yg sedap bunyinya, tapi kita panggil lain.
alahai.. ruginya..
klau panggil kak long ke, kak ngah ke, tu lain la.
tu mmg biasa org melayu kita kan?
tapi nama dia kita tetap panggil jugak sekali sekala kan?
panggil nama penuh, biar biasa.

anak aku tu, kadang2 aku panggil amni, kadang2 aku panggil maisarra.
kadang2 aku panggil amni maisarra terus.
tu time marah la.
tinggal tak sebut nama pak je.
hahahah.
now, kadang2 panggil kakak.
dia pun bahasakan diri dia amni.
senang and simple kan?
yg penting, makna..
ketenangan..
walau kadang2 tak la tenang sangat..
huru hara mak kau dibuatnya..
muahahahaha...

bak kata adik aku yg tak larat layan kerenah anak sedara dia..
amni = ketenangan
maisarra (ejaan asal maisarah, aku eja maisarra) = ketenangan
ketenangan+ketenangan = tak tenang.
muahahahaha...

so, apa nama pilihan utk adik baby?
kena tunggu nnt la yeh..
tak sabar nii.
duk menghitung hari, moh le keluar adik baby oih.
dah bule keluar dah.

2 comments:

  1. hehe...mmg pun...sudahnya kali ni daku yg pilih nama...bg can hubby pilih belum2 je jwpnnya....masa airis dulu daku pilih airis...hubby pilih khumaira....so adik baby ni fully name by mami...haha....autokratik sangat...ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. diorg mmg buat rilex je bab2 ni. mak2 ni nak yg terbaik kan?
      sudahnya duk gaduh laki bini bab nak buh nama anak.. hahaha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...