Search This Blog

Loading...

Thursday, September 11, 2014

Tempat kain buruk

kain buruk pun ada tempat dia yeh..
walau nama kain buruk, takda la buruk sangat rupanya..
heheheh...
ini utk kain buruk yg sedang guna.
yg belum guna, aku letak dlm laci.
yg sedang guna, kita letak luar..


aku sangkut je.
senang nak letak, senang nak ambik, senang nak tengok.
beli penyangkut tu, pastu lekat kat kc kat dapur.
memula asyik la jatuh, yelah pakai double side tape hitam tu je,
berat kut.
pastu laki lekatkan guna gam apa ntah, tak perasan.
so, kukuh dah and tak jatuh2 dah.
tenkiu suami!
tempat sangkut tu ada 7 asalnya, tapi aku buang tinggal 5 je.
sebab rasa mcm banyak and sesak plak nak sangkut.
harga, murah je pun, tak sampai rm5 pun.

aku suka kain buruk warna cerah2.
takmo gelap2 sgt.
sebab, bila kotor, nampak and laju2 nak basuh.
busuk2 aku basuh kain buruk ni sebulan sekali.
tak lalu tgk bila kain buruk dah buruk nau...
bukan buruk sebab lama, tapi sebab kotor.
dah guna lap2 dapur tu taulah cemana kan?
yg kaler putih tu laki aku beli kat mana ntah.
dia tgk kain tebal and elok, boleh buat lap dapur.
tapi dah putih bersih masa beli, tak gamak pulak nak buat lap dapur.
aku buat lap2 kat kc je.
lap habuk ke, mcm tu je.
yg kaler koko sebelah tu pun 1 set dgn yg putih.
aku potong 2, kecik sket.
kain tu tebal, klau lap air, memang syok.
1 bahagian buat lap dapur, 1 lagi buat lap habuk kat kerusi meja depan.
yg tu aku tanda, aku ikat getah.

kang tertukar dgn yg buat lap dapur pulak.
yg guna utk lap dapur, ada bau sket la kan?
cadangnya nnt nak jahit penyangkut kat hujung, senang nak gantung.
tapi taktau bila la nak jahit tu.
yg hujung tu, buat lap pinggan or cawan or bekas2 makanan.
kira kain buruk yg bersih.
hehehhe..

ini kain buruk yg selalu guna la.
ada selai lagi yg selalu guna gak, and agak horror sket rupa dia, aku sidai kat paip air kat sinki.
sebab yg tu sentiasa dibasahkan utk lap kc and sinki.
so, sidai kat paip air.
klau letak kat penyidai ni, kang menitik plak airnya.

so far, puas hati dengan lokasi ni.
senang nak ambik.
klau air tumpah, nak ambik kain buruk buat lap, suruh Amni ambikkan pun boleh.
senang keja mak.
memula dlu, dia suka main.
now tak dah. kena wiappppp dgn mama... hahahaha..

2 comments:

  1. sis..kt mana nak cri hook utk gantung tuala tu?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli kat kedai yg jual2 barang umah. saya beli kat perlis, kat kedai borong din. area utara banyak gak cawangan dia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...