Search This Blog

Loading...

Thursday, December 04, 2014

5th Annivesary

baru anak 2, nak ambik family photo pun dah huru hara.
yg kecik ok, kakak dia tu... humangaihhhhhhhhhhhhhhhh...
jenuh pujukkk.
mak ko nak simpan ni.. value nak, valueeee..

dah 5 tahun kawen..
uhuk2..
dah 3 kali beranak.
dah tua dahh.. muahaha..

akad nikah on 20.11.2009.
majlis sebelah perempuan, 21.11.
bertandang 22. 11.
bila sebut annivesary, laki aku kata 22.11.
dia pakai yg kenduri kat umah dia. coii sungguh..
20.11 la papa oih.. hari akad nikah tuuu. dia tak mo. dia nak kira mlm pertama. ngeng!
hahahaha...

duk bercadang nak g bercuti somewhere.
sementara aku masih bercuti. tapi memikirkan adik baby baru 60 hari mcm tu, tak sanggup pulak rasanya.
kesian nak dedahkan dia kat luar lama2 sebab pada aku dia kecik lagi.
so, duduk umah jelah.
masa ambik gambar ni, 22.11 nak g kenduri kat sungai petani.
nak pegi dengan tak tu sama bnyk ja.
tak pegi serba salah, walau saudara jauh sebab agak close.
klau kenduri sedara mara kat sini, harus diorg dtg.
nak pegi pikir anak kecik. klau org lain pegi je kan?
anak baru 44 hari pun ada yg g jenjln smua tu.
tapi aku tak. baby umo 3-4 bulan pun pada aku kecik lagi. tak sanggup nak bawak diorg.
makanya, duduk jelah dirumah thn ni.
g kenduri ni, memang kenduri semata.
pegi umah kenduri, makan2, pastu balik.
singgah rnr kencing je.
thn depan maybe bule g sambut annivesary dgn anak2.. ececeh...

mcm kejap je, dah 5 tahun kawen.
5 tahun yg indah.
5 tahun yg penuh dgn kenangan, pengalaman, pahit manis, sepak terajang.. ehh.. hahaha
tak da sepak terajang eh.. pahit pun takda pahit sangat.
gaduh? ermm, entahh.
laki aku mana dia reti gaduh. bini dia ja suka cari gaduh.. bhahaha..
syukur alhamdulillah, dapat suami mcm laki aku skang ni.
aku ni panas baran, cepat nak marah, tapi dia cool.
laki aku bangsa mudah, semua benda mudah, semua benda rilex.
kadang2 rilex sgt sampai aku gerammmmmmmmm..
gaduh besar tak pernah.
ada pun aku jugak la puncanya. kehkehkeh..
yg selalu jadi is, katakan dia balik keja lambat. aku dah pesan suh balik awal.
pastu nak g beli mkn ke nak keluar ke mana2.
dia blk keja, letih ke apa ke, mcm takda mood nak keluar.
aku dah exsited nak keluar, nak dinner kat luar ke, nak g shopping ke apa.
pastu dia mcm takda mood, so efek ke aku.
pastu mula la aku nak muncung. geram okeh!
kena gaya, kejap je elok walau tak jadi keluar.
tak kena gaya, muncung la aku sampai esok.
esok pagi, ok balik dah. gitu jelah pun.
marah sket, majuk sket. majuk lama2, marah lama2, tak jadi apa.
laki aku tak pandai pujuk. dia buat kering je, cakap ngan aku mcm tak da apa.
majuk or marah lama2 pun, duduk serumah. pusing2 situ jugak.
mula2 kawen dlu aku selalu nak marah, nak merajuk dgn dia.
dah masuk 5 thn ni, dah tau perangai dia, malas dah nak merajuk.
habis sgt pun aku diam je klau aku marah or terasa hati apa2.
dia pun kadang faham. klau dia tanya aku dia, tak cakap apa2, dia pun diam.
dah lama sket, baru dia cakap2 balik. tanya2 mcm takda apa2.
aku pun, dah sejuk sket, cakap lah balik. tak cakap ngan dia, nak cakap dgn sapa? dinding?

hidup berumahtangga ni kena ada persefahaman.
tak boleh nak ikut kepala kita je or kepada dia je.
kena dua2 faham each other. baru harmoni.
klau kita nak dia ikut kita, kita pun kena ikut dia.
kena sama2, bagi balance.
kita tak suka perangai dia gini2, dia pun mesti ada perangai kita yg dia tak suka.
mcm kami. aku ni cakap direct je klau aku bengang apa dgn dia.
cth, dia kentut masa nak tdor. aku tak suka, pastu aku bising.
ntah ke dia pun tak suka aku duduk mengangkang kat sofa tu. contoh aaa...
tapi dia tak cakap sebab nak jaga hati bini dia.
dan hal2 lain jugak la.. so, apa2 kekurangan pasangan, jgn diperbesarkan.
kita duk nampak kekurangan dia, kekurangan kita camna?
jgn rasa kita sempurna sgt, ada, tapi dia tak cakap.
selalunya gitulah.. sebab lelaki ni bukan jenis ambik pot sgt.
nak2 hal remeh.
suami main sepuk je baju busuk kat mana..
suami tak angkat pinggan letak kat sinki lepas makan.
suami tak isi air dlm botol and mcm2 lagi.
dlu aku pandang benda tu besar, sebab aku seorang yg disiplin.
dah lama2, malas dah aku nak pikir benda kecik2 tu.
cakap sekali 2 sudah.. dia tak buat, ko buat.
duk pandang benda kecik tu, sampai bila tak sudah.
sebab..
banyak lagi keja2 dia yg mmg dia buat yg tak mampu aku nak buat.
cth, tiap2 pagi dia yg kutip sampah kat semua bekas sampah dlm rumah and g buang.
aku jarang sgt kut buat tu, unless masa dia takda.
kereta, memang smua dia yg check.
sejak kawen, aku tak pernah dah g isi angin tayar, g servis minyak hitam, buh minyak pun kadang2 je. bab kereta, mmg suami buat.
check kipas, lampu rosak, repair paip air klau bocor, check toilet..
kerja2 lelaki, bnyk lagi yg dia buat. yg mmg aku tak mampu nak buat.
so, takkan sebab dia tak letak baju busuk kat dlm bakul, aku nak bising, nak merajuk?
give and take tu paling penting.
jgn pentingkan diri sendri.

dah bertahun kawen ni, bnyk yg kami belajar.
alhamdulillah, suami bnyk bantu keja2 umah.
tapi bukan senang ye.. kena fahamkan diorg.
dua2 keja waktu siang. kadang2 aku pun letih.
slow talk dgn husband, bila kat rumah,minta dia tlg apa yg patut.
mujur dia ok. bila aku masak, dia yg akan basuh pinggan mangkuk smua.
klau aku tak sempat, dia uruskan anak.
kadang2 dia basuh and sidai baju.
kadang2 dia masak air, masak nasi.
ingat senang ke lelaki nak buat keja dapor. dia buat sket2 tu aku dah sujud syukur dah.

suami aku tak romantik, bukan jenis jiwang2.
masa bercinta dulu, ada jugak la sket2.
dah kawen, hilang truih.. nak jugak la suami romantik, tapi tak pelah.
kang terlebih romantik, aku geli pulak.
dia tlg selimutkan aku bila aku dah tdor, dia tlg isi bekas air aku and letak tepi bantal bila mlm, dia tlg angkat beg kerja aku masuk kreta pagi2, dia tlg panaskan enjin kreta pagi2 sebelum g keja dah cukup romantik dah ada aku.
mungkin nampak kecik pada org lain, tapi besar pada aku, benda kecik je yg dia buat, tapi dia mudahkan aku. sweet kan?
tak perlu nak hantar bunga bila besday, bagi hadiah mahal2 utk gembirakan kita padahal dia terpaksa, nak puaskan hati kita.
mmg la teringin dia mcm tu, bila besday dpt hadiah, dpt bunga, tapi dia bukan jenis tu.
bila aku tak bg dia hadiah besday, dia pun tak kesah. so, fair lah kan?
kita mudahkan hidup kita. nak mcm org lain, tapi pasangan kita bukan gitu, buat pe nak paksa..

suami aku hatinya lembut, tak mcm aku, keras.
ada apa2, dia sengih je. takda nak marah2.
aku je yg selalu marah.. hihi..
dia tak pernah marah2, berleter mcm aku.
dulu aku selalu terasa bila dia lebihkan mak bapak dia.
aku rasa aku jatuh no 2 walau aku isteri dia.
tapi lama2, aku cool. syukur sebab dia family man.
mak bapak dia, mak bapak aku jugak.
dia sayang mak bapak dia, so dia sayang jugak family kecik dia ni.
dia dah lama tinggal dgn mak bapak dia, dgn aku baru je..
lama2 dia pun dah buleh adapt keluarga kecik dia ni. takyah nak cemburu2 sgt.
aku pun sayang mak bapak aku and sometimes aku lebihkan diorg dr dia.
tapi takla melampau.. aku pun ta tau dia suka ke tak, so bagi adil.
aku kena sedar diri, jgn jadi penghalang bila dia nak berbakti kepada mak bapak dia.
moga2 nnt anak2 kami pun mcm dia.. ingat mak bapak what ever pun kan?
cuma jgn over sampai lupa bini mu ni. hekhekhek

ada kawan2 aku, bila sembang2, nak buat apa2 nak kena tanya suami dlu, suami kasi ke tak.
aku?
aku balik cerita je kan dia. pastu akulah jugak buat keputusan.
nak tunggu keputusan suami, pas sudah tak da.
selalu dia biar aku je buat keputusan. tapi tgk kepada situasi jugak la.
nak beli apa2 cthnya, klau guna duit aku takda hal la.
tapi klau guna duit dia pun aku jugak buat keputusan.. hahaha..
cerita kat dia, bincang2, end up, serah ke aku balik.
klau tgg dia, hmmm... tunggu jelah.. selalu dia ikut je apa aku nak buat.
jawapan dia bila tanya, ikut mamalah.. 


5 tahun kawen, actually baru sgt.
bnyk lagi yg kami kena belajar.
ilmu rumahtangga ni besar.
nak2 sejak anak dah masuk 2 ni. kerja makin bertambah.
kena sama2, laki tak tolong, mula bini nak muncung.. hehehe..
tiap kali sembahyang, klau sempat doa, aku selalu doa, minta pada Dia untuk kukuhkan cinta antara kami. mohon rumahtangga kami kekal bahagia. jauh dr hasad dengki manusia dan sesama laki bini.
ni mak aku yg pesan. doa, minta pada tuhan utk kerukunan rumahtangga kita.
doa, moga 1 hari aku dapat jadi bidadari syurga utk suami aku.
moga kami terus kuat bersama utk tempuh tahun2 yg mendatang.
dan moga ikatan ini kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...