Tuesday, December 30, 2014

Baju kerja

ni kisah sebelum masuk kerja.
dah sebulan.
hari ni baru nak cerita..
mihmihmih...

aku jenis yg tersusun buat keja.
contoh.
nak keja esok, mlm  ni aku dah gosok baju.
pilih siap2 baju mana nak pakai, match dgn tudung skali.
cemana skali pun, mlm ni kena gosok jugak.
takmo gosok esok pagi.
sebab, kang bangun pagi nak gosok baju skali letrik takda.
haaaaaaaa.. menjawab la.
takpun terbangun lambat ke?
nak mandi, nak siap, nak gosok baju.
pastu nak cari tudung lagi.
mampoih kelam kabut.
kena lak skang ni opis aku jauh.
30mnt jugak.
so, kena ready awal2.

sebelum masuk keja hari tu, sesaja la isi masa lapang..




dah lama sangat tak pakai baju kurung kan?
sebelum masuk keja, kasik cuci dlu 1 kali.
taruk softener wangi2..
dah lama duk dlm almari, bau pun tak best.
baju kurung bila basuh kejap je kering. nipis kan?

dah basuh, moh le kita gosok.
anak tdor, gigih aku gosok baju smua.
bukan apa.. pasni pagi2 capai je mana nak pakai.
mlm2 pun rilex je goyang bontot main dgn anak..
tak payah pikir nak gosok baju.
heaven oii..
aku bab gosok baju ni, malas!
tapi apa kan daya, bile beli kain nak buat baju kurung, asyik la lupa.
mostly kena gosok.
haishhhhh..
nak2 baju jenis cotton tu. jenuh tenyeh nak bagi hilang kedut.


aku beli penyidai ni, letak kat bilik sebelah.
bilik tu ada almari baju anak2.
tudung2 aku pun kat situ.
seterika pun kat situ.
ada 1 set almari katil smua.
kira ni mcm bilik tetamu.
sesapa datang nak overnight, kat bilik ni lah.
aku tak pernah share lagi eh bilik ni..
nanti ah.
tu cat kaler pink sebab dlu plan bilik ni later jadi bilik amni.
dan bilik ni kena sentiasa kemas sebab aku hari2 masuk bilik ni.
kadang2 je tak kemas.
klau tak sempat lipat baju, longgok sini dlu.
tapi tak lama. tak suker.

back to penyidai besi tu.
aku beli kat siam.
rm23 je.
besi kukuh dan tebal. confirm tak senget walau letak banyak baju.
sebab aku dah beli 1, buat letak baju tshirt suami.
baju tshirt dia bnyk, tak kuasa nak lipat semua.
so, gantungkan jelah.
dah 4 thn pakai, ok je.
cuma kat  tengah tu melentur sket la sebab berat, tapi masih kukuh.
kaki bawah tu kemas, sebab tu tak senget ke apa.
klau beli yg jenis biasa, dah lama roboh.


selepas berhempas pulas selama beberapa hari..
hasilnya, tak payah gosok baju kerja selama 3 minggu.
yay!
aku gosok 15 pasang baju kurung..
seronok lahai..
pasni nak buat camni lagi.
bila free, gosok banyak2 sekali gus.
pastu goyang bontot.. muahaha...
ada yg jenis mudah gosok, kejap jelah.
klau kain jenis silk ke, cotton yg keras sket tu. adoii..
lenguh tangan.

baju keja suami pun sama.
mujurlah dia pakai baju  kerja 3 helai je seminggu.
senang keja kak yah..
hihi..


korang rajin ke iron baju??

1 comment:

  1. Nabilah dlu ms keja, semua baju kurung yg ada, semua Nabilah iron siap dgn tudung.

    Skg iron baju ensuami je. Mmg iron semua, tahan 3bulan sekali iron...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...