Wednesday, December 03, 2014

Cerita kedai kopi | 3rd edition

meh cerita sebelum haku lupa.
dah 70 hari++ dah pun.
cerita kedai kopi.. kisahnya bersalin utk 3rd edition nilah..
saja nak share pengalaman dgn readers and also bakal mummies..
beranak ni bukan 1 benda yg mudah ye adik2..
preparation kena ada.
jgn main redah je..

minggu sebelum aku bersalin tu, ada buat entry.
masa 35w aku kena warded sebab mcm ada pra contraction.
ada entry gak pasal tu.
aku beranak selasa, 23 oktober.
22 oct tu aku cuti kecemasan.
asalnya dah sesiap nak g keja.
pastu text kat bos, minta izin nak g keja kat opis kgr je.
risau gak nak g opis pauh. kut la sakit kang, jenuh nak berkejar ke kgr.
walau cuma 20km++, tapi risau gak.
bos reply, takyah datang keja, duk kat umah jelah..
hahaha.. jadi apa2 kang susah.
jadinya aku cuti kecemasan la hari tu.
khamis sebelum tu aku ada pra contraction.
g check, bukaan 1cm, tapi aku tak sakit apa2.
so, tak payah warded lagi.
dari hari khamis tu, bawak ke isnin, gitu jelah.
perut mengeras, tapi tak sakit apa2.
sakit pinggang ke, sakit kat ari2 ke apa2 ke, takda.
sengal2 sket je. so, ahkak konpius.
sebab, 2 kali beranak yg sebelum ni tak mcm ni.
aku cukup la takut kalau aku contraction yg lamaaaaaaaaaaaaaaa, yg sampai 10 jam tu.
waaaaaaaaaaaaaa, ngeri. 2 yg sebelum ni, sakit, turun tanda, trus branak.
haaaa. aku senang sgt beranak.
maybe sebab pregnant dah teruk, mabuk, alah bagai, so Dia bagi senang beranak.
Alhamdulillah..
khamis jumaat tu aku mc. pastu weekend sabtu ahad kan?
laki tak bagi g memana, suh duk umah je.
kut jadi apa2, susah. dia keja kan?
g umah mak aku pun, tak tdor sana. kang sakit, sapa nak hantar.
tak pepasal kang aku sendri drive g spital.
cannot imagine... bule beranak dlm kreta klau camtu.
baru leh beat abby abadi. muahaha..
Amni aku tinggal sana 2 mlm sebab Amierah, anak buah aku balik.
cuti skolah kan, abang aku hantar dia blk sini. habis cuti skolah tu, kak ipar aku plak datang ambik.
so, hari sabtu, bule pulak aku ikut dia padang besar. wahahaaa.
saja nak g jln supaya cepatlah sket baby keluar.
aku stresssssssssssssss sebab, bukaan 1 cm tu, pastu takda sakit apa dah 3-4 hari.

dah sampai isnin gitu jugak.
nak g memana, nak buat apa2, mcm sedikit risau.
laki g keja. pak mentua pun duk pesan jelah, klau sakit ke apa, bgtau dia.
dah tak g keja, duk umah kan, puaslah aku google mcm2 cara nak cepatkan bukaan.
pastu duk bersenam sensorang. hahaha..
tungang tungging aku duk buat senaman.
lunch hari tu pak mentua hantar, gulai ketam lagi.
dah penat senaman, kenyang perut, tdor kejap.
mlm tu adik aku tdor kat umah. saja aku suh dia mai duk umah aku seminggu tu, in case aku sakit tgh2 mlm, bule dia tlg jagakan Amni.

mlm tu, haaaaaaaaaaaaaa, ada sket rasa.
tapi manja2 je.
kiranya sejak dr khamis tu, pas tau ada bukaan 1cm, hari2 aku sapu sampah, aku mop rumah.
bnyk bergerak supaya cepatlah adik baby keluar.
tapi gitu je pun.
mlm tu, aku mcm tak leh tdor.
mcm gelisah ntah apa2.
terlelap kejap, pastu jaga.
pkul 2pagi camtu, terjaga.
perut duk mengeras dan kerap.
tapi tak sakit!
tu yg ai  hairan... contraction kah ini??
pastu mcm nak membuang air besar, tapi tak da.
masuk bilik air, tapi tak da.
dah lama, aku mandi je lah. mandi lama2.
pastu try nak tdor balik, tapi tak blh.
pastu sakit perut lagi. kali ni senak sket and membuang.
tapi sedikit sembelit. haaaaaaaaaaa, bila dah gitu, aku punya naluri kata maybe dah nak dekat dah ni.
tapi masih tak sakit. ada rasa, tapi sket2 je
aku masuk dapur, masak air, kemas2 dapur.
pastu kemas2 depan pulak. bergerak la kiranya.
siap kemas bakul makanan nak duk wad nnt.
klau kena warded, suami ambik jelah bakul tu bwk g. smua aku dah isi siap.
pkul 4, rasa mcm kuat sket sakitnya, baru gerak suami.
dia duk mamai2, tanya kenapa.
sakitlah papa oii, nak beranak.
laju je bangun, ajak g spital.
tak semenggah aku tgk, suh dia mandi, siap elok2 sket.
dia tak nak mandi dah kut tak sempat g spital.
boleh pa, mama ok je lagi ni.. rilex je.
pkul 5 lebih camtu, dah siap, angkat beg smua, amni pun dah alih ke bilik adik aku, jomlah kita g spital.
g bgtau apak mentua dlu, nak g spital dah.
dia dah bgn nak suboh, minta doa lebih sket kat menantu ni.
otw, singgah seven-e jap, beli 100+.
nak tambah tenaga, kang tak larat nak teran.. hahah.
pastu, eh lapar la papa. jom g break1st dlu.
beli beger mek d. hahahaha..
mkn dlm keta je. dr umah nak ke spital 2km je pun.
dah kenyang, jomlah naik wad beranak.
elok je melenggang kangkung aku naik sendri g wad branak.
beg apa smua tak bawak pun lagi.
sampai situ, belum azan suboh lagi. lengang je pun.
bgtau nurse, gini2, so meh nak check.
so, doc seluk, haaaaaaaaaaa, dah 4 cm ni.
yay! hahahaha..
buat ctg bagai, doc suh masuk labour room trus.
masa nak tukar baju, seb baik sedar aku belum sembahyang suboh.
so, moh kita smayang dlu, doa bnyk minta di mudahkan.
dah siap tukar baju, salam2 kiss2 laki, jomlah kita masuk.
masuk labour room, aku bawak sepersalin utk adik baby, purse dgn hp je.
tp hp takleh on yeh..
aku bawak masuk sesiap kang lepas branak senang nak kol husband.

masuk labour room, aku sorang jewwwwwwwww..
takuit..
dah baring doc perempuan dtg, check then nak pecah air ketuban.
lembut je dia buat. muda lagi orgnya.
air ketuban clear katanya.
dah setel, dia suh aku doa bnyk2 and baca lailahaillah anta subhanaka inni kuntuminadolimin bnyk2.
yaa, mmg tu jelah aku duk baca sepanjang duk dlm labour room tu.
lain2 aku baca al-fatihah and berzikir bnyk2.
bila sakit, lupa habis smua doa, duk sebut Allah Allah je.. hihi..
selesai proses tu dlm pkul 7.20 pagi.
ctg dah pasang, so, kita relax2 tunggu contraction.
serius, aku tak sakit kuat pun.
sempat terlelap kejap. pastu duk tgk jam jelah keja aku.
boring nak mamp!
pkul 8 pagi ++, doc pakar melawat.
dia tgk ctg aku, rilex2 je pun. pkul 11 nnt la ni katanya.
pastu kak yah sambung tdor.
pkul 9 ada sedikit kuat dan kerap rasa contraction.
nak kurangkan sakit, time contraction tu, tarik nafas dalam2 and lepas ikut mulut.
buat bnyk2 kali, memang hilang sakit tu.
pkul 9.30, sakit makin kuat.
dah tak tentu arah dah aku. peluh dah merembes2.
gelisah, berpusing2 aku atas  katil tu.
tudung dah herot habis dah, mcm ke apa dah aku time tu.
doc mai tgk ctg, aku bgtau sakit.
dia marah sebab tak dapat bacaan ctg. dia pegang perut and kata lambat lagi sebab perut aku masih tinggi katanya.
haaaaaaaaaaaaaaa, aku dah sakit tak tentu arah dah ni.
aku bgtau dia, sebelum2 ni aku kejap je.
dia buat dek je, pastu blah.
cis btul doc ni.
seb baik nurse perasan and meh tanya aku sakit ke apa.
tak payah seluk, dia tgk je, katanya dah  boleh sangat dah niiiiiiii..
baby dah hujung2 dahhh..
agagagaga. aku sakit ni oi, nak terkeluar dah.
kelam kabut la diorg letak kain bagai, pastu suh push laju2.
4 org nurse and sorang nurse praktikal.
push2, tak menjadi. ai is terkejut uolls..
kejap2, benti tarik napas, push btui2..
teran cm berak sembelit tu ehhh..
kena gaya, mudah je dia kluar.
pkul 10.14 pagi, keluarlah sorang lagi khalifah Allah.
haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... lega!
Alhamdulillah...

**  dari anak pertama, sampai ke 3 ni, mujurlah aku mudah bersalin.
sakit tak lama. contraction manja2 tu je.
dtg contraction kuat, terus beranak je pastu.
mmg tu lah aku nak. takmo sakit lama2.
duk bertapa dlm labour room berjam2.. tak sanggup.
dah pregnant mcm2 hal, Dia mudahkan aku masa beranak pulak.
tiap2 kali sembahyang, kalau sempat doa, aku minta Dia mudahkan urusan aku, mudahkan urusan adik baby. 
zikir sebanyak yg mampu. baca al-quran selalu. baca surah2 yg patut semasa mengandung. paling bnyk aku bacaan is surah yassin. banyakkan amalan sunat. sempalah aku solat tahajud. kekuatandan usaha terakhir, doa.
takut oi beranak. jadi apa2, tak terbayang.. nauzubillah..
syukur, smuanya selamat dan dipermudahkan.

nurse lap2 baby, tunjuk ke mak, baby apa then letak atas dada.
the best moment!
yeszaaa, its a boy!
masa beranakkan Amni, tak  merasa smua ni sebab dia tak cukup bulan.
kena laju2 masukkan dlm balang oksigen.
adik baby cukup bulan, so dapat la bonding dgn dia.
menggigil2 tgn aku pegang dia.
nurse siap tlg tahankan tgn aku utk pegang dia kut aku terlepas.
menggigil sebab dah habis tenaga aku guna nak keluarkan dia.
kaki, badan smua menggeletar.
nak feel adik baby pun tak berdaya sgt.
tgh himpun kekuatan and tenteramkan diri sendri.
baby kat dada, nurse duk cuci kat bawah and nak jahit luka.
syukur tak bnyk luka, sket je katanya.
tapi sakit oih, jahit tuuuuuuuuuuuuuuuu.
menjerit jugaklah time kena jarum tu.
ngilu!
baby dah bersih, diorg kasik pulak suh susukan terus.
nak dapatkan kolustrum tu.
adik baby kecik je, 2.45 kg.
tapi pandai nau menyusu.
jantan kan? dgn tetep, kecik2 dah pandai.. hahahaha..

then doc paed dth utk check baby.
mak pun dah ok.
luka dah cuci, dah jahit, uri pun dah setel.
masa kluarkan uri tu sakit sket sbb nurse praktikal tu tak pandai sgt.
dah puas godak, tak keluar, panggil nurse buat.
bergoyang2 perut aku dibuatnya.
then, diorg suh aku rehat je kat katil dlm labour room dlu.
pkul 1 lebih baru kluar masuk wad.
laki aku tah mana2 pegi dah. nurse kol suh meh tgk baby nak azankan, rupanya dia blik rumah.
sabau jelah. seb baik rumah dekat.
baby kena warded sebab gula rendah.
haishhh.. tak paham, baby pun gula rendah kaa?
ptg tu, mak aku dtg ngan Amni. kak ipar aku datang ngan anak dia.
mak sedara, pengasuh Amni pun mai jugak, tapi tak dapat tgk baby.
beriya la Amni duk kata adik baby duk dlm perut mama.
ye, perut mama besau lagi nak.
mlm tu, aku bule tdor relax lagi sbb baby takda.
tak risau sgt pasal baby, tak sempat pikir sgt sebab aku pun teruk.
ptg tu dah rasa, bawak ke mlm.
sakit batu merian!
sakit oih, mcm nak beranak tu sakit dia. berguling2 aku atas katil.
dah nak gerak pun susah, ngilu bekas jahit. tambah sakit batu merian lagi.
makan ubat tahan sakit tu tak membantu sgt pun.
sampai ke pagi, adalah kut aku tdor 4 jam je.
mcm nak menangis sakit tu.
dari anak sulung, mmg aku rasa sakit batu merian.
redho jelah.


tak suka jarum ni!
sakit!! ptg tu jugak aku merayu kat doc suh tanggal.
seb baik doc kasik tanggal sebab aku bukan blh balik lagi.
selalu, selagi ko tak leh balik, sory la diorg nak tanggalkan jarum ni.

pagi esoknya, doc dtg check, takda apa2, so blh discaj.
yay!
pkul 2, dah setel, jomlah kita balik.
singgah tgk adik baby dlu kat ward, kat special care nursery.
kat scn ni mak bapak je blh masuk. sian Amni takleh tgk lagi adik dia.
aku masuk tgk baby, susukan dia and ambik gambar bnyk2 utk tunjuk ke kakak dia.
baby tak blh blk lagi katanya, tgg petang pulak.
so, jomlah balik dlu.
dah balik umah, rilex, ptg, pkul 5 hospital call, baby dah boleh balik.
yay!!

maka bermulah episoh adik baby.
tu nnt entry lain yehh.
muntoh buat entry ni, panjang nauu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...