Search This Blog

Loading...

Monday, January 19, 2015

Dugaan hujung tahun

kisah hujung thn lepas.
2014.
minggu terakhir disember.

isnin tu hantar anak2 kat umah mak aku.
sebab?
rumah pengasuh Aniq banjir.
kawasan rumah dia tu kawasan banjir.
tapi kali ni tak teruk la. dlam rumah tak kena, cuma kat dapur belakang kut, masuk sket.
jln nak ke rumah dia tu dlm 1 kaki lebih kurang.
nak harung air g hantar Aniq tu bule.
tapi tak sampai hati pulak nak hantar.
kang org sibuk nak kemas umah kut air naik, ko sibuk la jugak nak hantar anak.
so, hantar umah mak aku jelah.
Amni pun tak g skolah.
klau g skolah, petang kang jenuh aku nak pecut g ambik anak2.
Aniq jln lain, Amni jln lain.
sampai umah, letih oi.
hantar diorg 2 hari, isnin dan selasa.
selasa tu pengasuh kata air dah surut dah, keta dah bule lalu.
tapi dah aku tidor umah mak aku, so takpelah.
selasa g keja dari umah mak aku.

tghr call blk umah, adik aku kata anak2 demam!
badan dua2 panas.
mlm tu masa tidor aku perasan jugak badan Amni mcm panas je.
dah tak senang duduk aku kat opis pikir anak kat umah.
ptg sket, call lagi kat mak aku.
tok umi  kata Aniq kena demam campak!
omg!
awak baru 3 bulan dik..
aishhhh..
so, aku aplly cuti siap2 utk rabu khamis.
risau klau demam diorg makin melarat ke apa.
call papa diorg suh cuti o off pagi rabu.
standby kut nak g klinik ke apa.
mlm tu papa blk tdor umah tok umi jugak.
badan Amni panas turun naik.
merengek toksah cakap la.
asyik nangis je. rimas gak kadang2.
tapi budak bila tak sihat, gitu lah kan?

Aniq pun sama. panas turun naik jugak.
tapi baby senang nak handle.
kita nak lap2 badan smua takda hal.


demam pun bule snegih2 lagi budak kembong ni.

aku  lekat cool fever tu pastu ulang2 lap badan dia.
paling tinggi pun 37++.
sebab dia kena campak kan?

badan merah2 dah.
hari rabu tu dah sampai kaki dah bintik2 campak tu.
cepat turun mak aku kata.
so far adik ok je. badan panas2, campak tapi takda nak buat hal.
bila badan dia berpeluh, so demam dah kebah.
lega.
minum susu mcm biasa, main2 kejap tdor.


begini jelah adik kat umah.
pakai diapers je, pastu mama duk lap2 badan
redho je adik walau rimas letak kain basah atas kepala.


hari rabu dah balik umah.
duk umah bogel je, pakai diapers je.
tgk dia pun mcm tak selesa. gatai kut.

hari rabu, bintik2 dah sampai ke kaki.
dah turun dah.
Alhamdulillah.
mak aku g ambik daun semambu suh bawak balik bagi mandi adik.
utk baby, ramas2 daun tu dgn air, tapis buang serdak, bagi dia mandi.
klau boleh biar air air tu kering di badan, jgn lap.
daun semambu ni slalu org cari bila anak campak.
bagus utk hilang gatal and miang campak tu.

hari khamis, Aniq dah ok.
ada sket2 je bintik2 tu.
badan pun dah tak panas dah.
Alhamdulillah...


si kakak tu alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

jenuh sabar.
dah badan panas, mandi tak nak, pakai cool fever tak nak, makan ubat tak nak, makan nasi apa tak  nak, lap badan tak nak.
hoihh..
jenuh nak layan. aku risau la kut panas dia makin naik.
risau jugak kut dia kena campak skali.
sebab Amni tak pernah kena demam campak lagi.


siang ok, mlm sampai 38 panas tu.
melepek je dia. tak aktif sgt.
dengan papa je dia nak  sebab papa layan smua.
pastu asyik la menangis...
sabar jelah..

so, rabu pagi, siap2 nak g klinik.
decide nak g klinik pakar kanak2 yg slalu pegi tu.
kat alor star, Klinik Dr Yeoh.
dia serasi dgn ubat situ.
sms nak buat appointment, skali doc takda. mak dia meninggal.
adusss.
so, g klinik kat Kangar jelah.
Amni ok jugak dgn ubat situ, cuma lambat sket la.
sampai klinik, check suhu dah 39 dah.
so, doc masuk ubat kat bontot terus la.
dpt ubat demam, batuk selsema ngan antibiotik.
doc bagi skali ubat bontot spare kat umah kut panas naik balik.
dah masuk ubat kat bontot, 15mnt camtu panas dah turun.
budak demam request nak piza and mushroom soup.
so, papa blanja piza hr tu.
bnyk dia mkn, badan pun dah sihat, dah aktif balik.

tghr papa g keja, tinggal mama ngan anak2.
mlm tu new year, papa cam biasa, kena stayback.
skali mlm tu, panas Amni naik balik.
check suhu, 38++.
adoii..
pastu buat perangai la. takmo mkn ubat, takmo pakai cool fever, smua takmo.
mujur adik aku ada mlm tu.
bebai kat mama, pi duk dgn maknjang.
paksa, sumbat jugak ubat kat bontot.
baru ok sket pastu.
sabar jelah anak..

hari khamis mula cadang nak kansel cuti, nak g keja.
tapi pikir Amni mcm tak ok lagi, so cuti jugak la.
Aniq hantar ke pengasuh since tgk dia dah ok.
aku jaga Amni sorang kat umah.
nak bonding dengan dia btul2.
layannnnnnnnnnnnnnnn je dia.
buatkan dia sup ayam. mkn dgn nasi.
bnyk dia mkn. petang mkn dgn bihun pulak.
pujuk slow2 mkn ubat.
so, demam pun kebah.
tapi akai bule tahan la sebab duk umah sorang.
adik takda..
ini rumah aku yg punyaaaaaaaaaaaaaaaa.
main suka2 hati, sepah2, bising..
slalu tak bule bising sebab adik nak tido.
tapi bila petang, ajak mama g ambik adik.
rindu la kut.
hehehe..

dah sihat, sengih yeh...
klau tak, meragam je..

jumaat, Amni dah ok, Aniq pun dah ok.

badan dah clear, takda bintik2 dah.
so, dua2 hantar g pengasuh.
mama masuk keja dah. 
seminggu Amni tak skolah.
seb baik g umah pengasuh tak buat hal sgt.
dah lama tak pegi kan?
mak ni pulak, toksah cerita la.
bila anak dua2 skali tak sihat, makan tidur memang kelaut la.
risau pikir anak2.
Aniq la paling aku susah hati sebab dia baby lagi tiba2 demam campak.
takut dia panas sgt, jadi benda lain pulak.
so far, ok. Alhamdulillah.
Amni dlu kecik2 ok je, tak penah demam lama.
paling kuat pun sehari.
Aniq, 2,3 hari badan duk panas. rupanya nak kena campak.


utk mak2, bila anak demam, kena beware yeh.
kena sejukkan badan diorg.
make sure panas tak lebih 40++.
panas sgt tu.
letak cool fever, selalu basahkann badan diorg. lap2 kat celah2 kaki, tangan, ketiak tu smua.
bule guna air sejuk, air asam jawa or air daun bunga raya.
selalu bagi diorg minum air masak.
selalu check suhu badan diorg.
klau dah tinggi sgt, bawak jelah g klinik.
make sure ubat demam sntiasa ada kat umah.
anak2 aku, klau demam aku ajar mandi.
tgh mlm pun mandi. bagi sejuk badan.
pas mandi, klau basah kepala, lap cepat2 ubun2 tu.
klau biar kang selsema pulak.
klau diorg nmpk kuat sket, ajak main2 bagi keluar peluh.
dah berpeluh, insyallah ok.
Alhamdulillah, buat gitu, anak2 demam panas tak lama.
klau berlarutan 2, 3 hari terus g klinik.
klau panas tinggi sgt, demam lama, takut jangkitan kuman pulak.
jgn biar yeh..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...