Search This Blog

Loading...

Thursday, January 29, 2015

My Dear Stroller

masa mengandongkan Aniq, dah plan nak bli stroller.
masa Amni dlu, pas beranak cadang nak beli.
tapi pas sudah tak beli.
masa plan nak beli, kawan aku pinjamkan anak dia punya.
sebab anak dia takmo naik katanya.
pinjam kejap jelah.
pastu nak beli, tapi pas sudah tak beli. hahahah.
maybe sebab kami jarang ke mana2 kut.

so, bila anak dah masuk 2, rasa mcm nak beli.
dulu sorang je nak tgk, klau kluar kejap2 pun takpelah boleh dokong je.
dah 2 ni, tak mampu dah kut.
plan ngan papanya, jomlah kita beli.
rasa mcm kena ada jugaklah seketoi stroller.

plan, tapi taktau bila nak beli.
tunggu nak g memana kut baru nak beli.
lagipun kami ni jarang keluar kan?
sesambil tu usha2 je dlu.
sekali ternampak kat lazada.
masa lazada buat sale on 12.12.14 tu.
sesaja buka page lazada, ternampak stroller dan ternampak sale.
muahaha..
klik2, belek2, diskus ngan papa, maka jomlah kita beli.
nak kluar beli ntah bila, makanya marilah kita beli online saja.
sebab lazada, so aku ok lah, boleh beli online.
tu pun google merata sebab nak tau cemana halnya si stroller yg berkenan di hati tu.
tak leh tengok live kan?
harus buat pilihan bijak.
ikutkan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk lahai jenis stroller.
tapi bajet aku ciput je.
idok le mampu nak beli quinny, mc laren bagai.
kita beli ikut kemampuan jelah ye..

then, aku pilih My Dear stroller.



ini rupa stroller yg aku beli.
tapi aku tak ambik kaler biru.
nmpk sgt boy kan klau biru nih.
aku pilih kaler hijau.
harga stroller ni kat lazada is RM300.
after diskaun tinggal RM145 je.
laju2 beli. hahahaha..
sebab bila tgk kat page MyDear sendri, harga around RM299.
kalau nak g usha kat kedai, kat Perlis ni manalah ada sgt pun.
ada la 1,2 kedai yg aku pegi.
tak bnyk pilihan and mahal jugak.

kenapa aku ambik yg ini?
ada lagi yg best and harga after discount below RM200.
pikir2, aku pilih yg ni.



paling aku suka sebab pemegang tu boleh facing ke depan.
so, maknya blh tolak stroller sambil tgk anak.
recline pun blh sampai bawah, so baby blh tdor selesa.
pastu stroller ni ringan.
ye 8kg, tapi tak berat sangat and tak bulky bila lipat.
klau nak yg ciput, kena beli buggy stroller.
haaa, yg tu mmg ciput je.
tp tak sesuai utk baby la.
nak stroller buggy utk baby, ada, tapi mahai oi.
tengok yg ni, sokay la.
lagi 1, boleh menampung berat hingga 18kg.
so Amni pun blh naik sebab skang berat dia around 14kg.
ciri keselamatan pun ok.
kenalah dgn harga ye dok?
sekali lagi, ikut kemampuan sendri...

oh, aku beli ni skali dgn beli si olaf tu.
dapat mesej dari lazada utk shipping pun sekali.
cumanya dari currier yg berbeza je.
mcm biasa, aku guna alamat umah pak mentua sebab kang barang sampai dia blh tlg terima.
klau guna alamat umah aku, kang 1 hal pulak nak collect sebab takda org.
masa olaf sampai, ayah ada.
masa stroller sampai, dia keluar.
so aku kena collect kat ofis skynet jugak.
sokay, dekat je pun.



kotak beliau.
err, tak berbalut pun.
seb baik kondisi dlm elok je takda rosak apa2.
tau jelah klau shipping ni kan?
teruja Amni tgk kotak apa lah besar sgt ni.
masa g collect ni, dia ikut skali.
blk keja, ambik dia dlu kat skolah, pastu g collect stroller ni.
pastu baru g ambik adik.



dah kata teruja kan, gigih lah maknya ni keluarkan nak pasang.
kononnya lah..
last tersadai gini jelah.
tunggu my mr. everything pasang kan.
hahaha..
papa bab2 gini serah ke dia.
dia sabar sket.
mlm tu gigih la dia pusing sana sini pasang benda alah ni.
ada yg salah pasang, cabut balik.
manual dia alahai, simple sgt.
kena tgk betul2.
tulis cina plak tu. hahaha..
made in china ye my dear ni.
klau beli trus kat kedai, ko dapat seketol stroller yg dah siap pasang kan?
beli online, ginilah.
takkan diorg nak pos yg dah siap tu.
besar kuttt..

takda pulak gambar masa tgh pasang.
kelam kabut sebab aku kena tgk dua2 anak while papa buat keja.
si kakak duk main tayar la, apa la..
haishhh..



 yeahhh..
adik enjoy je duk dlm ni.
sekarang stroller ni masih dlm rumah.
sangat berguna ok!

kalau  dia buat perangai masa aku nak masak ke apa ke, aku taruk je dia dlm ni.
pastu tolak g dapur.
seronok je kenit tu. janji nampak mama.
kadang2 kakak duk sorong dlm rumah.



kakak sambil tgk tv, sambil tolak adik.
suka je diorg.

so far, aku puas hati je dgn stroller ni.
walau murah, pada aku ok.
sepadan dgn harga kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...