Search This Blog

Loading...

Tuesday, February 17, 2015

Amni dah free botol susu. yay!

yaa..
Amni dah free botol susu.
lama dah benornya, maknya tak sempat nak citer je.
hihihi..
sejak aku dlm pantang.
maknannya dah 5 bulan camtu la, seusia ngan adik.
hahahaha..

cemana dia boleh benti isap botoii??
haaa...
dia sendri yg buat akai.
pahadan mukerrrr..




antara gambar last hisap botoi.

masa ni adik baby baru balik rumah.
day 3.
dia masih isap botol.
lepas tu kan adik masuk wad lama, kena jaundis.
so, bermulah episodnya.. mihmihmih

masa aku pregnant tu, dia tetiba ada habit menggigit.
segala benda nak gigit.
seb baik tak gigit org je.
gigi dah bnyk tumbuh, takkan gatal gusi lagi ye dok?
pastu suka laaaaaaaaaaaaaaaaaa dok gentel puting botol susu dia tu.
susu 6oz je, tapi sejam tak habis2 isap.
gentel puting. grrrrrrrrr.
tau2 je puting dah pecah.
dah la nak puting MAM je, puting lain tak nak.
pernah la aku tukar puting sebab asyik pecah je, tapi tak layan.
mengamok sebab susu tak keluar katanya.
padahal dia tak pandai isap sebab puting dah lain.
so, bertabahlah mak ni beli MAM jugak.
dah la mahal, suka suki je awak gigit sampai pecah. grrrrrrrrrrrrrr..
yg herannya, bila minum susu, dia ok je walau puting tu dah pecah, retak seribu.
bila aku bancuh susu, goncang susu, tau2 dah bersembur keluar kat dlm penutup botol tu.
sebab dah pecah kan?
kadang2 mau besar batang mancis tu.
puting MAM klau tak isap, susu tak keluar.
tapi bila puting dah pecah, bila botol terbalik ke apa, susu pun keluar la.
geram aku.
membara je mak ni.
dah nasihat, dah pesan jgn gigit puting jangan gigit putingggggggggggggg..
tak larat nak pesan, gigit jugekkk.

sooooooo, masa aku dlm pantang tu bermulalah episodnya.
adik takda, mak duk mngulit tungku ngan dia jelah kan?
masa dia duk minum susu sebelah aku, baek punya landing, duk gentel puting.
dah sejam lebih camtu, dah habis minum susu, aku tgk puting dah rongak lagi.
yg mmg dah sedia rongak bertambah rongak lagi.
aku saja tak tukar puting yg dia gigit tu, biar je.
elok je pun dia isap, heran btoi cemana dia edjas susu supaya tak laju.
masa dia duk isap susu tu aku dah tegur, isap cepat jgn gentel@gigit puting.
dia buat dekkkk je.
hati sudah membara..
aku g dapor, ambik gunting.
pastu aku selambe je gunting puting botol dia depan dia.
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
meraung2 menangis berguling2 kat depan tv tu.
lantok.
mama buat hati kering.
bapaknya takda, berani la aku buat .
hahahahahah.
klau tak, dia mana bule tengok anak dia menangis gitu.
kang dilempangnya aku. muahaha
pastu, bila dia minta susu, aku tunjuk botol susu ngan puting yg dah tinggal separuh.
camna nak minum kan?
dah menangis beriya nak susu dlm botol.
part ni mmg mak kena hati kering walau kesian.
sebab aku pikir, dia dah 3tahun lebih.
thn 2015 dah masuk 4 tahun and nak g skolah dah.
elok la klau dah benti isap botol pun.
rimas gak aku tgk budak dah besar duk usung botol susu merata.
bila dia minta susu, aku bancuh susu dlm cawan bagi dia.
menangis meraung nak botol.
aku letak cawan tu depan dia and blah.
pandai2 la nak minum ke tak.
boleh je pon minummmmmmmmmmmmmmmmm.. hahahahaha..
habis plak tu.
pastu aku buang smua puting dia, tinggal botol je.
letak atas meja biar dia tgk ada botol je takda puting.

tgh2 mlm klau dia jaga, nak susu, aku bancuh susu dlm cawan gak.
ikut hati, mmg kesian sbb nangis2 nak botol.
tapi kena hati kering.
mak aku kata alang2 dah dia buat perangai mcm tu, cubalah utk stopkan botol.
klau ikut jugak so tak benti la botol tu mak aku kata.
lagipun dia tak minum susu kerap sgt dah.
klau ikut papa mmg nak bg je botol tapi ku tahan jebatttt.
lagipun aku blk berpantang kat kg, duk dgn aku and family aku.
papa takda, so senang nak handle.
dia klau papa ada over sket.
seb baik mak aku tak masuk campor apa aku buat and dia sokong je klau elok utk anak.
klau baru umo 2 thn camtu mmg tak buat la, ni dah nak masuk 4 thn.
ada la sekali 2 dia mengigau mintak botol susu.
kesian, tapi kena sabarrrrrrrrrrrrrrr.
tak lama pun, dlm 3 minggu camtu je pun, dia ok dah.
bila nak susu, siap bgtau lagi nak cawan mana.
sebab aku selalu cakap dgn dia ulang2, Amni dah besar dah jadi kakak.
tahun depan nak g skolah dah, dah ada adik so tak boleh isap botol susu lagi dah.
adik baby ja blh isap botol sebab dia kecik.
mama takda duit dah nak beli puting baru kat Amni.
kadang2 dia menjawab gak suh g ambik duit dia kat bank.
+__+

Alhamdulillah..
now Amni dah free sepenuhnya dari botol susu.
aku pun belikan dia cawan kartun2 sket bagi dia hepi.
tak susah sgt pun klau kena cara.
mujur jugak dia senang nak terima.
maybe sebab semua org duk cakap dgn dia ulang kakak dah besar nak g skolah blablabla..
so, dia pun terpengaruh la.
klau duk meraung tak benti minta botol sampai takmo minum susu dlm cawan, maybe aku pun ikutkan je.
tapi dlm pada nangis nak botol, bila aku hulur cawan, elok je dia minum.
so, senang keja mak.
elok aku lepas pantang, aku reward la dia.
beli menan. hehehe

walau dah benti botol susu, aku tetap bg dia minum susu.
doa jugak supaya dia nak susu walau kena minum dlm cawan.
pagi2, petang and sebelum tdor aku akan make sure dia minum susu.
dia minum susu fearnleaf.
bila benti botol, dia mcm kurang sket la minum susu.
so, aku belikan dia fearnleaf calciyum coklat.
dia kata milo and suka sgt.
aku tak ajar dia minum milo pun.
kadang2 je beli milo kotak tu.
bila ada calciyum coklat tu, dia kerap la minum.
susu kurang sket, sekali je sehari.
tapi takpe dah ganti dgn calciyum tu.
suka betul dia dgn calciyum tu.
yelah lama dah duk minum susu kan?
dapat rasa lain sket, suka la.
duk sebut nak milo nak milo.. padahal susu coklat.
tawar je pun aku rasa, tapi dia suka je.
aku malas nak ajar milo sgt.




kakak Amni yg pandaiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat.
now dah free sepenuhnya botol susu.
yay!!
kakak dah besar kan?
bila dah 2 bulan++ tak isap botol, aku sesaja acah2 dia tanya nak botol tak?
dia jawab tak mo dengan confidentnya.
adik baby ja isap botoi, Amni besaq dah.
amboih berlagak eh..
big clap utk kakak!
so skang ni dia minum susu dlm cawan je.
cumanya kurang sket la.
kadang2 minum calciyum je, kadang2 nak susu.
ikut suka dia.
tapi aku make sure dlm sehari ada salah 1 dia minum.

bila dia g skolah, blk umah bgtau kawan2 Amni smua ada botol susu.
aku tanya dia Amni minum susu dlm apa?
dia jawab dlm cawan pooh yg mama beli.
aku saja psiko dia, tanya kawan2 Amni tu kecik mcm adik ka besar mcm Amni.
then tanya dia kenapa nak minum susu dlm botol.
dia cakap kawan dia besar tp minum susu dlm botol.
Amni besar tp minum susu dlm cawan.
siap tanya "Amni pandai kan mama?"
agaga.. melting mak nak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...