Search This Blog

Loading...

Thursday, February 12, 2015

Bila suami pergi pasar

sekarang ni jarang sangat la aku dapat g pasar.
ada anak kecik kan?
kadang2 dapat pegi pasar mlm je.
balik kerja tu singgah la sesiap beli barang basah apa yg patut.
tapi aku tak suka beli barang basah kat pasar mlm.
kalau sayur, ok.
aku lagi suka beli barang basah kat pasar masa pagi2.
sebab lepas tu basuh2 smua leh terus masak.
pagi kan?
kalau pasar mlm tu, balik rumah dah malam.
nak basuh segala binatang tu smua, haishhh malas.

so, skang ni tugas pegi pasar jatuh kepada papa@hubby.
selalunya dia pegi hari sabtu.
sebelum g keja sempat la pegi pasar kejap sebab hari sabtu dia masuk keja pkul 10am.
weekend, ada pasar tani depan umah je.
seberang jln sana tu.
tapi klau nak jln kaki mengah gak la.
so, hari sabtu gigihla papa pagi2 g pasar.

suami g pasar kan?
what to expect?
hahahaha..

tapi, ok la dari takda.
sila syukur kak yah oih.
dulu, mcm susah gak la, but bila dah biasa, now dah ok dah.
laki aku dah terer.
tapi tapi..
dia beli apa ko pesan jelah..
klau bab barang basah takda masalah.
bab sayor ada sikit masalah sket la.
sebab dia tak mkn sayor, so dia tak berapa kenal sayor.
dia kenal yg aku slalu beli je.
like carrot, kubis, kubis cina, bendi, kacang buncis, togeh, lobak and ada la 2,3 jenis lagi.
aku pun bukan pemakan sayur sgt, mmg sayur itu je yg aku slalu beli.
lagipun aku sorang je mkn.
dia mkn jugak la sket2.
laki aku ni slalu silap antara halia and lengkuas.
jenuh explain masa pesan.

klau nak beli lebih2, aku g sendri.
tinggalkan anak2 kejap kat dia.
nak beli segala bawang la, belacan smua kena g sendri la.
laki aku prefer beli barang basah ja.
mudah nak beli, sekali lalu je katanya.
utk sayur dia malas nak pegi area lain dah.
so, sekali sekala aku singgah pasar mlm beli sayur.
dia beli segala binatang nak makan tu.

baru2 ni dia g pasar.
dlm esbox kosong, ada eskrem ngan ketul ais je.
minta dia g pasar beli apa yg patut.
lepas 40 minit camtu, baliklah suami tercenta.
nampak senget2 badan jinjit beg plastik.
dlm hati duk pikir, apa laaaaaa laki aku beli sampai gitu sengetnya
skali, ha amekawww selambak dia beli.
lenguh pinggang aku duk membasuh segala binatang tu.

dia beli :
ayam 2 ekor
ikan kembong sekilo
udang rm10
sotong rm10
ikan cencaru rm5

mana la tak lenguh pinggang aku duk berdiri kat sinki tu.
aku lak jenis tak reti simpan, basuh je smua pastu masuk esbox.
kebetulan mak aku singgah umah hari tu.
dia tolong tengokkan Aniq sementara aku membasuh.
mak aku kata beli barang basah mcm nak buat kenduri.
padahal nak mkn 3 org je pun.
sabor jelahhh..
pkul 3 baru leh mkn tghr okeh.
sian mak aku.



nahhhhh..
penuh esbox.
suka suka..
seronok tgk esbox penuh mcm ni.
isi dlm bekas trasparent, senang tgk isi apa kat dlm.
nak masak keluarkan je, cepat keja.
barang2 basah ni smua aku pecahkan utk skali masak.
ayam sekor dapat 4 kali masak je pun.
bukan besar sgt ayam skang ni.
besar ngan lemak and berat ngan tulang je.

tu siap ada eskrem.
bawah tu ketul ais.
bakul pink ada stok susu Aniq sket and isi segala sosej, nugget smua.
barang frozen duk dlm tu, tak campur.
bekas tudung hijau tu isi ikan.
utk ikan aku masukkan dlm plastik utk skali masak then masukkan dlm bekas hijau tu.
senang keja.

now, bila balik keja, suami tanya mlm ni mkn apa ?
klau isteri jawab malas masak, dia jeling sket.
klau isteri jawab tak benda nak masak, dia jeling bnyk sket.
hahahahaha..
kan bnyk tu stok dlm esbox tak habis lagi ????
gitu jawabnya..
tu lah niat dia g bli bnyk2 tu.
nak bini dia masak hari2 kat dia.
bini masak sedap sgt kot.. kekekeke..
laki aku suka mkn kat rumah.
dia suka mkn ayam, sebab tu dia bli ayam bnyk and masak la ayam hari2 pun tak pa.
takpelah, dah dia suka aku masak, dia dah beli, so kita masak jelah kan?
air tgn isteri pengikat hati suami katanya kannnnnn?

2 comments:

  1. Klu Bab lauk basah, ensuami lebih master, sbb dia slalu ikut mak dia pi pasar.
    Kebanyakan ikan dia kenal, sy xreti. Tau ikan temenung n cencaru ja..
    Klu Bab sayur, saya tulis betoi2, tomato 6biji, terung 3biji, karot 4btg, mmg dia ikut cukup2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. maybe kena ikut cara nabila, tulis trus berapa biji nak beli kan? suami saya main bantai je. tapi sokay la jugak..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...