Thursday, March 12, 2015

Ayam goreng kunyit kegemaran

ayam goreng kunyit ni, dah jadi menu yg must have dlm rumah setiap minggu.
sebab apa?
sebab sedap dan paling best sebab senang mak enon nak buat.
hahahahah..
incik suami suka sangat.
buat tiap2 hari pun dia ok je.
haishhh, senang keja si isteri.
tapi walau dia suka, idok le kejam sgt isteri nak masak ini je tiap2 hari.
cukuplah takat tiap2 minggu masak ni.
klau malas menguasai, nilah menu yg akan keluar.
klau rajin sket, kluarlah ayam masak lemak ke, ayam goreng rempah bagai.
tengok keadaan.
kadang otw balik umah dah pikir nak masak apa.
tapi bila sampai umah kadang2 menu bule bertukar.
bergantung kepada pelbagai faktor.
bhahaha..



nak mudah, bila malas menguasai tapi lapar nak makan laju2, ginilah jadinya.
lauk dan sayur dlm 1 pinggan.
senang keja kak yah oiiiiiiiiiiii..
ehek ehek.
walaupun mcm ni, sedap okeh.
hadap 3 beranak, setel smua.

ni style aku klau buat ayam goreng kunyit.
kena ada :

ayam, of coz la kan?
bawang merah+bawang putih
cili
halia
garam+kunyit
minyak
sayur
bawang holland

camna nak buat?
potong ayam kecik2, baru best nak makan.
pastu gaul garam kunyit.
pastu gorengkan.
jgn lama sgt and sekejap sgt goreng tu.
dah setel, ketepikan ayam tu kejap.
baki minyak tadi jgn buang.
tumis bawang merah+bawang putih+halia+cili hijau.
smua tu rincik halus.
cili, ketuk2 je dlm 2-3 batang.
halia, potong nipis2, halus2 baru best.
tumis2 smua tu agak2 garing.
pastu masuk la segala sayur yg korang suka.
yg sesuai slalunya carrot, bunga kobis or kacang buncis@kacang panjang.
sayur lain cam tak sesuai.
godak2 sayur tu, pastu masukkan balik ayam yg dah goreng td.
godak2 lagi, tutup api.
siap!
makan dgn nasi panas2, ada sambal belacan, memang setel lah!



esoknya boleh bawak g opis.
jimat belanja kak yah.
yay!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...