Friday, March 20, 2015

BCG Aniq


semua ibu bapa tahu, bayi yg baru lahir akan diberi suntikan BCG.
apa itu BCG ?
suntikan ini utk elakkan daripada penyakit TB.
nurse akan bagi suntikan ni sejurus selepas beberapa jam bayi dilahirkan.
diorg akan beri sedikit penerangan kepada ibu lah selalunya, kenapa perlu suntik.
lepas tu kena tandatangan sket kata setuju.

info berkaitan BCG boleh klik sini.

so, Aniq pun kena lah suntik.
sebulan pertama selepas cucuk tu, ok je.
lepas tu nampak merah2 sket.
lepas dia 2 bulan, tempat cucuk tu mula nampak merah2.
lepas tu bernanah!
aiyo.
memula ok.
tapi sampai umor dia 4 bulan, tepat cucuk tu masih bernanah.



beginilah keadaanya.
bila kita picit2 or tekan2 kat situ, dia relax je, tak nampak sakit ke apa pun.
tapi risau la kan?

bila pergi check up bulanan kat klinik kesihatan tu, tunjuk kat nurse.
diorg pun setiap kali pegi mesti tanya.
mula2 bila tgk merah2, mcm nak bernanah tu diorg kata sokay.
mmg akan bernanah sebab vaksin tu sedang bertindak balas dan akan membentuk parut.
ok terima.
jangan kopek ke, picit ke apa ke, sapu ubat apa2, jangan.
biar je camtu.
sebab nnt akan hilang sendri katanya.
tapi bila dah masuk 4 bulan masih mcm tu lagi, mak dah susah hati.
bernanah siap berdarah ok.
2,3 hari dia kering kat situ jadi mcm keras, berkuping.
bila mandi, basah, kuping tu tertanggal.
2,3 hari lepas tu bernanah balik.
masa check up 4 bulan, nurse pun hairan sebab sepatutnya dah ok.
risau kut dah jadi jangkitan kuman.
so, refer ke doc.
doc suggest cuci dgn air suam.
utk matikan kuman.
guna kapas and cuci kat tempat tu.
takleh nak makan antibiotik lagi sbb Aniq baru 4 bulan.

masa check up 5 bulan hari tu, tunjuk ke nurse.
takda perubahan.
cuma nampak kurang sket je.
so, refer doc lagi.
2,3 org doc datang tgk.
oh, sebelum tu aku pernah bawak dia g check kat klinik dah.
klinik biasa, bukan klinik kanak2 ke apa.
doc tu cakap kulit dia maybe sensitif and bg calamine lotion.
whattttttt?
calamine lotion tu bukan utk gatal ke?
klau kena campak ke kan?
so, aku tak berani nak sapu.
ok, bila dah 2,3 doc datang tgk, smua mcm hairan gak la kan sebab dah umo 5 bulan tak kering elok lagi tempat cucuk bcg tu.
so ada sorang doc ni, senior sket dari doc yg ada tu, suggest 1 ubat.
kena beli sendri kat farmasi.
dia suh sapu sehari 2 kali, pagi dan malam selama 10 hari je.
takleh lebih takleh kurang.
apa jadi pun, sapu takat 10 hari je.
sapu nipis2 je kat keliling tempat yg bernanah tu.
pas 10 hari datang balik nak tgk.



krim tersebut.
krim ni antibiotik.

"Bactroban contains mupirocin, an antibiotic. Mupirocin prevents bacteria from growing on your skin."

krim ni pakai atas arahan doc je yeh.
klau anak korang ada jadi mcm Aniq, jgn g bli krim ni tanpa arahan doc.
tu apa yg aku jumpa la.
mostly klinik mmg takda krim ni, kena beli sendri kat farmasi.
aku pun seriau gak, so sapu sket 2 je.
mula2 sapu nampak Aniq tak selesa, pedih kut.
ikut apa yg aku baca, akan ada tindak balas, pedih dsbnya sebab ubat tu sedang bertindak balas.
boleh tgk info pasal krim tu kat sini :

http://www.drugs.com/bactroban.html
http://www.rxlist.com/bactroban-cream-side-effects-drug-center.htm

so, jomlah kita sapu and tgk apa jadi.
tak miss, 10 hari.
tapi ada gak terskip, sapu sekali je.
maap ye doc.

selepas 10 hari..




yay!
dah kering.. Alhamdulillah..

hari ke 10, tunjuk ke doc and nurse, diorg pun lega tgk sbb dah kering.
aku lagi la lega.
kesian Aniq sebab duk bernanah je kan?

aku tgk kulit Aniq ni mcm sensitif sket.
kulit baby kan?
hari tu dia kena gigit seut kut kat tangan dia.
banyak tempat gak, 4 kut.
rasanya dah sebulan lebih, masih berparut lagi.
berbekas, tak elok gak la tgk.
pastu kat perut, peha smua tu kat tempat yg kena getah diapers, sometimes mcm jadi rashes.
merah2, mengelupas.
bila sapu lotion, ok.
pas seminggu jadi balik.
tapi tak teruk la.



adik kembong.
haish, geram kat budak ni.
skang ni parut bcg dia dah merah elok dah.
harap2 pasni pun ok.
mama is susah hati dik..

2 comments:

  1. lama x bcg dia jadi parut? baby saya dah nak masok 4 bulan pun masih merrah2. bahaya x sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try pegi check la. kut jd mcm anak saya. anak sy kulit sensitif and allergic. tapi tak tau allergic apa. sampai sekarang dah 3y++ pun kulit ada tak berapa ok

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...