Thursday, March 12, 2015

Harga sebuah persahabatan

aku tengah emo skang ni.
tapi tak la down sgt, dlm hati je kusut.
luaran aku ok je.

aku jarang sgt bercerita pasal kawan2 aku dlm ni.
bukan aku takda kawan yeh.
ada, ramai.
tapi aku lagi suka crita pasal aku je.

semlm aku hilang seorang sahabat.
sahabat baik yg dah lama kenal.
dari thn 2000, masa duk kat taiping.
sahabat yg tinggal serumah dgn aku, senegeri dgn aku.
makan sama, tidor sama, gelak sama2, menangis sama2.
dah kenal lama, aku sangka dah kenal hati budi masing2.
rupanya tak.
aku ni mulut lepas sket, tapi tidak lah sampai melaser tak tentu tempat.
dia jenis baik2, tak hu ha mcm aku.
luarannya sopan santun, ayu, tersipu2 malu, alim2 sket.
dia baik, lemah lembut je orgnya.
aku kasar, suara kuat, suka gelak kuat2.
kadang2 dia agak slow, tak paham apa2.
sokay..org dah habis gelak, dia tak paham apa2.
kadang2 jadi bahan sebab slow sgt.
ingatkan dia ok je bila kena bahan sebab dia takda nak marah2 apa.
smua gelak2 je.
jadi bahan pun, masa melawak, gelak2. bukan main hentam sembrono, tidak..
kadang2 aku cakap lepas dgn dia.
aku ingat dia boleh terima sebab sama2 gelak mcmkan takda apa2.
dah tinggal serumah, ingatkan dia blh terima lawak2 kasar dari aku.
sebab tengok dia ok je bila melawak ke apa ke.
rupanya tak.
tapi dia pun kadang2 cakap lepas jugak dengan aku.
aku ok je..


cut it short..
aku pm dia semlm sebab besday dia.
sebab sebelum ni dia left group dlm whatsapp dan ada beberapa kejadian.
and ambik kesempatan tanya kenapa.
rupanya ada kisah disebalik.
dia pendam, pendam dan jadi dendam.
org yg dlu cakap lemah lembut, tersipu2 malu, alim, sekarang dah berubah 100%.
dihentamnya aku cukup2.
memendam rasa dgn aku yg dulunya kasar, cakap lepas dgn dia.
tapi kenapa lepas 12 tahun baru nak lepaskan?
kenapa dulu, masa terasa tu tak bgtau, tak lepaskan je?
kenapa sekarang baru nak ungkit.
dia ungkit mcm2 perkara yg aku sendiri tak ingat dah.
watak dia semlm sgt berubah.
ayat2 dia sangat lain tak menggambarkan dia langsung.
aku jadi tak terkata sebab tak percaya.
ayat dia lebih kasar dari aku yg sedia kasar.
aku luaran mmg org nampak kasar, tapi hakikatnya aku tak begitu pun.
bukan dengan semua org aku kasar atau cakap lepas.
dia mengungkit mcm2.
benda yg dia tak pasti sahih, dia ungkit, jadi dia buruk sangka terhadap aku.
sampai 1 tahap, dia fitnah aku.
Allahuakbar!!
sungguh aku tak sangka dia simpan dendam pada aku.
depan aku selama 12 tahun kenal, dia baik sgt.
dan aku tak pernah ada sekelumit pun perasaan marah ke apa pada dia.
walau aku jugak pernah terasa dgn perangai dia dlu.
dek kerna kawan, aku abaikan je smua tu.
kawan yg dah kenal lama, pernah tinggal serumah, pernah tinggal di rumah aku, pernah tolong aku dan aku pun pernah tolong dia.
mcm2 dah kami lalui.
dengan kawan2 yg lain termasuk dia, takda benda yg tak seronok utk aku ingat.
aku ingat yg best2 je sebab aku sayang mereka semua.
tapi tidak dia.
dia sangka buruk pada aku, dia pendam lama2 jadi dendam.
sekecik2 benda, tapi jadi besar.
bila diluah semlm, aku jadi speechless.
rupanya aku sakitkan hati dia tanpa aku sedar.
aku cuba jelaskan situasi sebenar, dia dah tak boleh terima.
sebab benda dah jadi dendam, nak dijernihkan pun susah.
mula2 aku cuba cakap baik dgn dia.
biar dia je marah2 aku, sebab aku sayang dia.
dia kawan aku, kawan lama.
tapi semakin lama dia semakin melampau, tuduh aku mcm2.
perwatakan dia dah jadi lain.
sukar utk aku jelaskan kat sini.



dia kata dia benci aku..
dia taknak kawan dgn aku lagi.
dia taknak ambik tahu pasal aku lagi.
aku minta maaf, cuba jelaskan.
tapi sukar utk dia.
dia kata dia kenal hati aku, tapi cara dia tak menggambarkan begitu.
kalau dia kenal aku, dia takkan buruk sangka dengan aku.
dia takkan tuduh aku mcm2, dia takkan fitnah aku.
kalau aku tak sayang dia tak ingat dia, aku takkan pegi ziarah dia.
kalau aku ke taiping, aku akan singgah rumah dia walau kalut sekalipun.
aku tak pernah lupa dia, keluarga dia sebab dia kawan aku.
ok, aku pasrah.
cukuplah.
org begitu  tak perlu dipujuk rayu.




bila dia luahkan semua yg dia pendam, aku rasa cukuplah.
aku sangka selepas 12 tahun, dia masih org yg sama.
rupanya tak.
aku sangka persahabatan kami ikhlas, rupanya tak.
ya, mungkin kerna aku pernah sakitkan hati dia dulu.
sekurangnya aku cakap depan2, tak mengata dia di belakang.
aku tak hipokrit, aku jadi diri sendiri.
dia juga pernah sakitkan hati aku, tapi aku tak simpan apa2 dlm hati.
kerna dia kawan yg aku sayang.
tapi tidak dia, dia berpura2 depan aku selama ni.
ok, aku sabar and cuba terima.
tapi tak perlu tuduh aku sampai mcm tu sekali.
aku pernah marah, benci org, tapi aku tak tergamak nak kata bukan2 pada kawan baik aku.
tapi tidak dia.
dengan perwatakannya, sungguh aku tak sangka.
12 tahun bukan 1 masa yg singkat.
depan aku selama ini dia baik, baik sgt, tapi hati dia lain.
sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula hati org.

sedih.
hilang seorang sahabat yg aku sayang.
aku sorang je yg bersangka baik dgn dia.
tidak dia.
ye, mungkin sebab dulu aku pernah sakitkan hati dia.
bukan aku tak pernah minta maaf, pernah.
and, dia baik sgt dgn aku selama 12 tahun ni.
kenapa perlu berpura2 sampai mcm tu padahal dlm hati penuh dengan dendam dan benci?
ikhlaskah dia berkawan dgn aku selama ni?
Tuhan saja yg tahu...





walau dia dah kata aku mcm2, aku cuba utk bersangka baik.
bila aku sangkal kata2 dia, dia kata aku tak blh terima apa yg dia kata.
aku yg jahat, dan semua yg tak elok tu.
aku akan tunding semula ke org lain.
mcm mana aku nak terima kalau apa yg dia kata tu tak benar.
dia buruk sangka pada aku, tak tanya aku dari dulu jalan crita yg betul.
dah di set dlm minda dia begitu, bila aku cuba betulkan, dia taknak terima.
so?
aku tak kata aku baik.
mcm aku kata tadi, sekurang2nya aku tak hipokrit.
beginilah aku walau dah 12thn berlalu.
aku pun pernah disakiti, tapi aku bukan jenis yg simpan dlm hati, pendam dan pendam sampai jadi dendam.
luka bernanah berdarah, busuk dlm perut tu.
aku juga manusia biasa, punya hati perasaan.
aku pun pernah marahkan org, tapi bila masa berlalu, dah lama, aku cuba lepaskan.
dendam bila disimpan, hati kita jadi tak tenang.
bila kita lepaskan, Insyallah.. hidup jadi mudah.

mungkin dia punya masalah lain.
takpelah..
ini harga yg perlu aku bayar utk nilai persahabatan kami.
kalau aku tahu ini yg akan terjadi, mungkin aku akan pilih utk tidak berkawan dgn dia dari dulu.




Tuhan,
aku mohon, tenangkan hati aku... amin..



**pic from Google

4 comments:

  1. cerita kau sama dengan aku. sedih dan kusut. ;(

    ReplyDelete
  2. sama la kisah kita..sampai skrg dia masih berpura-pura n jaja cite sy pada kwn2 yg lain...sedih sgt2 sampai dah taubat nk berkawan....skrg sy wat biasa jer...mls nk pk tentang dia....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...