Search This Blog

Loading...

Wednesday, March 11, 2015

Procare Nursing & Rehabilatition Home

tujuan sebenar g kl masa cuti cny tu adalah nak ziarah bapa sedara suami, abang ipar mak mentua.
kitorg panggil uncle izham.
umo around 70++ kut.
dlu dia dah pernah kena strok.
bila tu tak sure.
berubat then recover sket, but tak la sembuh sepenuhnya.
jln pun bertongkat, sebelah tgn pun keras.
bercakap pun jenuh nak faham apa dia cakap.
but lepas la utk dia urus diri dia like mandi, pakai baju, makan smua.
tapi dia kuat, blh je g jln2 kat shopping mall smua.
last month dia kena strok skali lagi.
klau tak silap, apa yg kazen suami cakap, kena ngan tarik skali.
teruk gak la.
duk icu bnyk hari jugak, pakai bantuan pernafasan smua.
aku pun tak berapa ingat sangat jln crita tu sebab dah lama.
memula hospital lain, tapi susah sebab fail dia smua kat hospital lain.
hospital mana, lupa.
2 minggu camtu, dia dah stabil.
tapi being strok kan?
mata je celik, lain2 takda respon.
kaki tgn smua keras.
mata pun celik ke atas je.
dah stabil, doc kata boleh blk, tapi dia perlu penjagaan rapi.
takleh mkn, minum susu je pakai tiub ikut hidung.
cemana nak jaga?
wife dia, auntie norjan, kakak mama pun tak sihat sgt.
dia pun ada diabetes, kaki pun dah tak kuat sgt.
anak2 ada 2 org je.
both keja.
kak ja, cikgu skolah.
abg mat, oku, lepas utk diri sendri je. dia pun wife kena dialisis seminggu 3 kali.
pungpangpungpang, auntie decide dgn anak2 nak hantar uncle kat pusat jagaan.
what to do.
better duk kat pusat jagaan sebab keadaan dia mcm tu.



ini yg auntie jumpa.
tak jauh sgt dgn rumah diorg kat bukit jalil.
nama tempat tu, aku dah lupa. hihi..
tempat ni milik seorang doc india.
dah tua dah doc ni.
dah retire, then buka tempat ni.
dia buka tempat ni lebih kepada charity.
bukanlah kata free terus, kena la bayar kan?
private kot, yuran bulanan bule tahan nak pitam dengar.
sebab segala alatan adalah mahal, nak bayar pekerja smua, makanan diorg lagi.
tapi, pekerja kat sini adalah terlatih.
so, tak payah risau.
aku tak sure la pulak if diorg ni ada certificate dlm nursing or not.
ini pun aku dengar cerita dari auntie.
pekerja2 dia pun keja dah lama, bertahun2 and sayang sgt kat doc tu, owner tempat ni.
ramah2 and baik2 je.
ada staf melayu, india, cina smua.



tempat ni kat kawasan perumahan.
mcm rumah banglo 2 tingkat and diubahsuai sket.
besar.
pesakit kat sini pun ramai.
1 time klau tak silap blh masuk dlm 60 org.
tempat pun bersih je.
tak sempat nak ambik gambar kat dlm rumah tu.
nak melawat, ada masa yg ditetapkan.
tghr and ptg je.
masa kat sana, sempat la 2 kali pergi menziarah uncle.
ayah nak bacakan surah yassin utk uncle.
sejak duduk situ, auntie kata ada perubahan pada uncle.
diorg duk urut2, massage dia, so dah lembut sket dah badan2 dia.
taulah klau kena strok tu cemana kan?
kejang habis 1 badan.
uncle dah sedar, tapi tak boleh respon apa2 pun.
kaki tangan smua tak gerak, cuma mata je yg berkelip.
skali tgk mcm dia dengar org panggil sebab mata dia bergerak ikut bunyi.
entah... moga2 uncle makin ok dan moga tuhan permudahkan semua urusan beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...