Search This Blog

Loading...

Wednesday, May 06, 2015

Puree Kentang untuk Aniq

solid food yg pertama utk Aniq is puree kentang.
dalam entry lepas pasal solid food utk Aniq, aku mention aku kasik Aniq makan awal seminggu kan?
masa tu teringat dia dah nak masuk 6 bulan.
and terasa nak bg dia makan dah.
persediaan apa tak da.
godek2 peti ais, ada ubi kentang.
so, jom buat puree utk adik kembong..

sapsapsoi je nak buat puree ni..
masa diorg mkn puree ni, senang keja mak.
kukus, blend, pastu makannnnnnnn...
hehehehe..

utk ubi kentang, kena rebus ye.
klau kukus kena lama sket la sebab nak bg kentang tu betul2 empuk.
nak senang, rebus je.
dah kupas, basuh2, rebus.
dah empuk, sejukkan..



sebiji je kentang aku rebus hari tu.
1st time nak mkn tak payah bnyk2 sgt pon.
malas nak blend bagai, kita tumbok jelah.
dah lembut, senang je pon.
lenyek2 je dlm lesung batu tu sampai hancor.



pastu aku masukkan dlm penapis teh ni pulak.
lenyek dlm ni pulak.
sebab nak tekstur tu betul2 halus dan hancur.
sebab Aniq kecik lagi kan?
1st time nak makan, kena betul2 halus.
kentang ni keras jugak kan?
klau ada ketul2, kang tersedak pulak.



so, dpt mcm ni.
ambik yg bawah penapis tu.
memang halus betul.
kalau blend@tumbok td, ada yg berketul jugak.
masa nak tekan2 kat penapis tu, klau pekat, boleh tambah air sket.



dah siap.
memang halus betul ubi kentang ni lepas kita lenyek dlm penapis tu.



siap buat stok utk 4 days rules.
setiap makanan baru utk baby, kena amal 4 days rules ye.
supaya kita tau sesuai ke tak makanan tu dengan bayi.
cirit birit ke, sembelit ke apa..
lepas 4 hari, kalau kencing berak smua ok, means makanan tu sesuai utk bayi.
kalau sembelit or cirit birit berterusan, blh stop makanan tu.



puree kentang utk adik kembong.
his 1st solid food.
permulaan, 1 sudu besar je.
tak payah bnyk2 pun.
perut diorg kecik je.
lagipun dia baru nak belajar mkn kan?
kalau pekat, blh tambah air, biar cair2 je.
senang dia nak telan.
tambah susu ibu pun boleh.
tapi aku kasik rasa original je.
pure puree kentang...


budak tak sabar nak makan..
ternganga2 mulut tu.
lapar ehhh?
pestime makan, dah pandai isap2 sudu.
lajuuuuuuuuuuuuuu je dia telan.
pastu nganga lagi.
kelakar awak dik.



kejap je dah setel makan.
laju je dia isap puree tu.
better buat cair je sebab diorg tak pandai kunyah lagi kan?
isap je..
seronok tgk dia makan.
dah mkn, so aku kasik dia air kosong.
seb baik dia suka je air kosong.




dah setel  makan..


hanyut terus..
bhahaha..


later, aku share penyediaan puree buah/sayur utk Aniq pula.
asah balik skill utk sediakan solid food utk anak.
harap dapat buat lebih baik dari dulu, masa sediakan makanan utk Amni.
Aniq ni laju gak makannya..
anak mak btul la awak..


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...