Search This Blog

Loading...

Tuesday, June 09, 2015

Adab kat mana?

luahan perasaan sket..
dah sejuk sket baru leh buat luahan perasaan.
kalau tengah panas tu, kang berkandang ba** plak keluar..


budak2 skang ni adab tu mcm dah takda kan?
geremsssss je kak yah.
aku kan keja kat universiti.
walaupun bukan kerja layan student2 ni tapi kadang2 tu berselisih la jugak.
belajar tinggi2, adab dah kemana2.
bukan la semua, ada la segelintir.
yg geramnya, budak perempuan kut.
lelaki pun ada, tapi rasanya perempuan lagi bnyk.

cth :
masa kat surau.
kita ni tak kisah la sapa pun, sebaya ke tak ke, tapi hormat la sesama manusia kan?
ini dah sah2 la ko tu student, muda lagi dari aku.
aku ni tak nmpk pun muka student.
nak lintas depan, nak ambik telekung ke apa, main redah jeeeeeeeeeee..
betul depan hidung mancung aku ni dia lintas.
ewahh, nak jugak.
padahal bule je elak sket, takkkk, redah jugak.
nak lalu ke nak lintas ke, bgtau la, bg bahasa isyarat pun cukup la.
buat muka kerek, pastu redah.
bila kena kita sket, kut la nak say sorry ke apa ke, tak.
main blah je.
amboi dik.. kat surau ni.
kang aku bungkus trus ko ngan telekung tu 7 lapis nak?
haaaaaa..
pastu bising..
org sembahyang, ko sibuk sembang kat belakang.
dah sudah smayang, duk belit2 shawl bagai, duk bergosip.
cerita pasal balak la, abang junior ensem la, lect ensem la.
blajar baru sethn, dah gatai.
gelak2, gedik2 gatai.
aku ni smayang nak baca al-fatihah melalut p baca doa qunut dah.
benti sembahyang, berdehem suh diam sket, buat tak tau je.
pusing sket bg isyarat suh diam.
ingatkan nak dengar.. tak.
benti kejap, pastu sambung gelak2.
hoihhhhhhhhhhh.. mengundang kemarahan.
aku belit shawl tu sampai tak bule bukak kang.
org nak solat kut.
ko dah sudah, sila hormat org lain.
ni bukan kat tempat aku je, kadang2 kat tempat2 lain pun sama je.
tolong la hormat org tgh solat.
hilang kyusuk masa solat dengar korang duk bergelak tu.
please...



kat kedai2 mkn pun sama.
duduk penuh semeja, makan, pastu selfie, pastu gelak2, gedik2.
nampak jantan, lagi sakan gediknya.
ei, geli kut tgk.
aku pun penah muda, tapi takda la gedik gitu.
ini, mcm kena beluncas dah aku tgk.
kat kedai mkn, org ramai.
diorg duk bercakap habis 1 kedai bule dengar.
awak2 tu perempuan.. slow2 la sket bercakap tu.
kemain gelak mengilai kalah cik pon.
nak pay attention.. meluat lagi adalah..

kat jalan raya.
bnyk dah kut skang ni.. pembuli jalanan.
kau kat atas jln raya, jgn pikir diri sendri je.
nuuuu, ramai lagi pengguna jalan raya bayar roadtax jugak.
jgn ingat jln ni mak bapak ko punya, suka2 hati nak buat apa.
biar beradap sket.
nak potong, nak melintas nak belok.
engineer cipta kereta tu ada signal tu bersebab.
suruh ko beradap masa nak belok.
sila bagi signal utk belok.
bukan main kona sesedap rasa.
org belakang tekan brek sampai habis terkejut tiba2 org depan belok tak bg signal.
tak susah pun nak bg signal, bukan suruh ko keluar bgtau, cik saya nak belok, sila slow yeee.
tak.
toksah bangang sangat.
org belakang elok2 duk bwk kreta, terkejut ngan keta depan, boleh hilang fokus.
kang ntah kemana2 pegi sebab brek terkejut.
ko depan selamat, org blakang dah ke longkang.
please.

pastu nak memotong.
amboi mentang2 ko bawak subaru, kemain ko cucuk aku nak potong.
kadang bawak keta kecik pun sama naik, kemain laju cucuk org depan.
sabar.
keta depan bnyk, nak potong jugak silakan.
klau masuk longkang, padan muka.
klau ko bawak keta cam nak race, ko sorang terhumban tak pe.
ini org lain punya la hati2 bawak keta, kena sebat sama.
tu tak fair.
please la..
pikir org lain sama, jgn pikir diri sendri.
tak pyh nak tunjuk hebat sgt.
salah tempat.
kang sesia je tempah katil kat spital.
kalau tempah katil, kalau tempah keranda?
acaner?

2 comments:

  1. Bdk2 sek men pun dh nmpk gediknya...
    Masuk U lg la...
    Sedih n malu jgk, sbb kita pun perempuan jg.
    Bila fikir2, kita pn ada ank perempuan, hrp la xjd mcm tu. Malu mak ayahnya, emmm...

    * kak yah, nabilah baru blk kedah. Thn ni bru dpt merasa harumanis, kak ipar beli sbb dia keja kt Perlis. Skg dh tau la cmna rasa harumanis. Mertua kata rasa sikit2 mcm kuinin(konen). Adakah harumanis ni buah kacukan? Dpt 3 biji, k.ipar bg bwk blk sgor, hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mcm berbeza dgn buah konen. konen mcm masam2 manis sket and buah tu berambut. bauh dia lagi kuat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...