Search This Blog

Loading...

Tuesday, June 23, 2015

Lepas kakak, adik pulak yg kena....

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamanya tak update blog.
tak sempat.
+__+
klise.

mood pun tak berapa nak ada.
pelan2 carik.

eh, selamat berpuasa semua.
ok lagi kut wish walau dah 6 ramadhan.
cemana puasa?
ok?
ke k o?
aku so-so je.
anak 2 wei.
huru hara je rasa time berbuka.
hahah.
tu nnt2 kita sembang.
skang ni citer pasal dak kembong tu..

hari tu kakak amni kena demam campak kan?
elok dah kering, pas baton ke adik pulak.
mama is sad!

demam campak ni bukan demam biasa ok.
memula demam panas dulu, pastu bila campak dah keluar tu, dia sakit2 badan pulak.
sengal2 badan, gatal2..
klau org dewasa pun ada yg menangis bila kena demam campak, budak2 lagi laaaaaa.
adik punya lagi teruk dari kakak.
kena pulak kulit dia cerah sket dari kakak...
memang nampak sgt la.
1 badan kut.
Amni kat muka and badan bnyk gak, kat kaki tak bnyk sgt.
2-3 ketul ja.
Aniq ni, bule kata penuh satu badan.
kat muka, kat perut, kat tgn, kat kaki, kat bontot, kat belakang, kat bebird, kat tapak kaki, kat celah2 jari, kat kepala pun bule tahan bnyk.
serius bnyk!
pastu besar2.
kat area mulut pun ada, tepi2 bibir tu.
adusssssssssss..
bila mkn, meleleh ke apa, nak lap tu, mengadoi gak la.
kesian oi tgk dia.
ada gak la sekali 2 tu dia meragam.
takat meragam sket2 tu ok lagi la, nak bertempek ngan mama je.
tp ada sekali 2 tu dia menangis kaw2 punya.
lama plak tu, menangis siap buat keras2 badan.
apa pun taknak.
aku dah habis ayat dah hembus, gitu jugak.
mata pejam sebab tgh tdor.
lama gak la duk usung, sambil jln2 dlm umah sambil zikir2 bagai.
pastu teringat, try tukar diapers dia.
tak lama pas tukar dia diam.
diapers tak la basah sgt sbb baru lagi.
cumanya, ada campak kat celah kangkang tu, kat telor dia, bila basah, pedih.
dah tukar diapers, tak pedih sgt dah kut.

bila dia menangis, huiii, dlm hati ni taktau nak cakap.
kesian kut.
sakit tapi tak tau nak bgtau kan?
mcm Amni dlu, dah besar dah blh cakap blh la bgtau sakit ke pedih ke apa.
tapi susah hati jugak sebab asyik la cakap sakit.
dah mak tak tau nak buat apa.

detect campak Aniq ni hari jumaat.
blk keja tu tgk ada keluar sket2 dah.
kat kaki pun dah ada.
org tua2 kata kalau campak dah sampai kaki, cepat habis nnt.
hari sabtu tu dah makin bnyk keluar.
hari ahad nampak merahhhhhhhhhhhhh je.
bwk g klinik hari ahad tu.
sebab nak ambik ubat Amni, batuk dah lama sgt tak baik2.
tunjuk adik sekali ke doc.
dia pun terkejut tgk bnyknya campak..
huhuhu..
dah lepas 48 jam, takleh bg ubat dah dia kata.
klau tak bule kasik ubat utk matikan terus campak tu.
skang ni, bule tunggu campak tu habis jelah.
pastu Aniq duk demam panas on off.
doc kata patutnya demam campak ni demam panas masa nak keluar campak je.
dah keluar, tak demam dah.
tapi sebab campak dia ada yg bernanah, sebab tu dia demam lagi.
so, dapat antibiotik and prebiotik.
tak hensem dah adik doc kata..

skang ni dah kering dah campak dia.
demam pun takda dah.
parut bnyk gak tu.
nnt nak bli bio oil nak sapu kat dua beradik tu.
raya nnt tak comey la..
heheh..

gambar diorg bnyk gak aku ambik.
tapi tak share la kut kat sini.
simpan nak tunjuk kat diorg bila dah besar nnt la
kat sini tak gamak nak tunjuk sebab teruk.
tak comey... tak mo tunjuk.
hahahah

kakak pun dah g skolah lepas 2 minggu tuang.
adik aku jaga kejap, pastu hantar ke pengasuh.
pengasuh rindu seminggu tak jumpa.
now dah makin ok, kering smua dah.
ada la sket2 lagi tak tanggal.

harap2 pasni sihat2 jelah anak2 ye.
susah ati klau anak tak sihat.
keja pun hati tak senang kan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...