Search This Blog

Loading...

Tuesday, June 09, 2015

Masak2 di rumah....


entry takda motip..
saja nak mengundang kemarahan...
hahahaha..
nak share gambar makanan jeeeee.
yg aku masak.
kebanyakkannya masak utk dinner jelah.
macam biasa, masak simple2 je..
yg mudah dan bule kenyangkan perut semua.
sedap tu bule la tahan.
hehehe..
nak masak haibat2 tu kadang2 tak termampu.
ada anak kecik ni tau jelah kelam kabutnya mcm mana.
waktu dia baik, dapatla buat mcm2.
klau dia buat perangai, hmmmm, silap2 beli jelah makanan kat kedai.
anak mengamuk, kang mak nak mengamuk sama.

aku skang ni cemana ntah nak kurus.
dinner pkul 10 nuuu.
dinner ke supper ntah la..
anak2 dah tdor, baru mak pak nak makan.
pas mkn, tidorrr.
aiyoooooooo..
kalau tak, tak dapat nak mkn ngan tenang.
sebelah tgn suap nasi, sebelah tgn lagi pegang anak.
sabar jelahhhhhhh..
kena kasik diorg tdor dulu, nak2 cik kembong tu..
kadang2 masa nak tdorkan anak tu, hoih mengantuk.
terlelap dah sket, laki meh gerak ajak mkn.
aku  kadang malas nak makan sebab dah lewat kan?
tapi kesian pulok ke laki duk tunggu bini nak makan sama2..
laki aku tu nak mkn berjemaah ngan bini dia.
tak sampai hati pulak nak biar dia mkn sensorang..
lagipun dia dah tunggu kita kan?
dah teman mkn harus lah mkn sama kannnnnnnnnnnnnnn?
tok laki kata, takpe ma, makan jeeeeeeee.
tak gemok pun.
amboih ayat ambik hati nampak...

eh, dah menyimpang.
jom2, tgk gambar makanan...



incik suami request nasi lemak.
gigih la bini kukuq nyok.. ehehehe..
tipu.
beli santan kat kedai jelah.
tak kuasa la aku nak memerah kelapa bagai..
blend bawang putih+merah, hiris halia sket, garam, santan, air, beras campak  masuk semua, masak pakai rice cooker je
pastu halia tu aku jelah yg kutip makan.
bagus jugak bule buang angin kan?
mood rajin, siap goreng kacang.
selalu kalau buat nasi lemak, sambal, telor rebus ngan ikan bilis jelah lawannya.
jarang aku nak buat lauk lain.
setengah org siap buat sambal kerang la ayam goreng rempah bagai.
aku suka nasi lemak ngan sambal ikan bilis je.
suami pun sama.. senang keja.
Amni, nasi lemak ngan telur rebus pun bule bertambah2 mkn.
dia suka nasi lemak..
nasi rasa lemak2, masin2 kan?



besoknya..
bawak bekal g opis.
jimatttttttttttttttttttttttttt belanja.



rajin sket, anak2 bg kerjasama, ada la 2 menu.
tak termasuk sambal belacan.
tu wajib ada.
stok 1 tupperware dlm esbox.
nak makan, cedok jeeeeeee.
ayam masak kicap ngan sayur campur+udang.
klau buat sayur campur ngan udang ni, kulit kena kopek sesiap.
baru tak terganggu masa makan.
hahahaha..



ini paling win.
bertambah2 makan..
agagagaga..
nasi panas+kicap..
sayur kubis+carrot goreng dgn telor.
pastu ada ikan kering+sambal belacan.
bapak simple, tapi mkn bertambah2.
amni pun sama naik mkn ikan kering.
ikan kering ni kadang2 je bule goreng.
sebulan 2-3 kali je..
sebab?
klau goreng selalu, makan nasi banyakkkkkkkkkkkkkkk..
lauk yg mcm ni mmg susah nak benti makan kan?
kalau buat gulai segala bagai tu, jemuuuuu.
mcm ni pun cukup dah.
rakyat marhaen, makan ikan kering jelah..



menu wajib kalau beli udang.
masak yg lain, tak laju..
kena masak lemak udang jugak..
manisssssss je kuah tu.
sodap dap dap...
dah pernah share resipi simple ni..
lawan dgn ikan goreng+sambal belacan.
memang setel seperiuk ni.



ayam goreng rempah kegemaran.
feveret laki kak yah ni.
ehehehe.
senang sgt.
gaul ayam  dengan garam kunyit+rempah daging alagapas.
pastu goreng garing.
makan panas2, sampai ke tulang di kerkahnya..
ahahahaha...



lapar pulak tgk gambar2 ni.
haishhhhhhh...



2 comments:

  1. Oh. Aym goreng rempah, Gaul ngan serbuk Kari? Baru tau, nanti nk cuba...
    Yg udang tu, gulai ka masak lemak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa. gaul garam kuntit and serbuk kari je. bila goreng bau wangiiiiiiiiiiiiiii..
      udang tu masak lemak tp letak cili kering bukan cili padi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...