Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 22, 2015

Bukan semua benda PERLU di kongsi di laman sosial

rasanya ramai yang dah baca kes Chef Wan upload gambar family dia tidor dgn caption yg kurang enak tu kan?
lepas tu berlawan2 pulak, balas membalas sesama mereka.
masing2 rasa diri tu betul.
of coz la kan?
yg mulakan mesti rasa apa dia buat tu betul.
yg kena tu mesti nak betulkan apa yg dikata kepada dia.
sudahnya jadi panjang cerita, sampai nak saman bagai..
hmmm... not gud la..
bukan org lain, family sendiri..
anak2 buah pulak tu.
bukan org jauh pun.

sekarang mcm dah jadi trend.
semua benda nak upload kat media sosial.
yg best yg tak best.. pendek kata semualah.
kadang tu nmpk eksiden, ambik gambar upload dlu, pastu baru tolong.
niatnya nak sebarkan supaya warisnya tau sebab tak kenal mangsa.
org tgk org kata menunjuk2 nak tolong org.
suami beli hadiah bunga besar rumah, share kat fb dengann ucapan tq b, sayang b muah2 love2 bagai.
padahal boleh je wasap terus ke suami bagi kata2 romantis karang 4 kajang kan?
upload gambar anak sehari 40 keping dgn niat nak share apa anak kita buat.
org tgk org kata mcmkan dia sorang ada anak.
upload gambar buat umrah, dgn niat nak tunjuk keadaan kat sana kepada yg tak pernah pegi.
org tgk org kata kita riak dlm buat ibadah.
macam2 yg boleh kita jumpa.

motif tu terpulang lah pada pandangan dan niat hati masing2.
aku pun kadang menyampah tapi apa nak buat..
semua tu kita  tak boleh sekat kan?

macam kisah chef wan ni, pada aku kurang wajar.
atau pun memang tak wajar.
rasanya ada cara yg lebih baik utk menegur, utk meluah ketidakpuasan hati.
apatah lagi ianya melibatkan family sendiri.
hari raya pulak tu.
biasalah bila raya, dah berkumpul ramai2, macam2 peel keluar.
kita tuan rumah takkan nak suka2 maki hamun tetamu ye dok?
tetamu tu datang bawak rezeki.
memang kita berhabis duit nak siapkan makan utk diorg.
letih kemas, letih memasak..
tapi imagine kalau sapa pun takda datang rumah kita masa raya.
sunyi sepi.. mcm takda beza dgn hari2 biasa..
camner?
dalam ramai2 tu bukan semuanya rajin.
dan bukan semuanya malas.
dia sendri seseorang yg ada nama di Malaysia ni.
bila keluar cerita mcm tu, berbalas2 komen pulak, memang tak elok la.
org luar dah tau kisah keluarga kita.
dan org luar juga tau perangai kita sebenarnya mcm mana.
tak mustahil raya lepas ni diorg semua tu dah tak pegi rumah dia sebab terasa hati kan?
sapa yg rugi?
patutnya tegur dulu elok2, kalau diorg tak endah ke apa, ok la nak marah ke nak angin ke.
tapi bila upload gambar mcm tu kat media sosial, siap caption yg tak berapa sedap tu, pada aku bukan sesuatu yg bijak.
dengan siapa diri dia, memang tak kena lah.
tak kiralah ko sapa pun, tindakan tu memang tak patut.
mengaibkan..

cara yg dia tu menunjukkan dia mcm kurang senang dengan kehadiran diorg.
kalau baca komen kat gambar tu, lagilah macam2.
aku bukan nak jadi keyboard warrior ke apa.
cumanya, benda2 mcm ni boleh je dibawa bincang elok2.
upload ke media sosial bukanlah jalan penyelesaiannya.
benda akan jadi lebih keruh.
skang ni pun dah nampak kan?

family aku, kalau raya or bukan raya sekali pun, tak kisah pun org nak datang ramai2 kat rumah ni.
masak makan apa yg ada, apa yg mampu utk dijamu kepada tetamu.
seikhlas hati kita.
Islam sendiri suruh kita memuliakan tetamu.
tak kisah la kawan ke, sedara ke..
letih memang la letih, tapi bukan hari2 pun mcm tu.
raya bukan hari2 pun.
setahun 2 kali je.
kalau hari2 mcm tu logik la jugak dia nak meroyan.
tak payah org lain, aku sendri pun.
kadang2 rimas jugak bila rumah berselerak, bersepah bagai.
tapi, biasalah bila dah ramai.
org balik kang, kemas la, apa susahnya.
kita pegi rumah org pun gitu jugak kan?
kalau mak bapak aku, diorg ok je org datang umah.
kami ni setahun tak tau berapa kali buat kenduri.
makan2 panggil sedara mara, panggil jiran.
seronok bila org datang rumah kita.
dapat kasi diorg mkn, berkongsi rezeki.
bila diorg mkn, kata sedap, lagilah kita seronok.
ada lebih, siap bungkus kan lagi.
semua sedara mara aku mcm tu.
nenek sebelah mak aku memang jenis memuliakan tetamu.
siapa pun engkau, semua dia layan sama je.
nak balik tak dibiar balik tgn kosong.
kadang2 kalau takda apa nak kasi, dia bagi gula.
boleh?
aku pun tak paham kenapa..
katanya kita ada rezki lebih, kongsi sama2..
makanan sentiasa ada kat rumah dia, spare kalau ada tetamu bertandang.
kadang2 yg datang tu yg memang hari2 datang bertandang.
anak sedara sebelah rumah je pun.
pon dia jamu makan.
sama mcm mak aku. jiran sebelah rumah, sehari 3 kali kut datang rumah.
org tua2 takda buat apa, datang borak2 kosong.
pon dikejannya kami buat air kopi hidang jugak walau dah kali ke 3 datang.

letih nak kemas lepas tu memang la letih.
kena keluar duit nak beli makanan nak jamu tetamu.
tetapi jika nak dibandingkan kesudian diorg yg bertandang ke rumah kita tu, tak dapat nak dibandingkan..
datang ramai2, sembang2 sedara mara, hubungan jadi rapat.
mak bapak aku tak pernah mengungkit pun bab berhabis utk tetamu.
tak pernah.. seronok lagi ada.
dah setel utk kali ni, kemas pun belum habis dah plan utk makan2 akan datang pulak.
sebabnya seronok org datang rumah kita.

tindakan chef wan tu mungkin dia geram sbb dah masuk pkul 9 masing2 pakat tidor lagi.
raya pulak tu.
kalau mak aku dia jerit je suh bangun.
kalau letih nak tdor, p tdor dlm bilik.
maybe semlm pakat berjaga duk bersembang bagai.
nama pun raya, dah berkumpul ramai2, lama tak jumpa haruslah seronok sembang kan?
semua family mcm tu kan?
boleh je dia p jerkah sorang2 suruh bgn or ubah tempat tidor sebab nak kemas umah takut org datang lagi.
rumah dia bule tahan besar and lawa juga.
pernah tgk kat program apa ntah.
kalau org datang kang nmpk memasing duk  terdampar lagi mmg tak best la.
ada je solution lain selain drpd upload ke media sosial siap dgn makian.
tak mencerminkan budaya kita..

ada benda yg boleh kita share ada benda yg tak patut kita share.
org ni pulak mcm2..
kita share niatnya lain, tapi org tafsir lain.
kita share kita beli handbag lv harga 14 ribu dengan niat nak menaikkan semangat org lain supaya usaha and dapat beli handbag mcm kita.
org tgk, org kata kita riak, menunjuk sebab beli beg mahal, show off, suruh berjimat g sedekah kat or susah blablabla..
apa yg kita rasa tak sama dgn apa yg org tgk.
zaman sekarang teknologi dah semakin canggih.
boleh kata budak2 pun dah pandai surf internet.
ada akaun fb, ada blog segala bagai.
kita upload sekejap je dah jadi viral.
org yg tak tau terus jd tau.
benda yg patut kita simpan, kita simpan.
kalau yg rasa ok, nak share silakan.
ada org suka ada org tak suka.
memang la hak  masing2..
tapi kalau melibatkan org lain, dah lain perkara lain.
sebelum upload apa2, pikir dulu..
tak payah org lain, aku sendri pun.
kadang rasa nak share dgn kawan2 dgn sedara mara benda yg best2.
tapi kadang2 tafsiran org lain jd benda tak best.
bukan tak pernah jadi..
hak masing2 kan?
cumanya kena beringat.
media sosial ni tanpa sempadan, luas sgt.
tak perlulah sampai benda dlm kain nak dikongsi.
peringatan utk diri sendri jugak..

kat IG aku suka upload gambar anak je.
then gambar makanan.
hahahaha.

artis tu lain.
dia share apa dia buat utk tatapan peminat dia.
tapi ada peminat suka ada peminat tak suka.
terserah pada pemahaman masing2.
yg pasti, pakat2 beringat jelah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...