Search This Blog

Loading...

Thursday, August 20, 2015

Cik kuntum & cik kembong

now anak ada 2 org.
sepasang.
syukur.
terima kasih Allah pinjamkan anak2 yg comel yg bijak yg sempurna ni kepada kami suami isteri.
moga kau terus pinjamkan mereka ini hingga akhir hayat kami.

tahun ni kakak 4 tahun, adik setahun.
dua2 dah cerdik sgt dgn cara masing2.
kakak tak boleh kalau takda adiknya walau adiknya suka kacau kakak.
adik pun kalau kakak takda tercari2 juga.
walau dia tak reti nak bgtau tapi kita tgk cara dia, tau dia cari kakak.
diorg tak pernah berpisah lama2.
baru sekali je.
kakak tdor umah tok umi sebelum raya hr tu.
saja aku tak ambik.
biar dia tdor sana, adik ada dgn aku and papa.
tercari2 jugak kakaknya.
merangkak pegi sana sini cari kakak.
kakak kat sana tak ingat apa sebab seronok main.
tapi bila malam merengek jugak cari mama papa and adik.
harap2 hubungan baik diorg ni kekal sampai bila2.



kakak, walau adik selalu kacau dia main, dia tak pernah buat adik lagi.
setakat ni la.
cuma kadang2 bila dia geram dgn adik, dia gomol adik kuat2.
kadang2 dia picit hidung, picit kaki ke mcm tu.
aku marah gak la pesan jgn buat adik.
kalau kata dia nak cubit, marah adik sebab kacau dia main tu tak da.
dia marah sebab kacau, jerit2 ke mama, pastu takat tu jelah.
bebel2 sket kata adik kacau dia main, tapi kat situ jugak duduknya.
aku selalu bgtau, kakak jgn buat adik.
adik kecik lagi, dia tak tau apa2.
kakak dah besar kena jaga adik tau?
and dia paham

satu lagi yg aku perasan pasal kakak ni.
walau adik duk kacau dia main, duk tarik mainan dia, dia tak pegi jauh dr adik.
dia tetap main dekat2 adik jugak.
jenuh pulak aku nak larikan adik dr dia.
adik sah2 la nak g tgk apa kakak main, pastu nak ambik sama kan?
yg dia pun g duk susun pinggan mangkuk tu semua kat situ jugak.
aku ni kesian kat dia nak main adik kacau.
suruh dia g main kat tempat lain, kat situ jugak dia duduk.
siap suruh mama pegang adik jgn bg adik kacau kakak.
amboi awak.
habis tu mama duk peluk je adik tak payah buat keja apa ehh?

dia sayang sgt dgn adik.
jgn ko cakap nak ambik adik, mau menjerit2 marah pastu nangis.
masa buat kenduri akikah aniq hr tu, dia punya la seronok.
siap ckp kakak suka buat kenduri sebab org ramai datang rumah kita.
tapi kakak tak suka sebab org tu nak ambik adik.
hahahahha.
sabar jelah.
kalau lambat ambik adik kat umah pengasuh mula la dia bising2 nak adik nak adik.
kadang2 pegi mana2 aku tinggal adk dgn tok umi@pengasuh, bawak dia je.
jenuh la nak terangkan kenapa tak bawak adik.
lama2 dia paham siap bgtau blk tak blh bawak adik.
panas, kesian kat adik.
gud girl.

adik pun kalau bule main dgn kakak, kemain mengekek gelak.
seronok sgt kakak duk agah dia.
kakak pun dah bule harap tgk adik kejap2.
tolong bg adik susu@air.
tai kalau dia tgh khusyuk tgk tv or main, jgn kacau eh.
adik melalak la mcm mana pun, dia buat tak tau je.
hai la kakak..





mama selfie dgn anak2.
anak2 syurga.
papa bawak kreta kat sebelah duk jeling je meluat.
bahahahah..

cik kembong, cik kuntum and mak kembang.
cun dah..
kikiki...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...