Search This Blog

Loading...

Friday, August 28, 2015

Cuti

hari ni kak yah cuti.
entry ni auto publish hari pe ntah..
waktu pree aku karang entry banyak2 terus.
waktu tak pree nnt tak sempat nak jenguk pun.

ikut plan lepas jumaat satg nak gerak g kuala selangor.
sebab hari sabtu ni adik lelaki aku nak kawen.
ahad majlis bersanding.
huhu syok syok.
kak yah nak dapat adik ipaq uolls.
nak jd kak ipaq niii.
hihi..
pestime..
kak ipaq dah ada, now adik ipaq pulak.
abang ipaq mmg takdak la sebab aku anak no 2 and yg sulung is abang.

skang ni bizis jugak la sebab pas 2 minggu, majlis bertandang sebelah family aku pulak.
duk ulang alik ke rumah mak aku la.
tolong apa yg patut.
lama dah tak kenduri besar.
last kenduri kawen aku la, thn 2009 nu.
pastu kenduri kecil2, kenduri ksyukuran tu selalulah.
ni  kenduri kawen, lain sket feelnya.
seronok sebab nnt ramai org, sedara mara datang, tetamu datang..
makan2, sembang2, tgk pengantin, haishhhh tak zabarrrr..

yg nak kawen ni adik selepas aku, yg no 3.
azwan.
dia ni menggalah tinggi and kurus kering.
but now dah berisi sikit.
dia ni perjalan hidup berliku2 sikit.
budak lelaki kan?
heheh.
biasalah, dah nama pun hidup kan?
semua tu aturan dari dia.
harap pasni dah berbini, semuanya jadi ok.
tapi adik aku ni baik budaknya.
bukan jenis budak2 suka lepak tak tentu hala, merempit, merambu sana sini.
serius.
aku tau sebab dia adik aku and kami close jugak.
dia dgn aku beza 4 tahun.
kecik2 selalu gaduh, tapi dah besar rapat.
kalau takda duit tu cepat la dia dia kol ke sms ke.
hahaha.
dulu masa dia form 6 aku la yg duk jadi mangsa dia.
kalau dia kol je, yg keluar is kak, duit.
tu je ayat dia.
kak duit, kak duit.
dah mcm irama dan lagu plak.
berapa aku ada aku bagi je, asal hang belajaq, jgn tuang skolah, jgn main2.
so far akademik dia takda la teruk sgt.
tp dah nama budak lelaki ni, kalau tak tengok tak tanya tak ambil bab, mudah leka.
dia ni mudah mengikut sikit.
pastu jenis org yg lurus.
bukan lurus bendul ye..
dia ni jenis baik, ikut je apa org suruh buat.
cth mcm keja la.
dia keja dgn org, kat kedai mkn.
apa tokey suruh buat, dia buat je.
bukan keja berkaitan pun buat je.
pastu dah keja lama, keja mcm2, gaji ala kadar je.
tapi dia ok je tak merungut apa.
so, tokey seronok la duk buli dia.
sampai 1 masa, ada org baru ke apa ke, dia kena tendang keluar slow2.
frust menonggeng la kawan ni.
ingatkan bila dia tak melawan, ikut apa org cakap org sayang, tapi tak.
bukan sekali, bnyk kali jadi.
kesian la jugak.
baik sgt pun susah.

ni nnt nak kenduri semua tu, dia mcm takda apa2 je pun.
sibok keja.
kita yg kat umah ni yg huru hara.
takpelah...
mana yg boleh tolong, aku tolong la.
kenduri kat sebelah sini nanti ala kadar je, ikut kemampuan.
nak ikut mcm org lain, kenduri besar2an, duit bnyk takpe.
kita ukur baju di badan sendiri lah ye..
mak pak aku mudah je.
asal kenduri, dapat jamu org ok dah.
tu yg penting kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...