Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 18, 2015

Jamuan raya di ofis

hari Jumaat lepas, 7hb Ogos, 22 syawal, ada jamuan raya di opis.
thn ni aku part of kelab kebajikan, so terlibat jugak la dlm mengurus jamuan ni.
memandangkan semua nak kena jimat, thn ni kita dah tak hire caterer utk jamuan.
buat sendri.
kena pulak ajk2 lain smua ok je, so moh le kita.
kita tempah makanan, kita pegi ambil, kita hidang sendri then kita kemas sendri.
dlu2 semua ambik catering ko tak payah susah payah kemas smua.
tapi siap duit lah..
kali ni kita bekerjasama sket ehh..
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

makanan haruslah meriah.
ada menu dr kelab then kita buat pot luck.
so, setiap unit akan bawak makanan tambahan.



menu utama is laksam, sate dan ketupat.
dan air yg datangnya dari kelab.
menu potluck sangat meriah.
ada dari unit ada dari org perseorangan.
ada roti jala+kuah durian, lemang+rendang tok, kuih muih (popia, pulut udang), puding roti, tauhu sumbat, mcm2 jenis kek, mee goreng, lasagna, pizza hut, buah rambutan, nasi himpit kuah kacang, kerepek, air bandung cincau dan teh tarik.
gila bnyk makanan.

lapar pulak tgk makanan ni..
haishhh.

kitaorg buat petang lepas sembahyang jumaat tu.
majlis start dlm pkul 3.30 ptg.
tak jemput org luar pun.
buat kami2 je.
kebetulan ada guest luar, ha merasa la diorg mkn skali.
ada supplier barang and tetamu dari Acheh.
anda ada gak staf terdekat yg dijemput skali.

masa duk hidang tu memasing pakat duk merasa dah.
sate la ketupat la.
dah kenyang dah masa duk merasa tu.
petang bila btul2 start majlis, takleh mkn bnyk sgt dah.
sebab aku duk pulun mkn rambutan.
manissssssssssssssss...



aku ambik siap2 smua yg nak mkn.
amboi kau..
sebab nnt malas dah nak ulang alik ambik makanan.
kejap duduk kejap bng, kang tak dapat menikmati makanan dengan sempurna.
hahahah.
kebetulan pulak aku baru habis puasa ganti hari khamis tu.
so, jumaat raya mkn sakan la.

tapi takleh mkn bnyk sgt.
laksam je aku pulun sampai habis.
yg lain, sket2 je sebab dah kenyang.
air tu setengah cawan je aku minum.
air ais kan?
takleh minum bnyk sgt.

kenyang membawak ke mlm ok.
petang tu masa kemas2 mana yg lebih pakat2 bungkus.
blk rumah smua ku campak masuk peti ais.
sikit pun tak mkn mlm tu.
kenyang and tak lalu dah.

Alhamdulillah, rezki smua tu kan?




antara gambar yg ada.
sebahagian opismate aku.
bnyk lagi yg pakat2 duk selpie bagai.
tp smua duk dlm hp.
malas nak trasnfer.
yg ni sudah la..
hehe



belanja selpie sekeping..



teringat laksam and popia sedappppppp..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...