Search This Blog

Loading...

Monday, August 24, 2015

Kepentingan carseat utk anak

aku memang ajar anak2 duduk dlm car seat.
no choice sebab nak kena g umah pengasuh kan?
lagipun tak sejalan nak g kerja dengan papa diorg.
tak rajin la pulak nak g sesama hantar anak, pastu pusing blk umah tukar kereta, baru pegi keja.
renyah.
apa yg penting is safety utk anak2.
so, dari diorg kecik, lepas pantang, silalah duduk dlm carseat tu nak oi.

masa Amni dulu pun sama.
sejak baby dah ajar.
elok aku lepas pantang mmg aku letak dlm tu.
cuma masa baby tu pakai yg jenis carrier.
dah besar sket, umo 10bln camtu dah memanjang tak muat dah tukar ke carseat.



throwback Amni masa umor setahun lebih kut masa ni.
lama jugak dia duk dlm ni, sampai umo 2 tahun lebih.
brenti duduk sebab aku peknen, tak larat nak angkat dia letak dlm carseat tu.


Alhamdulillah, bila dah ajar dari awal, so senang nak urus.
dia pun dah tau kalau naik kreta mama kena duduk dlm kerusi dia.
so, dia duduk lah situ diam2.
takda la diam sgt actually.
budak kan?
ada  masa tu merempan jugak la.
tapi kisah pulak mak ko ni.
kalau aku yg drive,dia duk menangis ke apa, ko duduk la situ sampai la dah sampai ke destinasi.
nama kata aku nak angkat,riba dia sambil drive memang tak.
kreta aku manual kut.
mana nak buh gear nak pegang stereng, nak kawal dia lagi.
kang ada aku tarik kaki dia kut masa nak buh gear.
tapi mujurlah dia jarang nak buat hal sgt.
bg la apa2 mainan ke henpon ke, diam la.
selalunya kalau naik berdua, aku pasang video lagu kanak2 bg dia.
donwload bnyk2, pastu playkan je.
pastu mak pun  layan la lagu twinkle2 little star tu sampai muntohhh.
tu lagi paling dia suka, dah habis ulang, ulang ulangggggggg.
redho je janji awak duk diam.
so far ok.
cuma kalau papa drive, mama ada kadang2 dia merempan jugak nak duk ngan mama.
so, mama kena duk dgn dia kat blakang.
kadang2 dia ok je duduk dlm carseat tu kat depan.
dulu carseat Amni aku letak depan, sebelah driver.
adik aku letak belakang pulak.

now turn adik pulak.
pun sama didikannya.
tapi adik ni ada sikit merempan lahhhh..
jantan kut.


masa kecik, duk dlm carrier.
yg ni aku pasang kat depan, sebelah driver.
sebab dia kecik lagi, letak depan jugak lah.
lagipun dia diam je.
kadang2 ok, kadang2 mengamuk jugak.
tapi jarang la.
sebab nampak muka mama kut..
yg ni pun, elok lepas pantang mmg ku letak sini.
no more duk atas riba.

umo dia 7 bulan tukar ke carseat.
pakai carseat kakak dulu tu je.
malas nak beli baru.
yg dulu tu aku simpan elok2, so recycle jelah.
Alhamdulillah, adik ok.
cumanya kalau papa drive, mama ada jgn harap dia nak duk dlm tu.
meraung2 nak keluar.
sabar jelah kau dik.
so, kena pegang dia.
bila dah terkeluar dr car seat, ko tau dia punya menggeletis tu adoiiiiiiii.
mcm beluncas kut.
sronok tak kena pakai seatbelt.
kalau jln jauh2 kadang2 aku duduk belakang skali dgn dia.
so, dia mau lah duk dlm carseat tu sbb aku kat sebelah.
kalau aku kat depan, sory!



anak tdor, meh selfie.
heheh.

bila anak2 duduk dlm carseat, mak ni lega sket la.
nak buat apa2 pun senang kan?
klau tak, duk pegang diorg, kadang2 renyah jugak.
nak suap mkn ke, nak buat susu ke kalau jalan jauh.
lagipun rasanya semua org tau kepentingan carseat ni kan?
aku tak letak kat depan kali ni.
aku letak kat belakang.
mcm seriau kalau nak letak depan.
terpikir kalau excident, diorg boleh terpelangting keluar dari kereta.
Nauzubillah!!
moga anak2 aku dilindungiNya.
letak kat belakang tu rasa mcm safe la sikit ye dok?
kalau kat negara luar, carseat ni wajib.
ko riba anak, otomatik kena saman.
baby pun sama.
kena duk dlm carrier.
kat Malaysia belum diperketatkan lagi.
aku ni kalau g jauh2, naik highway tu baca doa panjang2.
kalau laki bawak kreta laju mula nak bebel.
pastu dia suh duduk belakang dgn anak2.
kadang2 takmo sebab tak kena ekon.
hahahah.
tapi pikir keselamatan, kena jugak la..



keadaan kreta aku bila ke mana2 bertiga.
papa keja kan hari sabtu ahad.
so, nak kemana2 bertiga jelah.
selalunya hari ahad aku blk umah mak bapak aku bertiga.
mcm nilah keadaan dlm kreta.
kakak duduk blakang skali adik.
mula2 taknak, nak duk depan.
sekarang dah ok, mmg dia duduk belakang jelah.
kadang2 dia nak duk depan, kena pujuk2 suruh duduk belakang dgn adik.
sebab nnt adik mengamok taknak duduk diam.

kalau kakak ada duk layan dia main2 ke apa ke, dia ok sket,
mengada sket hero sorang tu.
kalau adik tdor, haaa aman sket nak drive.
so far, adik ok lagi takat ni.
kadang2 tu ada gak la buat hal.
tapi aku dah dari awal ajar duduk dlm tu, mudah sket la.
nak pegi mana2 takda hal.
kadang2 kluar ngan mak aku ke adik aku ke, memang takda sapa pegang dia unless tak muat kereta.
kena keluarkan carseat so kena riba dia.
pastu mula la masing2 bebai sebab adik melasak dlm kreta.
hahahahaha..



tengok la dah kemana2 duduknya.
berpusing2 ok budak ni.
lasak oiiiiiiiiiiiiiiiiii.
muka tu noty je budak kembong ni.

sometimes kalau papa yg ambik anak, dia riba jelah budak ni.
seriau jugak bila pikir.
tapi mujur la rumah pengasuh dekat je, dlm 1km je.
pastu kereta papa auto.
lgpun lelaki ni cekap sket.
kalau aku, tak mampu laaaaa.
ada je org yg pegang anak sambil drive jauh2.
ngeri tgk.
klau tak jadi apa, takpa lah kan?
bnyk xcident skang ni.
kita ni cuba lah utk jaga keselamatan, utk kita and anak2.
hari2 kat atas jalan, mcm2 boleh jadi.
selebihnya kerja Dia..
moga kita semua dilindungi..

4 comments:

  1. sama macam anak saya.. sejak dari dalam pantang lagi, saya ajar die duk dalam car seat. Skrang Alhamdulillah ok.. sekali sekala memang ada la jugak meragamnya tak nak duk dalam car seat tapi terpaksalah jugak duduk.. menangis , meraung ker.. no choice.. demi keselamatan tahap maksima

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. lama mana nak menangis kan? mak tak layan, diam jelah.. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...