Search This Blog

Loading...

Monday, August 17, 2015

Kisah Adik Kembong@Aniq

lama eh tak update pasal anak teruna aku tu.
dulu masa ada anak sorang, amboi kemain update.
asyik la entry pasal dia.
dah masuk 2 ni, jarang pulak nak update yeh?
bukan tak nak update, tapi tak sempat oi.
rasa mcm tak cukup masa je.
hehehe.

kalau kata bab teruja tu, sama je mcm masa mula dapat Amni.
dulu anak perempuan, kali ni anak lelaki.
haruslah teruja sebab lain caranya.
ada apa2 harus laju2 share dgn papa dia.
kena pancut kencing ngan anak pun crita kat papa.
ater, dlu akaknya tak gitu kan? hahahahaha
dulu kakaknya mcm ni, skang adik gini2 pulak.
lain benor oiii...
anak perempuan, dlu lembut la sket.
yg ni hero.. ohooooo hoii.
leh pitam mak ni..

hujung bulan ni adik dah 11 bulan.
bulan depan dah setahun.
cepatnyaaaaaaaaaaaaa..
duk rasa dia mcm baby2 lagi.
ehehe..

hr tu kan dia kena demam campak.
patutnya masa tu dia kena g check up 8 bulan.
tp aku skip la sebab dia tgh demam campak.
dah ok baru pergi.
masa check up tu nurse duk tanya dia dah mkn apa.
aku cakap mcm moi dan puri buah@sayur je.
nurse tanya dah bagi ikan ke, telur ke ayam ke apa ke.
aku cakap belum sebab dia baru 8 bulan.
then kena demam campak pulak.
nurse tu tgk je aku.. dah kenapaaaaaa..
pastu dia cakap, ni Aniq dah nak masuk 10 bulan dah.
dah boleh bagi ikan telur semua dah.
aku mcm eh ye ke dah nak 10 bulan.
rasa mcm baru 8 bulan.
kena gelak la ngan  nurse tu.
anak baru 2 ko dah tak ingat umor anak kak yah oiiiiiii.
sabar jelah.
balik tu laju2 buat mkn utk adik, kasik protien pulak.
mak ko asyik sumbat puri buah je.. hahahahaha



keterujaan tetap sama walau anak ke 2.
skang ni mmg bnyk gambar dia je dlm hp aku.
gambar kakak ada jugak, tapi gambar adik lg banyak.. ehek ehek..
ni gambar lama, masa umo dia 8 bulan hr tu.
sebelum kena demam campak.
sebelum muka and badan ada bnyk parut. tskk
oh, adik putih sket dari kakak..heheh
adik ni mat sengih.
dia mudah sengih, agah sket je dah tersengih2 dah.
gatai.
tapi budak ni kuat bebai.
lambat susu, ko tgk dia punya menangis.
mcm kena cubit siap hentak2 kaki.
klau kat umah mak bapak aku, mula la tok abah tu nak cemas kalut bagai.
sebab cucu duk menangis meraung.
dia ingat dah kenapa dah padahal lapar je pon.
drama sgt.
sejak mkn ni lagi lah drama.
cukup masa makan klau lambat mula la buat akai mcm2.
menangis meliuk lentok bagai.
nmpk mangkuk nasi, laju2 nganga mulut.
lambat suap, mengamok.
sabar jelahhhhhhh.



dah mcm2 dah budak ni skang.
penat oiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
lasak ya ampun!
terasa mcm tobat nak beranak dah sebab anak lasak.
hahahahaha..
celik mata, terus bergerak.
takda nya nak duk diam.
mulut, kaki tangan smua sama laju je.
memunggah tu hobi la skang ni.
well, budak2 kan?
ni memang fasa dia la.
tapi dasyat sangat ko dik.
kesian kan la bibik ni sama..huhu


sekarang ni adik dah lajuuuuuuuuuuu merangkak.
dia meniarap lambat, tapi pastu semua laju.
dah meniarap, kejap je dah bule  menyulur.
pastu angkat bontot nak merangkak.
now dah terer memanjat.
kejap je eh, dah bangun berdiri.
pastu meniti ke sana ke mari.
amboi...
tapi mujur dia pandai duduk sendri.
memula tu cemas gak la tgk dia bgn berdiri sendri tu.
dah pandai duduk sendri, lega la jugak.



ni masa dia duk meniarap and menyulur.
belum pandai merangkak tapi duk angkat bontot.
pastu siap goyang2 lagi badan tu.
kelakar okeh.
duk buat senaman nak bagi sado.
hahaha..

badan dia tak da la debab sangat.
biasa je.
tapi isi dia keras, kejap.
org sini kata hantap.
berat skang ni dlm 8.5kg je.
tapi kalau dukung lama2 bule tahan lenguh sebab isi dia keras.
betis tu pejal je.
kalau dia pijak, ui bule tahan sakit.


mat sengih.
sengih sampai nampak gg kapak tu.
hahahaha.
gigi dah bnyk
cepat pulak naik ggnya.
atas dah ada 4, bawah 3.
klau gigit tu bule tahan sakit.
gg cepat naik, mulut pun bising bule tahan.
meniarap je lambat sket, pastu smua laju.
skang ni kemain bgn berdiri pastu lepas tgn.
dah lepas tgn gelak2 pulak.
amboiiiii.
suka buat mama cemas eh..



dengan tokcik.
kesukaan semua org.
sebab dia senang nak jaga.
dengan sapa pun smua ok je.
asal jgn nmpk mama je. hehehe..
sapa nak dukung, nak ambik, nak main, ok je.. takda hal.
sengih gelak2, melasak, meragaih..



antara pic yg latest.
manja mama nih.
tapi kakak masih win la dia punya manja tu.
eh silap kakak bukan manja, tapi mengada.
hahahah.
adik manja sebab baby lagi.
masa ni adik kepala dogoi  kakak kata.
papa bwk g gunting rambut 2 minggu sebelum raya.
dia biar je mamak tu tarah rambut adik sampai rapat.
jambut sket pun tak tinggal.
tak encem dah.
tapi ok jugak sebab dia jenis berpeluh kepala.
now dah panjang sket dah rambut tu.


skang ni dah pandai bila kita tanya mana Muhammad Aniq angkat tangan?
laju2 angkat dua2 tgn.
bila nyanyi lagu tepuk amai2, dia pun tepuk sama.
gud boy!
dah pandai panggil ma ma maaaaaaaaaaaaa..
papa pun kadang2 ada bunyi jugak.
kalau mama hilang dr mata, lagi kuat dia panggil.
hahaha..
kadang2 nak mengempeng je ngan mama, takleh hilang dr mata.
kadang2 ok je main sorang2.
ikut mood dia.
makan senang, semua bantai.
susu pun laju jugak.
nak2 mlm, 2-3 kali jugak la jaga tu sementara nak siang.
oh, dia ni morning person.
jgn harap la nak tumpang tidor pagi2 kalau weekend.
weekdays memang tak la kan?
dia pkul 6.30 ke pkul 7 dah jaga.
dulu, pkul 6 dah jaga.
skang ni lewat sket.
pas subuh nak tdor balik mmg kem salam la.
dah dia bangun duk memanjat sana sini, camna ko nak tdor?
bagus jugak la sebab takda la mak ko duk mengeram tdor je kan?
rasanya mcm tak pernah kut dia bgn pkul 8 pagi.
redho jelah..
sejak dah besar ni, nak tdor siang hoi siksa.
jenuh nak paksa tdor.
kadang2 sehari sekali je, masa tghr.
susah nak dapat kut sehari 2-3 kali.
pengasuh pun cakap mcm tu.
kalau tdor pun setengah jam je.
mak baru nak g sidai kain, ko dah bangun.
adehh..



hero kecik dgn hero besar mama.
kesayangan ni.
taktau nak kata sayang kat sapa lagi bnyk.
sama je kut..

skang ni dah pandai jeles.
kalau kakak duk mengempeng ngan papa, eh dia pun laju2 g kat papa.
dua2 nak duk atas riba papa.
tak nak kat mama.
pegi lah pegi.
mama tak jeles ponnnnnnnnnnnnnnnn..
bnyk lagi keja mama nak buat.
nak tdor kang dua2 carik mama nak bergentel taknak papa pulak.
+__+



dak kembong mama yg skang dah tak berapa kembong dah.
melasak ya ampun, so surut la sket badan tu.
moga awak membesar dgn sihat ye dik.
takpelah awak lasak sket, dah nama pun jantan ye dok?
harap pasni mama kuruih sket la duk kejar awak tu..
ahahaha..

5 comments:

  1. AlhamduLILLAH dah ada sepsang.. bestttnyaa... saya dedua hero.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... takpe ada 2 hero, nnt diorg bule jadi hulubalang kat mama

      Delete
  2. eee..geram nak pok2 bontot tu...siap menonggeng2 lagi tu..hiihi comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg selalu jd mangsa gomol budak ni.. ehehe

      Delete
  3. Comeyyyynyeee budak kecikkkk niii...geram kitee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...