Search This Blog

Loading...

Friday, August 21, 2015

Reunion exSMKSA 1999

SMKSA tu skolah aku dulu.
sekolah menengah kebangsaan syed ahmad.
kat tambun tulang, arau perlis.
5 tahun kat situ, dari form 1 sampai form 5.
SPM tahun 1999.
kalau tanya aku zaman paling syok mestilah zaman skolah kan?
zaman jahat, zaman gedik, zaman baru nak up, zaman belajar segala2..

aku budak baik ok masa skolah.
pengawas skolah lagi.
hahahah.
jadi kebencian ramai org.
sebab pengawas skolah.
dan jugak sebab bapak aku.
abah keja kat skolah tu jugak, pekerja am.
then abah baik sgt dgn cikgu2 smua.
lgpun dia antara org lama kat skolah tu yg tau serba serbi.
yg kenal ramai org, kenal student2 smua, kenal mak bapak smua, kenal org kg dekat situ.
pastu abah aku slalu ikut cikgu disiplin tangkap budak2 skolah yg ponteng, yg panjant pagar, yg isap rokok blakang skolah.. macam2.
ceruk mana ko lari sembunyi abah ngan cikgu disiplin cari jumpa, heret g skolah balik.
pastu siap la kauuuuuu..
hahahah.
sebab tu ramai org tak suka aku.
kesah pulak aku kan?
aku buat dek je..
lama2 ok je.
bule pulak aku geng ngan budak2 yg duk meluat aku tu, yg duk ponteng2 tu.
yg perempuan la, yg lelaki pun ada jugak la.
dgn akak2 senior yg garang2 tu, lama2 boleh je masuk geng.
org lain pun hairan.
sebab aku ni nama je pengawas, kadang2 nakal jugak.
bhahaha..
kena gak marah ngan cikgu disiplin.
seb baik abah duk situ, aku kekal la jadi pengawas sampai form 5.
klau tak, tah ke kena buang dah.
sayang jugak nak letak jawatan sebab untung jadi pengawas ni.
tapi bukan la jadi tali barut cikgu.
no no noo..
tu org lain..

lepas habis skolah tahun 1999 tu mostly bnyk yg lost contact.
tapi disebabkan aku skang keja kat Perlis jugak, so ada la yg terjumpa.
kat opis aku ni, kebetulan sungguh ada kawan skolah aku dlu.
keja skali pulak cuma jawatan lain2 la tapi 1 department.
tapi dulu dia kelas lain.
tak close sgt but kenal and ingat lagi.
now rapat balik sbb dah jadi opismate.

last year ada sorang ni create group kat whatsapp.
tq sgt kat teknologi kan?
hahaha..
so, pakat himpun contact number, dapat la beberapa kerat.
campur2 la, bukan semua tu dari kelas aku je.
dlu ada 5 kelas kut masa form 5.
ada yg dah left sebab malas layan la kut.
takleh nak salahkan sapa2 sebab masing2 ada komitmen sendri.
bukan all the time nak mengadap phone je.
lagipun group ni bule tahan meriahnya.
sehari ko tak on data, skali buka, nah hai, mau 1k mesej dlm group tu.
merapu je keja.
ada yg full housewife, ada yg keja sendri, ada yg bekerja mkn gaji tapi boleh je nak ber wa.
ada yg duk perlis, ada yg duk kl, duk perak, merata la.
dihimpunkan dlm wasap..
aku kadang2 je join.
tgk keadaan.
mula2 dlu rajin gak la sebab syok dpt jumpa kawan2 lama walau kat alam maya.
skang ni slow sket..
yg syoknya kat group kemain rancak sembang, tapi duk perah otak nak ingat sapa la mamat niii.
pas sudah tak ingat ko ni yg mana.
yelah muka pun dah lain skang ni kan?
takpelah, sembang jelahhh..
hahaha.
diorg mostly ingat la aku sebab bapak aku tu la..
kikiki..

ada jugak page kat fb.
tapi yg tu mcm alumni, smua ada tak kira ko grade berapa.
ada senior ada junior.
kadang2 tak kenal pun sapa, yg mana satu dah.

pastu baru2 ni sebelum puasa, pakat2 nak buat reunion.
cuti skolah sebelum puasa tu.
dah lama tp baru nak up entry kan?
ehek ehek ehek..
ada yg jadi cikgu, balik kg, so moh le kita reunion.
pakat2 kita buat pot luck.
tapi yg masak ni mostly yg perempuan la, yg laki nan hadoo.
ada yg request soto.
so aku buat kuah, kawan yg lain rebus nasi impit, bwk segala rencah tu.

tarikh kejadian tak ingat sgt.
hari ahad malam klau tak silap.
siang memasing keja, so buat malam.
buat kat rumah liza kat arau.
so, usung smua anak and laki pegi skali.



girls.
rindu sangat ngan hampa ni!
ada lagi yg tak  masuk dlm gambar ni.
dari kiri shila, tini, as and tuan belog.
oh, tema merah hitam mlm tu.
kemain ehh..
ni smua geng 1 kelas.
tapi tini takat ting 3 je, pastu dia masuk skolah teknik.
tapi kira skalilah sebab semua pun ingat dia.
shila keja kat Uitm arau je pun, tapi langsung tak pernah terjumpa.
pernah jumpa skali kut masa tu aku keja kat kangar, dia keja apa ntah.
skali tu je. lama dah.
dah kawen lama tapi belum ada rezki anak.
Insyallah 1 day ada lah nnt.
sempoi je dia ni..
tini keja cikgu kat semenyih.
cikgu lukisan.
mak anak 3 ni, hero semua.
dulu masa form 3 aku rapat la dgn dia.
selalu lepak kat tangga duk usha senior form 5.. hahahahahaha
next, asriyah.
dia housewife skang ni.
duk kat puncak jalil, tak jauh umahnya dgn umah kazen suami aku.
dulu dia study uia,pastu quit sebab dapat keja bank.
masa dia kawen aku pegi.
tulah last jumpa dia, sampai skang ni.
pas dpt anak, benti keja duk umah jaga anak sendri.
dulu2 dia kurusssssssssssss sgt.
skang ni mcm dia lagi lebar dr aku. hahahahaha.
anak 2 skang ni.



semua girls yg hadir mlm tu.
tak ramai sgt but meriah je sebab semua nak sembang.
memasing lama tak jumpa kan?
tuan rumah is liza yg tudung merang ang2 tu.
dia keja sendri, berniaga.
husband dia 1 skolah jugak dgn kitaorg.
diorg laki bini kelas lain.
duk kat arau je pun tapi tak pernah terjumpa pun.
so, takla kecik sgt perlis ni kan??
sebelah dia is hafliza.
sekelas dgn aku.
yg ni ada terjumpa jugak sebab rumah mak sedara dia sebelah umah aku.
masa dia kawen pun aku pegi.
belum ada anak jugak ni.
moga2 ada rezki nnt utk hang.

menu mlm tu laksa by liza and soto nasi impit by kak yah.
pastu shila bawak puding 2 jenis.
as bawak mempelam dgn garam belacan.
semua sedap nak2 laksa liza.
aku sempat mkn sket dgn nasi impit.
tak sempat nak menikmati dgn tenang sebab kalut nak sembang, nak gosip.



ni semua yg hadir kecuali aku.
waaaaaaaaaa.
aku terpaksa balik awal sebab Amni menangis.
dia masa tu kan demam campak.
baru duk kering.
kena pulak mlm tu macam panas berkuap sket.
so, dia gatal2 then dia rimas, mengamok, menangis.
papa ajak balik je sbb dia mmg tak bule anak duk menangis camtu.
so, terpaksa beralah dulu.
frust sebab tak sempat nak sembang2 ngan semua.

yg lelaki ramai jugak yg hadir.
ada yg bawak anak isteri ada yg hadir solo.
bule kata yg lelaki bnyk perubahan.
semuanya makin berisi... hahahaha
lewat jugak diorg balik sebab lepas mkn pakat duk berkaraoke.
sabar jelah...
ada yg sekelas ada yg kelas lain.
dlu2 tak geng sangat tapi kat group kemain meriah.
takpa, next time kita reunion lagi.
plan nak buat raya lepas, tapi tak sempat.
yelah yg duk jauh balik kg nak g beraya umah sedara mara smua kan?
nnt plan lagi.
seronok jugak sekali sekala jumpa mcm ni.
walaupun mostly duduk kat perlis, tapi masing2 ada komitmen so tak dapat nak berjumpa sgt kan?



ni gambar masa skolah.
form 5.
cari mana aku..
hahahah..
aku pun jenuh usha nak cari mana diri sendri.
sebab ni gambar lama, then snap by phone pulak kan?
rindu sangatttttttttttt smua kawan2 dlm ni.
teringat cikgu2 semua.
teringat kawan2 yg peel mcm2 sgt.
gaduh, pastu baik..
bising dlm kelas, tidor dlm kelas (tu aku), makan dlm kelas.
yg rajin yg malas.. mcm2
mmg zaman skolah adalah masa yg paling best kan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...