Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 26, 2015

Roti love dan kakak Amni


Amni sekarang ada 1 kesukaan baru.
addict habis.
makanan..
roti love.
hahahaha..

apa ke benda roti love tu?





























roti bakar bentuk love.
hahahahahaha..

aku buat roti bakar, pastu tekap dengan acuan kuih raya bentuk love.
dia punya excited seronok tu  huii tak dapat nak digambarkan.
sebelum ni mana dia layan roti bakar.
kecik2 dlu je pun.
takat dah besar ni, dah tak minat dah.
lama dah kut tak mkn.
bila tgk cun mcm ni, ehhhh sedap pulak.
hari2 request okeh!
pagi nak roti love, blk skolah nak roti love, mlm nak roti love.
mak pun anak nak makan, gigih la menerap roti.
tudung tak sepat buka lagi bila bali keja, dia dah g ambik roti kat dapur.
takpelah mak buat jugak.
asal kau makan nak oiii.

ni utk adik sebenarnya.
aku guna unsalted butter, pastu bakar.
then sapu puree kurma.
dia pun bedal sama naik dgn adik.
sabar jelah..

oh, aku bakar dlm pan ye.
tak guna toaster sebab nnt keras.
guna pan, lembut je roti tu.
sapu butter, letak kejap je dlm pan.
pastu balikkan and angkat, laju2 tekap.
bila dah sejuk roti tu liat sket.
tekap masa panas2 ni mudah nak tanggal.

dah anak suka, mak kena lebih kreative la kan?
aku beli acuan kuih tu bulan puasa hari tu.
tapi tak guna buat kuih pun.
so, sekarang kita guna.



yg ni version lain pulak.
roti telur+cheese.
ni paling kegemaran dia.




yg ni roti bakar+cheese.
bentuk bunga pulak.
3 set tu, skali hadap je.
kadang2 aku letak telur omelet kat tgh tu.
kapit dgn roti.
variasikan lah roti tu..
yg pastu kena ada bentuk gini, mmg setel dia mkn.



bangun pagi nak g skolah pun senang skang ni sebab ada roti love.
tu muka pun tak basuh dah datang nak mkn.
hai la kakak...



Amni ni susah jugak makan nasi.
ikut mood and ikut selera.
so, aku tekap nasi bentuk love jugak.
menggedik dia seronok.



nasi putih + telur dadar.
habis ok dia makan!
siap cakap Amni saaaaaaaaaaaaaaayang mama sebab buat mkn sedap kat Amni.
tskkkkkk.
nasi kosong dgn telur dadar pun dia cakap sedap sebab lawa.
rasa bersalah pulak kat anak sebab buat mkn simple mcm ni pun dia kata sedap.
hahahah..
sebab tu kata dia ni mkn ikut mood and selera.
kadang masak jugak lauk ayam bagai, takmo mkn pun.
klau dia request telur rebus, so rebus jelah.
mmg licin dia mkn.



happy face.
seronok bila anak makan.
penat sket nak menerap love smua tu pun rasa berbaloi.
asal ko makannnnnnnnnnnn..

lebih2 roti telur buat love tu, mak la makan.
takkan nak buang kan?
kadang2 dia kutip mkn habis ke dia jugak.



ni acuan yg aku guna.
ada 3 saiz.
selalu guna saiz paling besar and saiz ke 2
yg kecik tu kadang2 je guna nak habiskan roti.

ni mak tgh pikir pasni nak buat roti apa pulak.
nak letak apa dgn roti tu.
takkan asyik roti bakar je kan?
kang jemu pulak dia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...