Search This Blog

Loading...

Monday, September 21, 2015

Destinasi beg tangan murah

sapa sini suka beli handbag?
tak kisah la murah ke mahal ke, branded ke tak, local ke luar negara..
meh sep sket... ehehe
klau dah nama perempuan, harusssssssssss ada yg suka beli dan kumpul handbag kan?

jarang nak jumpa perempuan yg tak bawak handbag.
mostly bawak sebab org perempuan ni barang dia bnyk.
segala benda nak bawak.
purse, henpon, tisu, make up, botol air mcm2 lagilah.
nak pulak mak2 mcm aku, nak campak barang anak lagi kan?
kadang2 jenis handbag ni menunjukkan siapa kita dan membantu dari segi penampilan kita jugak.
kalau bwk handbag mahal haruslah org kaya ye dok?
tapi tak semestinya bawak handbag murah tu org miskin yeeee..
ada je org yg bnyk duit tapi bersikap sederhana and bawak handbag biasa2.
asal memenuhi citarasa, sokay je kan?
sebuah handbag tu mampu buat kita nampak elegen, mampu buat kita nampak wow..
pakai baju biasa2 je, kaler dull je, sekali nah kau handbag merah ang2, terus nampak menyerlah.
aku baru ni beli handbag kaler mustard.
tak pernah beli pun kaler2 terang ni,saja ubah angin.
asyik beli hitam, kelabu, brown je kan?
seb baik kawan aku kata lawa walaupun papa kata mcm kaler taik Aniq.
cisssss.


aku suka la jugak beli handbag.
dulu2,zaman bujang selalu la jugak membeli.
setahun 3-4 bijik jugak belinya.
tapi yg brand local jelah.
guess, sembonia, carlo rino gitu jelah yg mampu ponnnnnn.
kadang yg made in china pun aku bedal je kalau lawa di mata.
asal boleh isi barang.
mcm2 patern, macam2 kaler macam2 harga.
yg pasti mampu milik dan berkenan di hati.

dah berkeluarga ni, kena slow sikitlah membeli tu.
dahulukan  mana yg penting.
beli handbag setahun sebijik 2 je.
kalau ada duit lebih, baru beli.
pastu lenjan habis habisan.
dulu tu jaga jugak lah kalau beli handbag mahal, sekarang tak sempat sgt dah.

dah segala benda nak sumbat dlm tu, botol susu anak, pampers, toys pun kadang ada jugak.
bawak sampai ke opis ok.
hahahaha..
so, sekarang ni beli yg ala kadar je.
sebab nak lenjan, sayang pulak kalau beli mahal, harga 4-5 ratus kan?
kalau tgk cek ta punya handbag, bule menangis airmata darah woiii..
penuh almari sampai ke siling.
tskkk..

buat penggemar and pengumpul handbag dikalangan rakyat marhaen mcm aku, meh nak share satu tempat best yg jual handbag keluaran tempatan dan antarabangsa dan yg penting murahhhhhhhhhhhhhhh!
kat mana?
ZALORA uolls....
kaki shopping online harus tau website Zalora kan?
antara destinasi beli belah online yg best.
meh nak share handbag branded, lawa tapi murahhh..
meh usha koleksi beg tangan murah online..
confirm tak menyesal..
aku dah terjah, duk istigfar tgk sebab iman semakin menipis.
phewwww


this one from Embellish, Metal Bar Foldover Purse.
lawa purse ni, ada bnyk compartment dan slot card kat dlm tu.
senang la nak isi mykad, lesen, kad bank bagai and mykid anak2.
yg ni materialnya syntetic leather.
design simple tapi lawa.
aku mmg suka design gini.

yg suka clutch pun ada bnyk sangat pilihan.
serius semua lawa2..
percayalah cakap aku.. hahaha



ni, kau pakai dress kosong, pastu tetiba bwk clutch ni, terus kau nampak wow.
boleh guna masa pegi majlis2 keraian, kenduri kawen atau lain2.
ini pun from Embellish, Studded Paper Bag Clutch.

pegi dinner ke, tak payah la nak bwk handbag besar2 kan?
bwk clutch je dah cukup.
nak kepit kat ketiak ke, nak pegang saja ke, terpulang pada gaya yg korang selesa.

kalau korang rasa clutch tu kecik, blh cuba sling beg.
tgk kepada situasi korang, sling beg ni berguna jugak.
nak2 kalau nak g shopping kat tempat org ramai and yg agak sesak.
senang nak kawal beg and elak dr pickpocket.
bnyk sgt pilihan kat Zalora, aku pun rambang mata dah. hahahaha.
lawa, branded, kualiti bagus and mampu milik.
yg ni from Zalora sendiri, namanya Structured Square Crossbody.
material pun synthetic leather and tali tu adjustable.

zaman dulu2, zaman ali setan dulu tu, kita tgk diorg bwk handbag size gini je kan?
now, dah kembali ke trend dulu balik.

yg minat tote beg atau handbag besar, jgn risau.
sebab banyak jugak pilihan..
sejak jadi mak ni mmg  tote bag la jd pilihan kan kalau nak keluar ngan anak2.
senang nak isi segala mala barang dlm tu pastu senget bahu usung handbag berat.

 
this one form Zalora, Modern Work Tote.
simple tapi lawa.
ada bnyk pilihan warna lagi, but black is the best.
hahaha. hitam je yg aku nampak kan? 
material synthetic leather jugak.
boleh pegang ala2 mak datin boleh or nak sangkut di bahu pun boleh sebab come with detachable and adjustable shoulder strap.
agak lenguh pegang, tukar stail.

back pack pun lawa2 okeh!
bnyk sgt design, taktau nak pilih.
dulu asal backpack je mesti design bag sekolah je kan?

 
lawa ke idokk?
takda la beg skolah sgt kan?
ini kalau pakai dengan baju kurung pun sokay je.
nak kena grab gak 1, senang nak g memana kalau ada anak kecik.

bnyk sgt handbag yg lawa2, berkuali, branded kat Zalora.
harga pun mampu milik.
aku dah usha dah mana yg aku berkenan.
nak pow papa nnt for anniversary gift. mihmihmih..
so, korang jom terjah sama kat koleksi beg tangan murah online from Zalora..
happy shopping!!


3 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. saya pun suka handbeg...tp blm sampai nak kumpul handbeg

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cukup kaya nak kumpul handbag. beli utk guna je kan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...