Tuesday, September 29, 2015

Goodies bag : Amni turn 4

tahun ni utk birthday Amni, takda kenduri apa dah.
buat kat sekolah je.
kita bg turn kat adik pulak ye..
lagipun kat skolah lagi best kan, kawan2 semua ramai.
kat skolah dia, mmg 2-3 bulan skali akan ada sambutan hari jadi.
so, sambut ramai2.

balik dr kuala selangor tu aku dah wa tanya cikgu dia.
cikgu kata tunggu dulu sebab mmg nak buat sambutan utk birthday bulan julai, ogos dan sept sekaligus.
kalau buat Amni sorang, nnt nak buat lagi.
so, kita tunggulah, buat sekali.
senang keja cikgu nanti, nak susun, nak kemas bagai kan?
pastu cikgu bgtau dalam group.
so mak pak yg anaknya sambut birthday kut nak join sama, bolehla.
yg nak bg makanan ke apa ke.
aku dari awal lagi dah siapkan goodies bag nak bg budak2.
sebelum g kuala selangor tu dah siap dah.



beg plastik ni beli kat Mr.DIY kat AEON Big Alor Star.
1 pek ada 12pcs harga RM1.90 je.
design pun lawa2.



isi kandungan goodies bag.
tak bagus sgt kan jajan2 ni smua?
hehe.
hari tu tgk ada org share kat fb pasal pemberian jajan kat budak2 masa besday tu smua.
smua tu junk food and not a healthy food.
so, pasni kita kasik yg lebih sihat.
ni dah beli, so kasik jelah.
taktau nak kasik apa, main beli je.
padahal aku sendri pun tak ajar sgt Amni makan benda ni smua.
thn ni baru dia merasa mkn ni smua sebab dah g skolah, dah pandai minta bila tgk kawan2 makan.
ada yg aku kasik, ada yg tak.
kadang dpt goodies beg masa g kenduri, isinya mcm gini jugaklah kan?
ada yg aku kasik ada yg aku xkasik dia makan.
berpada2..



isi dengan papa.
excited sgt dia bila bgtau nnt nak bg kat kawan2 kat skolah masa besday Amni.
ada 45 org pelajar kat skolah dia.
then buat lebih kasik kat hana and haziq skali.



dah setel.
masa hari kejadian, papa yg hantar pegi skolah.
pesan kat dia nnt Amni bgtau kawan2, ni Amni bg sebab besday.
seronok ja dia hr tu..
bgn pagi pun tak meragam sgt sbb bgtau ada besday kat skolah.
siap request nak pakai lipstik.
hahahah.
sabar jelah anak dara aku.
pagi2 dah bgn sebab mama pun bgn awal.
aku goreng nugget and sosej nak kasik skali.
then kasik biskut jagung sebalang.

kek tak payah dah sebab dah ramai yg bawak katanya.
ada sorang mak budak ni siap pm aku bgtau dia buat kek besar tulis nama ramai2 besday girl and besday boy.
kalau tak kisah dia cakap boleh je share.
cikgu cakap dah ada 2-3 ketul ke, kang bnyk sgt kut tak habis.
so, tak payah beli kek dah, tu yg aku goreng nugget pulak.

tghr tu cikgu send gambar kat group.
tak bnyk sgt gambar, boleh la dari takda.
semua happy ja cikgu kata.
blk tu bwk lagi goodies dari parent  yg lain.
yg bg hadiah pun ada.
meriah..


dpt 2 goodies bag yg isi makanan, pastu dapat towel, dapat hadiah stationary, dapat bento makanan.
ada agar2 milo, ada buah tembikai, ada spageti.
bagus sgt!
thn depan aku pun nak buat camni.
no more jajan..
Insyallah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...