Tuesday, September 01, 2015

Goreng ayam guna Airfryer

hari tu beriya crita nak share resipi yg masak guna airfryer.
pastu lupaaaaaaaaaaaaaa.
padahal selalu je guna.
tak sempat nak ambik gambar kadang2 tu.
ai is bizis oiii.
anak dah 2 ni huru hara sket la hidup ni.
hahahaha..

mudah ok bila ada benda alah ni.
mahal sket tapi berbaloi.
dapor ko tak kecah, minyak tak mercik kat lantai kat dinding tu yg penting..
ahahaha.
stress bila kita dah lap2 dapor, dah kemas2 pagi tu, pastu tghr goreng ayam, tgk lantai berminyak balik.
haishhhh.
kadang2 bila dapor dah merelip merelap rasa mcm taknak masak je.
sebab takmo dapor kotor.
bule gitu?
hampa mcm tu jugak kaaa?
ka kak yah sorang ja gitu.
hahah..

airfyer ni fungsinya menggoreng.
tapi bukan lah boleh goreng mee ke bihun singapore ke yeeeee..
yg boleh, goreng ayam, goreng fries, nugget and bahan2 frozen yg bersesuaian.
kalau korang suka mkn nugget ke fries ke sesuai sgt la.
nak2 pulak bila goreng 2 benda tu minyak kena bnyk and nnt serap minyak pulak kan?
bila guna airfryer, sihat la sikit makanan tu.
nak lagi sihat, buat sendri nugget and fries tu.
konfirm pastu kurus..
ehhh...
+_+

keja jd mudah, ko masukkan je benda yg nak digoreng, pastu set time then bule tinggal.
tak balikkan pun tak pa, sebab nnt masak je kedua2 belah.
masa menunggu tu bule buat keja lain.
cukup masa, haaa dah bule  mkn.
untung kan?
now aku mmg guna benda alah ni jelah kalau nak goreng nugget and fries.
tapi dia mcm kering sket la sebab takda minyak kan?
tapi bila mkn tu ok je pada aku.
janji sihatttttttttttttt.

selain tu aku suka goreng ayam dlm ni.
ikan tak pernah try lagi.
apak mentua aku kata tak best bila goreng ikan dlm ni, bau hanyir tu mcm ada lagi.
dia kata la, aku tak sure sbb tak pernah try.
kalau goreng ayam, mmg mcm ko goreng guna minyak tu.
lagipun ayam ada lemak dia sendri kan, so ayam tu tak kering sgt.
best!
bule mkn ayam goreng tanpa rasa bersalah..
muahaha..

ni aku share 1 resipi cara aku yg aku slalu buat guna airfryer ni.




ambik ayam kat bahagian paha tu.
yg besar terus baru best.
pastu hiris2 sket bg terbelah kat bahagian isi tebal.



bahan2 lain yg diperlukan.
sos cili, kicap manis, sos tiram and madu.



campur semua, lumur2 kat ayam.
nak perap sekejap pun boley.
tak payah lama, 15minit dah cukup.
ayam tu tak payah letak garam kunyit dah.
pastu masukkan dlm airfryer, set masa 22 minit.
ikut guide.

lepas 22minit, taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa siap and boleh makan.

mahap, gambar selepas takda.
sebab tok laki terus nak makan kerna tak tahan bau sedap sangat.
hahahah.
and rasa pun sedappppppp.
cara ni nak goreng bule nak panggang pun bule.
dua2 sedap.
korang sila cuba.
kalau goreng guna minyak tak sesuai sgt sbb ayam ni berair.
kang mercik sakan pulak masa goreng.

kadang aku buat ayam taruk garam kunyit biasa tu je, pastu goreng.
kadang buat ayam rempah.
pun sedap..
dan sihat..
so, jomla beli airfryer... hihihi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...