Monday, September 07, 2015

Sepupu kawen di Thailand

lepas raya puasa lepas, aku balik thailand.
ada kenduri, sepupu kawen.
sebelah mak aku.
memula taktau nak balik ke tak.
tapi memandangkan dah lama tak balik sana, jumpa tok mek aku, maka decide balik jugaklah walaupun without papa.
dia takleh buat borderpass and takleh nak cuti lama2.
takpelah, sebab balik dgn family aku yg lain.
boleh pakat2 tgk anak2 aku.
kenduri on 30 july.
kitaorg gerak ke sana 29 julai.
3 hari ambik cuti.

pagi2 dah bertolak.
dari rumah dengan papa.
sampai padang besar, tukar duit semua, dia hantar terus lintas sempadan.
semua ok,smooth je sebab masih awal, dlm pkul 9 camtu.
tak sesak sgt.
dari padang besar, ambik teksi ke pattani.
kat pattani, bapak sedara aku jemput.
dari pattani nak ke rumah tokmek dalam sejam setengah camtu.
ikut shortcut.
kalau naik teksi or van diorg tu tak lalu jln tu.
lalu jln besar and lagi jauh.
almost 2 hours jugak la.
dari padang besar ke pattani 2 jam lebih.
Aniq tidor lama!
lega.. hahaha..
Amni pun sama, takda buat hal apa.
dah sampai pattani pun dua2 ok.
sampai rumah tok mek dlm pkul 4 kalau tak silap.
seronok dia sebab dah lama tak jumpa cicit.
last aku balik sana Amni was 8 month.
now Amni dah 4 tahun, ada adik dah...
diorg selalu je datang sini, cuma tok mek je tak pernah dtg.
dia tak larat sgt nak duduk dlm kreta lama2.


petang tu dlm pkul 6 gerak ke rumah mak sedara aku pulak.
semua tidor sana sebab kenduri kat sana.
nak ulang alik, setengah jam jugak la.
mlm tu was fun sebab ramai org.
kenduri kan, masak ramai2.
oh, yg balik sana dari Perlis ialah abah, aku 3 beranak and adik aku 2 org.
umi tak balik sebab kesiankan adik lelaki aku nak exam MUET.
tinggal diorg berdua kat rumah.
lagipun 2 bulan sebelum puasa, umi dah balik sana seminggu lebih.



that day.
us with pengantin. yg kat kiri dan kanan is adik2 aku.
sepupu aku ni umor dia 26 kalau tak silap.
dia selalu jugak datang Perlis ni kalau ada kenduri or apa2.
so, bila kenduri dia rasa bersalah pulak kalau tak pegi.
Amni dah boleh ingat maklong Nuri dia ni.
dia panggil maklong kurus sebab ada lagi sorang maklong gemok.
sabar jelah.

mengikut maklong je hari kenduri tu.
ada je gambar dia kat mana2.



yg tengah tu mak sedara, umor tua setahun ke 2 dari aku ntah.
belum kawen lagi.
duk jadi bahan je hari tu. hahaha.
dia kerja keras utk sara adik2 dia. tak pikir nak kawen ke apa.
mak bapak dia bukan org senang and adik beradik ramai.
dia kerja keras utk sara adik2 dia belajar and mostly semua berjaya.
kat sana tak sama mcm kat Malaysia.
nak kerja bukan mudah kalau ko tak belajar pandai2.
dia cuma keja kilang je tapi dapat sara adik2 dia 6-7 org belajar.
dapat kerja dgn kerajaan tu 1 pencapaian besar kat sana sebab bukan mudah.
sorang keja cikgu, sorang medical officer, sorang lagi tak ingat keja apa and ada lagi 3-4 org masik skolah.
kerja kilang, sungguh2 keja now dah dapat beli kreta.
kalau kat Malaysia mungkin biasa, tapi kat sana tu kira hebat lah.
seronok tgk family diorg.
last aku balik sana tu kenduri kawen adik dia la yg cikgu tu.
anak dia pun dah 3 tahun dah.
mak bapak dia org baik2, sebab tu anak2 semua berjaya tok mek aku kata.
bapak dia, toksu adik tokmek aku..



tok abah kawen lain kat siam.
hahahahaha.



the pengantin.
sepupu aku ni kalau pakai tudung biasa, elok je mukanya
tapi hari tu pakai camni nampak tak lawa sgt pulak.
spoil betul.
tapi cun la sebab org tak pernah makeup, tak pernah duk melawa sesekali make up, haaa, cun la.
tetiba putih melepak makcik aku kata.
heheh..




ahli keluarga baru.
akad nikah pagi tu pkul 11.
lepas serah mas kawen, sarung cincin semua, pengantin laki pegi duduk rumah sebelah kejap tunggu rombongan yg lain sampai.
dah semua sampai, berarak masuk ke umah pengantin perempuan.
bawak segala hantaran dgn family members yg lain.
masuk rumah, bersanding ambik gambar semua la.
takda merenjis segala tu yeh.
pelamin ni buat sendiri je pun by pak sedara aku.
tak tempah pun, buat biasa2 je.
kat sana dah biasa kat pelamin letak nama pengantin.



kat sana ada 1 adat diorg panggil mengenal.
pengantin duduk kat depan, pastu family members sebelah lelaki akan datang salam dgn pengantin and bagi duit kepada pengantin perempuan.
tu nampak duk pegang bekas tu.
pengantin lelaki kenalkan isteri dia kepada sedara mara dia hari tu and diog bg sedekah.
ramai yg datang, bnyklah ko dapat.
sepupu aku hari tu dapat THB5000 jugak la.
duit kita dalam RM500 camtu.
banyak tuuuuu.
tu duit diorg lah, kira duit utk guna laki bini nak mula hidup baru nnt.
duit tangan kat mak or tuan rumah lain pulak yee..



ada lagi mek ni.
bnyk btul gambar dia.
gambar hari tu ambik semua guna handphone aku sebab dia tak hire photog pun.
kawan2 dia ramai yg datang, bila ambik gambar ada je terselit cik kuntum tu.
sabar jelah.
tak g jauh pun dari maklong kurus sebab maklong cantik duk ngendeng jelah..

kenduri hari tu ramai jugak org.
lauk ada lebih.
abah kata bule mkn lagi 300 org.
tapi dah bekalkan kat org kg yg datang tolong masak, buat kerja semua so tak bnyk yg lebih.
lauk sedap!
aku bnyk mana meratah ikan tongkol masak merah tu tak tau la.
tak pedas sgt, manis2. sedap.
pastu ada tapai.
10 bungkus kut aku makan. hahaha.



haa, yg ni rare.
kat sana, kalau ada kenduri kawen, akan ada org datang berniaga kat depan rumah tu.
macam2 ada jual mostly makanan and mainan budak2.
kalau kenduri besar, kain baju pun ada org jual.
mcm pasar mlm dah lebih kurang.
aku mula2 tak bawak Amni pegi awal tu.
dah petang sikit baru maknjang dia bawak.
memang masak laaaaaa.
pastu duk ulang alik pegi.
seberang jln je kan?
kejap ngan maknjang, kejap ngan tok abah, ngan tok sedara tu ngan tok sedara ni.
dapat makanan, dapat mainan,
amboi diaaaaaa.
masa pegi dgn aku tu dia duk minta nak beli buih yg tiup2 tu.
makanan apa taknak.
dia mmg suka benda alah tu.
ada mcm2 jenis botol, dia nak beli yg bentuk handphone.
aku kata tak lawa ambik la yg bentuk bear ke otromen ke tapi taknak jugak.
last ikut jelah apa dia nak.
dapat je kat tangan terus buat call.
nak call papa rupanya. hahahahahaha.
rindu kut dah 2 hari tak jumpa papa dia.
beriya cakap mcmkan betul2 call. sabar jelah anak aku ni.
dia kan close ngan papa.
masa kat sana, siang ok sebab sebok main.
mlm2 tu buat hal jugak la carik papa.
plus letih main kan?
beriya ajak balik nak p kat papa, nnt papa cari Amni sebab lama sangat datang sini katanya.
padahal baru 1 malam je.
propa btoi budak ni.



cuaca kat sana panas berdenting2.
rumah mak sedara aku ni keliling pokok getah, angin tak berapa ada.
berkuap wohhh.
Aniq mcm ni jelah kat sana.
bawak baju banyak tak pakai pun sebab asyik berpeluh.
last mcm ni jelah dia.
Alhamdulillah dia ok je kat sana.
ramai org duk jaga, mak takda hal nak makan nak sembang semua.
takda baby, dia sorang je so mmg jadi perhatian.
sepupu2 aku yg kecik2 tu pakat duk berebut nak main nak dukung.
ambik lahhh, no hal.
dia pun ok asal jgn nampak mama.
kalau nampak, sory tak nak, nak mama..



yg dirindui...
tok mek.
mak kepada umi aku..
kecik molek je orgnya.
duk sebelah aku terasa gajah betul diri ini..
heheh..
umor dia sekarang 70++.
takda penyakit apa cuma sakit2 tua, demam, lenguh2 mcm tu je.
seronok dia jumpa cicit, belek je budak 2 org tu.
dia suka nak riba nak peluk nak pegang2 Aniq, tapi mana la budak tu nak duk diam kan?
lasak ya ampun oiii.
so, masa nak tdor jelah dia bule nak pegang Aniq lama2.
siap riba Aniq masa tidor, tepuk2 bontot.
aku suruh dia letak bawah kang lenguh duk riba, dia tak nak..
seronok jumpa cicit kan?
 


malam berikutnya..
tidor sana 2 mlm.
yg baju hijau tu mak sedara and the rest anak2 dia, sepupu akulah kan?
Amni main dengan diorg la, Afhan and Nurain.
tu nampak tgn duk pegang handphone kuning tuuu?
hahaha.
asyik buat call jeeeee..
Amni dgn Afhan sebaya, Nurain dah 8 tahun.
main sungguh diorg ni, tak brenti.
tidor mlm mengigau la Amni.. haishhhh.
Aniq ok je, kakak gitu dah.

dah hari ke 2 kat sana enjoy dah dia.
sekarang pun dia ingat lagi moment2 kat sana.
tok sedara semua, mak sedara semua dia ingat.
mula2 sampai taknak cakap apa, dah lama ok dah.
cakap tak benti.
masalahnya org tak paham.
hahahhaa.
org tanya dia dia je, tak paham.
diorg cakap mcm dialek kelantan tu tapi pekat sket.
kami ni faham la, dia mana nak faham kan?
dia cakap ada yg faham, tapi kalau laju sangat menganga jugak tokcik tu.

so far dia enjoy kat sana..
pasni tak tau bila pulak nak balik sana..
tak jauh sgt dah skang ni mcm dulu.
dulu, keluar pagi, mlm baru sampai.
skang ni 5-6 jam dah sampai.
jalan semua dah elok, transport pun dah mudah.
kat sana minyak mahal dari kita tapi tambang public transport murah.
semua benda murah la kiranya..
syok oo balik sana.. ehehe...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...