Tuesday, September 15, 2015

Singgah Teluk Batik

dah setel majlis adik aku tu, kitaorg gerak balik dari homestay dlm pkul 4 petang.
ikut jalan biasa, guide dari abang aku.
beriya la papa duk tulis nama tempat apa semua.
pastu duk bising suh aku on waze.
padahal jalan lurusssssssssssss je.
saja dengki tgk aku duk bersenang lenang kat belakang.
tak senang sgt la sebab duk bersilat ngan Aniq.
kalau dia tidor lega sket laaaa.
duk dlm van tu kadang2 ke belakang kat pengasuh or tok umi.
tapi tak lama sebab duk nampak mama.
haruslah nak melekat kan?
membuas bule tahan dlm van tu, memanjat sana sini.
lenguh habis 1 badan duk pegang dia.
hai la anak..

ikut jalan lama, sampai ke lumut.
jalan pun elok je, lancar.
dah sampai lumut, nampak signboard telok batik, jommmmmmmmmmmmmmmmm kita belok.
alang dah lalu, singgah la kejap.
jauh jugak nak masuk ke dalam tu.
laki aku tak biasa datang pastu kejap2 tanya kejap2 tanya.
nak belok mana ma?
nak masuk mana ma?
nak pegi kut mana ni ma?
maaa..
maaa.
haishhhhhhh.
aku kat belakang dgn Aniq duk melasak dgn nak tgk jalan, berpusing2.
ikut jelah signboard tu kan?
takda nya, duk tanya aku jugak.
aku datang dulu nuuuuuuuuuuuuu, tahun 2001 kut.
bnyk beza dah kutt.



akhirnya, sampai jugak.
bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tengok laut.
Telok batik ni cantik lautnya.
mandi pun best.
org punyalah ramai hari tu.
cuti panjang kan?



muka sembelit je anak dara dia.
sebab ngamok nak mandi laut.
haishhhhh tak kuasa la mak kau nak tunggu tu nak oi.
singgah kejap je ni, bukan nak lepak lama pun.
nak regangkan otot duduk lama dalam van tu je.
kalau mandi kang basah nak tukar baju semua, renyah.
nak g kencing pun punya la panjang org duk beratur kat bilik air.
maybe kena tambah bilik air la kat sini.



merubat kedukaan nan lara anak dara dia, papa belanja kakak main giant bubles.
tapi mcm papa je yg main lebih.
hahahaha.
punnnnnnnnnnnn duk mencuka muka tu.
tak puas hati sebab duk nampak laut.
aku kata takleh mandi, takut ombak.
dia jawab dulu boleh mandi masa g penang.
menjawabbbbbbbbbbbbbbb..
pastu papa bawak g mkn eskrem, baru la ceria sket.



sempat ambik gambar walau masing2 muka tak semenggah.
tengok la mak kau ni, baju kaler lain tudung kaler lain.
hahahaha.
color block sgt. puiiii.
nak pakai tudung lain tapi dah kena genyeh dek Aniq, kotor dah.
so bantai la tudung hitam merah pun.

aku bagi Aniq pijak pasir, nak tgk dia geli ke tak.
tak heran pun, main2 kuis2 pasir tu mcm biasa je.
Amni dlu masa baya2 tu, melalak kena pasir, kena ombak.
sekarang dah besar baru suka.
tak puas hati betul dia tak dapat mandi laut..
papa kata nnt kita datang lagi, mandi laut kakak eh..
nnt tuntut janji dengan papa ye, bukan mama..



tok abah, menantu hantu and cucu.
lepak2 kat depan tu kejap.
ada bnyk kedai2, jalan2 tgk kat situ.
aku tak beli apa pun, beli fridge magnet je.
adik ngan umi beli baju.
pastu pakat beli eskrem.



dah lain sgt telok batik.
dulu masa duk Taiping, pernah la 2 kali datang sini.
datang ngan housemate and budak2 kolej.
seronok,  mandi and buat aktiviti bbq bagai.
dah makin cantik, luas and bnyk kedai.
yelah, dah 10 thn++ kan, mestilah ada perubahan.
pantai bersih,ombak tak kuat sangat.
nnt2 boleh la plan kut nak datang lagi.
tunggu Aniq besar sket ke, baru best kan?

pkul 7 camtu gerak balik.
ikut jalan lama, keluar kat bukit gantang, trus naik highway.
papa stress sebab duk ikut belakang lori, takleh nak pecut.
dah naik highway, beriya tekan minyak.
van pulak tiptop, syok la tekan.
brenti mkn kat RnR Bukit Merah, sembahyang, tukar diapers Aniq semua.
pastu terus balik.
semua pakat tdor, letih.
Aniq and Amni tak sedar langsung sampai rumah.
aku kejap tidor kejap jaga duk teman papa.
Alhamdulillah semua dah selamat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...