Wednesday, October 21, 2015

Aktiviti Amni di PASTI

hujung thn ni, setahun dah Amni kat PASTI..
aku hantar dia ke Pasti Bestari Al-Islah..
Alhamdulillah, rasanya tepat keputusan kami nak hantar dia ke pasti dulu.
survey jugak tempat lain, tapi hati aku kuat nak hantar dia ke situ.
selain dari yuran bulanan yg termurah, rm200 saja sebulan, aku nak dari dia kecil dia dilebihkan didikan agama.
tu niat awal.
Insyallah, bila niat kita baik, maka semuanya akan jadi mudah.
walaupun 3-4 bulan awal tu tak la mudah sangat kannnnnnnnnnnnn..
gila mencabar oi tiap2 pagi..
sebab dia ni jenis tak boleh gerak bgn tdor.
bila gerak tu dia punya mengamok, hoi menduga kesabaran.
kena pulak masa tu ada Aniq kan?
taulah kalau ada anak kecik ni, dia punya kelam kabut pagi2 tu lain mcm oi.
dr bgn tdor sampai ke sekolah tu menangis, merintih mcm2.
aku pulak kadang tak sabar sebab bizi nak siap g kerja, ngan si kecik nangis, kakak pulak duk nangis takmo pakai baju skolah, takmo p sekolah.
stress!!
kena marag gakla.
lagi marah lg nangis... grrrrrrrrrrrrrrrrr
mujurlah sekarang dah ok sikit.
tak bnyk, sikit pun jadilah.
gerak bgn pagi masih menangis, tapi better dr dulu sebab aku dah pandai tackle dia.
mlm kena make sure tdor awal dgn perut kenyang dan hati senang.
hahahah. ye gitu yeee..
gerak pagi2 tu kena ada teknik, panggil slow2, gosok2 peluk2 semua.
baru dia bgn ok, tak moody.
kalau tak, keriau la apa lagi.
siap merintih, tu tak kena ni tak kena.
silap sikit jadi punca la.. drama queen sket anak aku ni.
sabar jelah.

eh nak update pasal aktiviti Amni kat Pasti, dah melalut ke cerita lain dah.
mahap ye.
hahaha.

cikgu diorg ada buatkan group kat whatsapp.
so, ada apa2 nnt cikgu update kat situ je.
semua mak pak boleh tengok apa anak buat kat skolah.
pastu siap letak gambar.
boleh kata hari2 jugak ada gambar.
kadang aku download, kadang tak.
kalau pakai wifi free, aku donwload la semua..
hahahah.
mana yg ada gambar Amni aku simpan, yg takda aku delete.

so far aku perati bnyk jugak aktiviti diorg kat pasti.
kat sekolah dan luar.
hari sekolah, mcm biasa lah.
belajar a b c tu smua.
hari jumaat, riadah, kena pakai baju sukan.
pagi2 cikgu akan bawak diorg main kat court kat depan tadika tu.
dlm taman tu jugak, sekentut je.
bersenam, main bola ke, or ada sukaneka sikit.
kadang2 pegi taman yg depan sikit yg ada playground
boleh la diorg main gelungsur smua tu.
seronok la budak2, dapat main kan?



gigih aku tanda arrow kat gambar Amni.
yelah kecik je tak nmpk sangat dlm ramai2 tu.
cikgu buat senamrobik sket, then ada sukaneka.
mcm2 aktiviti jugak kalau hari jumaat.
tu main isi air dlm botol.
kemain menonggek awak nak oi.. hahah
dia pun dah tau, bila hari jumaat pakai baju sukan, beriya nak pakai kasut siap stokin.
sebab kang nak berlari.
budak lain pakai sliper je. dia gigih sket. hihi
hari lain, aktiviti kat dlm tadika je..



ni kat dlm kelas.
cikgu asingkan aktiviti 3 tahun dan 4 tahun.
tak letak sekali kecuali masa mkn je kut.
tu siap buat kuih raya masa bulan puasa hari tu.
suka betul dia, balik beriya cerita.
mcm kuih yg kita buat katanya.
pastu kalau buat colouring ke, lukis2 ke or aktiviti yg menguji minda sket, cikgu hantar la gambar.
pelekat2 ke, gunting2 ke.
diorg pun suka.
buat payung la ulat la, rama2 la, macam2.
kadang boleh bawak balik hasil kreativiti diorg tu.
ada yg aku simpan cadangnya nnt nak framekan..
kenangan utk dia.



ni time amali solat.
tudung tah kemana2 dah tu si Amni.
now dia dah pandai solat, dah hafal bacaan dlm solat.
ada yg lancar, ada yg tak, ada yg pelat.
takpe, slow2 eh..
janji awak mahu belajar and buat je.
sebak dada bila tgk dia solat and baca smua tu.
lega rasa hati tgk dia mudah belajar.
tima kasih sgt kat cikgu2 smua sebab ajar anak2 kita.
budak kecik ni tau jelah ragam dia mcm mana kan?



ni tengah baca doa.
cikgu kat depan, baca and diorg ikut.
Amni kat tepi dinding duk layan perasaan.
hahahah.
cikgu kata dia selalu buat hal sendiri.
org baca dia layan perasaan, org habis baca tetiba dengar suara dia.
sabar jelah anak aku.
banyak dah doa dia boleh baca.
kadang2 kat rumah duduk sesaja dia bacalah.
kalau kita suruh, takdanya nak baca.
sendiri2 ok pulak, so masa dia baca tu aku baca sama2 and layan je..
supaya dia tak lupa, kena kerap ulang2.



main hembus2 kaler.
blk sekolah habis baju kena kaler.
hehe.
takpe, boleh basuh je pun nnt.
yg penting diorg enjoy kat sekolah.
bnyk dah dia belajar kat sana.
paling aku suka, now dia dah taknak pakai baju lengan pendek.
pagi petang siang mlm, pegi jln ke duduk rumah ke, pakai baju lengan panjang je.
geram jugak kadang2 tapi tu lagi bagus.
biar dari kecik dia biasa, senang bila dah besar.
tudung pun lekat jugak.
kadang2 tanggal, takpa, yg tu slow2.
takleh paksa sangat.
dah kata tadika islam, so gitulah ajaran.
sokay, mak lagi suka.
biar dari kecik dia biasa, ada asas kan?
dah tau apa yg boleh apa yg  tak.
mana yg baik, mana yg buruk.
kalau tak kena pada mata dia, apa yg cikgu ajar, dia cakap direct je.
mama papa asyik kena marah je sebab minum air sambil berdiri.
hahaha
apa yg dia tgk tak elok, nnt dia cakap akhlak tak baik.
tersipu2 malu mak ni.
muahaha..



aktiviti luar.
cikgu bawak naik bas pergi public library kat kuala perlis.
seronok sgt sebab dapat naik bas dgn kawan2.
masa ni dia tak sihat sgt, tengah demam.
tapi dah kurang sket la, aku hantar pegi skolah jugak.
bgtau cikgu minta suap ubat.
tak pegi kang rugi sebab nak naik bas pegi library kan?
nak bagi dia merasa tu smua.
blk tu, esok lega demam.
heheheh...
seronok sangat dapat naik bas, tak henti cerita.

dah nak habis setahun di Pasti ni, aku puas hati dengan perkembangan Amni.
banyak dia belajar kat skolah.
ada jugak yg tak berapa nak puas hati, tapi pejam mata jelah.
takda efek besar pun.
biasalah, mana sempat cikgu nak tengok semua kan?
budak2 pun ramai, ragam macam2.
kita pun tau anak kita mcm mana, takkan nak salahkan cikgu, nak bebankan diorg lagi.
asal diorg ajar anak kita elok, jaga anak kita elok, ok dah pada aku.
jgn diajar benda bukan2, ok je pun.
budak2 ni mudah mengikut.
sekali cakap, nak2 cikgu yg bgtau memang diorg ingat.
tahun depan pun Amni akan di Pasti lagi.
moga awak mudah belajar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...