Search This Blog

Loading...

Monday, October 19, 2015

Apam cornetto

lama dah buat ni.
lupa nak share.
tetiba teringat, jadi meh la share.
benda baik kita sharing2 eh.
tgk kat fb ada org share, mcm best je, so tingin nak buat.
renyah sket, but seronok.
comey2 je, buat kat Amni mesti dia suka.
gitew mak2 ni..
buat makan, anak makan, seronok wei.



bahan2 :
3 cawan tepung gandum
1 @ 2 cawan gula kastor - terpulang nak manis ke tak
4 biji telur
1 sudu ovelette -utk lembutkan
esen vanila
paste yg digemari
3/4 cawan air aiskrim soda

tak bnyk kan bahan?
benda dah sedia ada,cuma kena beli air soda tu ngan ovelette je.
paste aku ada strawberi and vanila.
pun boleh.



dah lama sangat tak guna makhluk sorang ni.
sejak jumpa resipi kek tak payah putar2 ni, memang duk dlm kotak je dia ni.
nasib kau lah.
dah lama bersemadi, marilah berbakti kembali.
kang lama sgt tak guna, keras kejung plak kau.



mula2 putar telur, gula, ovelette.
yg ni pukul laju2 eh.
speed 6-7 ke..
aku tak laju sgt kut terpelanting mixer.
hahahaha...
agak2 la  eh..
then, masukkan air aiskrim soda sikit demi sedikit secara berselang seli dengan tepung gandum.



dah setel pukul, semua dah sebati elok, bule bahagikan kepada 2 bahagian.
aku ada 2 paste je, so 2 bahagian jelah.
kalau nak buat 2 kaler, bahagi kepada 3 bahagian.
then, masukkan paste kegemaran korang.
guna pewarna pun boley..



aku guna paste vanila and strawberry.
then tambah pewarna sket dlm tu sebab pucat je merah tu.
pink pucat je.
kang tak lawa.

utk kon, aku guna kertas balut nasi lemak tu.
beli yg paling murah.
hahah. sep bajet.
guna sikit je pun.
pastu korang buat la kon mcm eskrem tu.
kecik2 je yeh.
sekeping kertas balut nasi lemak tu dapat 8 kon ke 12 kon kut.
tak ingat dah sebab dah lama.
pastu susun2 la dlm loyang.
make sure bahagian licin kertas tu kat dalam eh.
yg kasar kat luar.
kang dah siap, melekat pulak apam tu.
aku siap stapler lagi kon tu takmo dia terbuka.
dah siap susun la dlm loyang periuk kukus.
kalau dapat panaskan air awal sket ok jugak.
cepat sket masak nnt.



memula buat kon.
tak pandai lagi.
besauuu.. nak tutup periuk tak bule.
dah kena potong pulak.
takpe2, 1st time kan?

pastu buat lain, kecik2 sket, agak2 dgn saiz periuk.
ni baru betul ukur kon di periuk sendiri.
muahaha..

habis 1st trip, so kukus dulu.
10-15 minit je kukus tu.
utk adunan tadi, banyak jugak dapatnya.


terbalik kuang.
hahahah.



dah siap kukus yg 1st trip.
besar jugak, pastu kemain kembang  gebu gebas hampa ni.
dah melimpah ruah keluar dari kon.
huduh.
hahaha.
seb baik sedap, so dimaafkan.
next trip buat kecik2 comey2 sket2.



yg besar tu.
kalau 3 layer lagi lawa dari 2 layer.
pastu paste strawberry tu wangi lahai.
kaler pun cantik je.
pasni beli kaler hijau kuning biru pulak.



yg 2nd round, kecik comey je.
haluih, sekali ngap je.
3 layer ada 2 layer ada.
dah tau dia naik kembang semangkuk, kita jgn letak bnyk sgt dlm kon tu.
mula2 buat aku cedok guna senduk, meleleh habis, tak lawa.
then aku buat piping beg.
alah, guna plastik putih bungkus lauk tu je pun.
mmg ada stok kat rumah.
masuk plastik, gunting hujung tu, atas aku ikat getah.
then picit masuk.
senang keja kak yah.
awat la dari awal tak pikir, takda la comot2.
dapat 3 trip kut kukus tu, tak ingat dah.



comel dokkkk?
Amni suka lah sangat.
sedap and bau wangi pes strawberry tu la.
kalau masuk ovelette lebih sket sure lagi lembut.
ni mcm keras sket.
buat kali ke 2, ok dah.

kalau rajin, bule buat topping skali.
tapi aku malas.
taruk coklat kat atas tu sebelum koyak kertas kon tu.
then bule tabur choc rice ke apa.
terpulang pada kreativiti masing2.
aku tak buat sebab apam tu naik gebu gebas, nak taruk topping tak lepas dah.
mkn gitu pun dah sedap dah.
korang bule la try, sure anak2 suka sebab comel la hai.


2 comments:

  1. comellll...kompom anak2 suka..nak try jugak la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. try la, buat kalerfull mesti budak2 suka

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...