Search This Blog

Loading...

Friday, October 23, 2015

Bubbles BUAI2014 Aiden Diaper Backpack from Lazada

dah lama berangan nak beli diaper backpack.
tapi tak terbeli.
sebab takde nak travel kemana2 yg rasa memerlukan penggunaan backpack.
amboi ayat aku.
hehe.
sejak ada anak, pegi mana2 bnyk dgn kreta je.
tak pernah travel dgn bas ke train ke flight lagi.
kalau naik kreta sendri, senang.
aku isi segala bekas susu, air panas and segala makanan budak2 dlm bakul susu diorg je.
aku beli sejak umur Amni lagi kat padang besar siam sana.
sampai hari ni elok lagi keadaannya walau selalu guna.
jenis tali getah tu la.
tahan lasak betul bakul tu.
berbaloi2 beli.
3 biji saiz lain2 dlm rm30++ kut.
tak ingat dah.
tiap2 minggu guna sebab blk umah mak aku, mmg isi dlm bakul tu.
pegi mana2 naik kereta sendiri, nak bancuh susu ke nak ambik makanan anak ke apa, senang la guna bakul tu.
tapi kalau naik bas ke flight ke apa, susah la bakul2 mcm tu kan?

decide beli diapers backpack ni sebab nak balik siam hari tu la...
memandangkan nak balik naik public transport, so kena la cari diapers backpack.
takkan nak usung bakul susu gedabak pulak kan?
pikir ke public transport, leceh kut.

usha sana sini, terdampar kat Lazada.
kat page lain pun tgk jugak, kat ig smua.
takmo la yg jenis keras tu sebab nmpk besar sangat.
but besar la senang nak isi barang kan?
tapi aku takmo, nnt isi bnyk berat la pulak nak galas.
belek sana sini, berkenan dgn Bubbles BUAI2014 Aiden Diaper Backpack.
tgk kepada keadaan poket sendiri dan ciri2 beg tu, so jomlah beli.
ada lagi yg lawa2, stylo tak macam diapers backpack pun.
yg kecik comey pun ada, yg sling pun ada.
tapi harga, telan ailio gak la.
takda la mahal sgt, dalam rm100-rm200 camtu.
tapi pikirkan bukan nak guna sangat, so tak perlu lah kut.
beli yg biasa2 sudah.
yg ni pun cun jugak, kaler pepel.
ambik kaler universal, senang match utk baby boy or girl
gitewww... padahal yg nak pakai maknya, bukan anak pon.
hahaha.
harga cuma RM65.



knowing Lazada, beli hari ni, buat payment pagi, esok zasssssssssssss barang dah in hand.
yay!!


lawa sangat uolls.
Amni duk ingat beg skolah dia. LOL

ada 2 compartment besar kat atas.
dlm tu ada lagi ruang2 utk letak barang2.
ada ruang yg berzip.
sebelah kiri beg ada poket.
sebelah kanan ada bekas botol susu siap berzip.
mcm warmer beg pun ye jugak.
besar jugak lepas nak isi botol MAM.
bekas tu boleh ditanggalkan in case takmo gantung mcm tu.
depat ada lagi poket.
siap dapat pelapik nappy changes and beg isi lampin kotor.
best kan?
zip dia pun kemas siap ada keychain lagi.
logo bubbles tu.
comey..
kat dlm beg, material plastik.
so kalau tumpah air ke apa tak basah sampai ke luar.
semua diapers back mcm tu kan?



masa guna pegi Thai sana, aku puas hati jugak.
saiz pun pada aku ok.
tali utk galas tu pun kemas elok, so takda la sakit ke lenguh bahu masa galas beg tu.
berat jugak la bila isi bekas susu, termos air panas and botol air.
pastu baju salin sepasang, diapers, towel kecik, wet tissue bagai.
utk bekas susu aku guna yg kecik2, 3 compartment tu.
2 set utk sehari perjalanan.
Alhamdulillah cukup and lebih lagi.
nak bawak tupperware susu tu besar la pulak, tak muat.
so, utk travel better guna yg jenis compartment  tu, senang keja sket.
bekas susu yg besar letak dlm beg baju.
termos pun saiz sedang je.
bukan nak guna bnyk sgt air panas compare dgn air masak tu bila buat susu.
then isi bekas makan Aniq.
kalau isi banyak2 tak larat nak galas la kan?
nak dukung anak lagi ye dok?

so far puas hati dgn beg ni.
guna baru sekali tu je pun.
hahaha.
dah tak travel ke mana2 yg naik public transport.
kalau pegi kreta sendri, mmg aku isi dlm bakul je, senang keja
mudah nak ambik kan?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...