Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 20, 2015

Little Bean Finger toothbrush utk Aniq


Aniq now gg dah 8 batang.
4 atas 4 bawah.
sama mcm kakak jugak, gg tumbuh awal.
tapi Aniq lambat sket, 8 bulan baru naik gg.
Amni dulu 6 bulan dah keluar gg.
bila bf, ngilu woh...

since gg dah bnyk, mama kena bli berus gg utk adik.
kena ajar awal bagi dia biasa guna berus gg.
dah la gg atas besar kapak, maka marilah kita memberus dik oi.
lagipun, penjagaan awal ni bagus utk gg diorg kan?



sebagai permulaan, aku beli finger toothbrush.
berus tu silicon, lembut je so tak sakitkan gusi baby.
mmg dibuat utk baby 6month dan keatas.
jenis ni senang nak guna.
masukkan je kat jari telunjuk tu, pastu gosokkan kat gg diorg.
nak beli yg jenis berus gg biasa tu rasa mcm susah je nnt.
budak kembong tu lasak ya ampun.
nak mandikan dia, ngan aku skali basah.
berpusing2 syok main air.
so, kita guna yg ni dulu lah.
test dulu, kang dia taknak, rugi je.



beli kat Apple Baby House kat Arau.
murah je RM9.40.
aku beli yg paling murah sebab nnt tau dah tak guna lama pun.
Aniq now dah setahun kan?
gg pun dah bnyk.
ada je brand lain yg lagi mahal.
cecah 30 hengget pun ada.
fungsi sama, bentuk sama, kita beli yg murah sudah laaaa.
baru ni terjumpa kat supermarket biasa, cap ayam rm5 jewwwwww.
+_+



kalau beli apa2 utk adik, harus beli jugak utk kakak.
kalau beli utk kakak, tak belikan utk adik, takpe sebab adik tak tau apa2 lagi.
tapi kalau kakak, huiii ko tengok dia punya ungkit, 2 hari 2 malam okeh.
silap2 lebih.. hahahah.
letih aku nak layan nak dengar bebelan dia.
biasalah, budak kecik kan?
so, layan jelah.
kang kata mama pilih kasih pulak.
nak beli apa2 skang ni kena pandai edjas.
klau tak boleh botak kepala mama papa..



dah berus gg adik.
Alhamdulillah adik ok je.
bila kita tunjuk berus gg, tanya mana gg nak gosok, nganga mulut siap.
gud boy!
pastu mengekeh gelak sebab geli.
kadang2 dia buat geram, di gigitnya jari mama.
sabar jelah budak ni.
kakak pun kadang buat perangai nak guna berus gg adik.
adoihhhhhh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...