Search This Blog

Loading...

Friday, October 09, 2015

Rita

borak kosong di hari jumaat.
takda menda, saja nak share pendapat.
rasanya semua tau kes rita rudaini tu.
aku nak kata ikut sgt tu tak la, tapi baca gak la news, gosip tu kadang2.
dari mula dia kawen ngan adil, dapat anak sorang, gaduh, baik balik, dapat anak lagi sorang pastu tup2 kena cerai melalui sms.

as a women, wife also, aku rasa rude sgt benda tu
masa kau nak, kau bwk lari p nikah kat siam.
dah tak nak, eh eh senang je hantar mesej nak cerai.
laki jenis apa ha?
kalau sah2 si isteri tu nusyuz ke derhaka ke apa, bule la diterima..
ni takda alasan kukuh pun.
rasanya sampai hari ni dia tak jawab alasan dia ceraikan rita tu mcm tu.
kalau aku kat tempat rita pun harus aku meroyan sama.
dah la masa tu ada anak kecik kan?
yg sulung pun baru 3-4 tahun kut klau tak silap.

aku cakap ni bukan sebab aku ni perempuan dan akan sokong perempuan jugak.
kalau dah sah2 si isteri yg buat onar, takkan nak sokang kan?

kalau aku jadi rita pun, or perempuan lain, aku rasa dia akan buat benda yg sama jugak.
bab tuntutan tu dah 1 hal la..
benda dah memang wajib sang suami kena kasi ke isteri.
bab nilai or jumlah tu, terserah, tapi yg wajib kena tunai.
dah kawen, ambik anak dara org mcm tu, tak nak suka2 ko campak.
jadi suami ni tanggungjawab besar, jgn main2 ye.
kat dunia ni boleh la ko nak elak nak lari, kat akhirat esok, menjawab la dengan tuhan.

aku masa mula2 kawen aku cakap siap2 kat laki aku.
bukan sebab hadap sgt duit laki sebab aku pun kerja ada gaji sendiri.
tapi aku nak dia tunaikan tanggungjawab dia and tak menanggung beban kat akhirat esok.
kalau gaji sikit, tak mampu bagi banyak kat isteri, takpe, bagi setakat yg mampu.
isteri pun jgn demand lebih2 kalau suami kata tak mampu.
hidup sekadar kemampuan kita.
tapi kalau laki kata tak mampu, tapi tiap2 bulan g tukar sport rim keta, memang makan tayar la jawabnya.
ada je isteri yg redho sangat, asyik la takpe takpe semua benda.
kat belakang suami yg kita julang tu duk enjoy sakan.
bini duk berjimat serba serbi.
sebab tu sebelum seronok nak kawen, kena ambil tahu, kena belajar ilmu rumahtangga.
kami yg dah kawen bertahun ni pun kadang2 ada je benda yg tak tentu hala lagi.
inikan pulak kenal kejap, pastu kawen.
umor pun muda lagi si aidil tu masa kawen.
bercinta memang la seronok, pas kawen ada dugaan sikit, ha menggelupor.
lari balik kat mak bapak, patutnya bincang selesai masalah..

walau nilai yg rita dapat cuma 10%, tapi mcm dia kata, bukan jumlah duit yg dia perjuangkan, tapi maruah dia.
betul!
tapi mcm sikit sgt pulak 10% tu kan?
compare ngan gaji si aidil.
takkan tak mampu kut?
tgk kemain joli ngan bini baru.
kesian kat anak2..
yg sini tak peduli sgt, duk belek yg sana.
what ever pun, diorg ttp anak kau, kena sama adil.
aku tgk semangat rita tu kuat.
sanggup naik turun mahkamah demi hak dia, hak anak2.
kita bila dah jadi mak, kekuatan tu datang sendiri.
malu letak tepi kan?
demi anak2, mak ni sanggup buat apa saja.
besok2 budak2 tu dah besar, tak hairan kalau diorg tak peduli kat bapak diorg.
yg sulung tu muka dah sebijik bapak dia dah.
yg 2nd ikut rita.
moga budak2 tu nnt ingat pengorbanan mak dia.
dugaan dan cabaran yg rita tempuh selama ni.
isteri yg teraniaya aku harap jdkan rita tu sumber inspirasi.
matikla kalau rita baca ni.
hahahah.
bukan apa, sebab dia kuat perjuangkan hak dia.
naik turun mahkamah bertahun2 demi hak dia.
ada je org yg give up then biar jelah.
tapi dia tak.
demi anak2, demi maruah dia.
yg jantan pulak, spoil.
haishhh...
aku yg membaca kisah dia tu kadang2 jadi geram.
geram sebab ada laki yg mcm tu.
sebenarnya kat luar sana, yg lagi teruk pun ada.
nak kawen, semua nak.
bab tanggungjawab, pejam mata.
tak kira la isteri ke suami.

moga kita sama2 muhasabah diri, perbaiki diri kita dan pasangan.

2 comments:

  1. setuju sgt kak...cume x fhm org yg condem rita tu... pdhal rita tu nak tuntut hak dia je. aidil tu. jwb la kat akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sekarang lepas la, nnt menjawab la

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...