Thursday, October 29, 2015

Unplanned vacation : of coz la Penang....

ni kesah awal bulan hari tu.
betul2 punya unplanned ni.
hari nak pegi baru booking hotel.
seb baik ada.

crita dia gini..
kak ipar aku sekeluarga balik sarawak seminggu.
lama dah diorg tak blk sana, umur Hana la.
oh, husband dia @ biras aku org sana.
so, mak tok and wan duduk berdua je lah kat rumah.
sunyi la cucu takda.
plan awalnya, masa diorg blk sarawak tu, kami nak g kl bawak ayah and mama.
dah cucu takda, mudah la sket diorg nak berjln kan?
kalau tak susah sket la sebab cucu blk skolah kang takda sapa nak tgk.
tapi kan jerebu kat sana agak teruk masa tu, wan tak blh terdedah sgt sbb dia tak brapa sihat.
bila ntah dia mcm penat sket.
so, kensel g kl.
kalau tak nak ambik cuti terus sampai awal muharram tu.
hari jumaat mlm, 9hb tu kami pegi makan nasi kat umah wan.
sesaja laki aku duk sebut jom pegi Penang.
dah tak jadi pegi kl kan?
sian pulak diorg duk terperuk kat rumah + nak g jenjalan skang ni mudah sket sebab takda or kat rumah.
pagi sabtu baru decide betul2.
sebab papa kena g opis dulu isi borang cuti.
then ayah confirm, tapi kena share2 utk hotel, tol dan minyak.
before papa g keja, aku check hotel dulu ada ke tak.
kang takda, naya je.
hotel pun yg selected je sebab mama and ayah tak leh naik tangga and takleh jln jauh sgt.
pilihan Sri Malaysia and Vistana.
Sri Malaysia dah mahal skang ni eh?
Vistana murah and dapat 50% kalau booking online.
later aku share pasal hotel Vistana.
then papa g keja dlu, aku mula packing.
stress woo packing last minit walau nak pegi Penang yg 1 hari 2 mlm je.
bukan baju budak2 je baju mak pak pun sama.
laki blk tghr tu aku tak sudah lagi.
mana nak packing, mana nak basuh baju, nak kemas rumah nak masak utk Aniq.
adehhhh.
aku kalau nak g memana, nak tinggal rumah aku tak suka tinggal rumah bersepah.
mesti kena kemas elok2 dulu.
sebab nnt blk dari mana2, kita letih then tgk rumah pulak huru hara, lagi la letih.

pungpangpungpang, lepas zohor jugak kami gerak.

so, here we go................ Penang!
yay!!

Penang again..
hahahaha..




atas bridge.
jerebu masih ada tp tak tebal sgt.
anak2 masa on the way ok je.
Amni la paling seronok bila bgtau nak pegi jalan2.
Aniq tak tau apa2 lagi kan?
trafik pun lancar je.
takda singgah mana2 pun, terus pegi hotel.

sampai Vistana dlm pkul 5.
check in dulu.
kitaorg ambik apartment sebab lagi berbaloi dr ambil 2 bilik.
kalau ambik bilik, kami haruslah kena ambik family room skang ni kan?
jadi mahal balik compare dgn ambil apartment.
sebab dpt diskaun kalau booking thru website diorg.
aku request 2nd room tu 2 single bed.
skali diorg tak da ke camna ntah.
so, diorg upgrade ke apartment 3 room.
wow!
harga masih sama.
wow lagi.
yay yay!

Alhamdulillah.
niat baik, balasannya baik.
mula2 tu masa decide nak pegi aku berbolak balik jugak.
sebab hari sabtu tu 1st class utk semester Sept ni.
mcm rugi  kalau ponteng sebab 1st class kan?
tapi pikir nak happykan hati org tua, pejam mata la kejap.
diorg pun jarang pegi mana2.
takpelah aku pikir, bukan selalu.
then, dapat rezki apartment besarrrrrrrrrrrrrrrrr.
later aku share pasal apartment kat Vistana tu eh.

dah check in, lepak and rest kejap.
mandikan budak2 and sembahyang smua.
pkul 7 dah siap nak gerak g dinner.
keluar awal sebab kang jem.
sembahyang kang bule jamak takhir.
nak redah ke Padang Brown tu bule tahan jauh dari hotel.
tu port wajib kalau datang Penang.
mentua aku tak minat sangat nak g lepak or makan kat area Padang Kota sana.
so, aku pun tak pernah la pegi sana juga sepanjang duk g Penang ni.
lagipun laki aku tu mana la minta kat tempat org ramai gitu.
aku pun tak minat. hahaha.

makan kat Padang Brown takda gambar sebab huru hara dengan anak2.
anak dah 2 ni tau lah dia punya kalut tu camna kan?
gilir2 pegang Aniq ngan papa dia masa makan.
kakak pulak duk meragam sket sebab lawan angin dia.
biasalah budak tu, kadang2 ada angin kus2 mengada tak tentu pasal.

makan tu mcm biasa, sup, ais kacang, pasembor, and celup2 goreng.
boleh tg kat entry Penang aku yg lepas2.
sama je.
beza kali ni, food court kat Padang Brown dah upgrade, dah buat lain.
lawa and lebih selesa.
parking pun lebih luas.
mlm tu rezki betul, dpt parking betul2 depan food court.
sebelum ni park nuuuuuuun jauh ke dlm.
kena stop turunkan mama ayah dulu.
makan bnyk jugak mlm tu.
ayah siap bedal sup ekor lagi.
ais kacang 2 mangkuk.
hahaha.

sekali sekala langgar pantang.
blk kang mkn ubat dia kata.
dah kenyang, jom lah kembali ke pangkal jln.
takda singgah mana2, terus blk hotel.
papa nak rest.



budak 2 org ni mana reti letih.
blk hotel, dah tukar baju semua eh cergas pulak.
Aniq duk merangkak memanjat rata.
Amni pun sama.
suka sangat sebab hotel ni best katanya.
hahaha.
yelah, selalu pegi hotel duk dalam bilik je kan?
yg ni apartment takda la rasa terkurung sgt.
mama layan tv, diorg duk main berdua.
ruang tamu luas, seronok la berguling.
plus sejukkkkkkkk sangat.
ekon 1 rumah ye dokk?

oh, ada crita pasal kakak kat sini.
petang tu dia bgtau nak berak.
dia dah free diapers waktu siang and mlm kecuali nak poo poo.
tak pandai berak jamban lagi walau mama dah berapa kali ajar and marah.
siap beli alas yg kecik tu pun tak jadi2 jugak.
sementara nak reti kan, dah lama berak dlm pampers.
aku bgtau tak bawak pampers kakak pun.
dia suruh g beli baru.
aku cakap kat Penang takda jual pampers kakak.
dia pegi blik air belakang, tgk lawa nau, dia sendiri cakap nak berak jamban.
so, papa angkat and tunggu dia.
skali, berak kauuuuuuuuuuuuuu!
hahahaha.
kami dua2 punya excited sebab kakak dah pandai poopoo kat jamban!
akhirnyaaaaaaaaaa.
walaupun kena sampai ke Penang.
ada hikmahnya mama ponteng kelas ni kakak oi.
hahahahahaha.
so, now kakak dah free diapers sepenuhnya!
yay!!!
thumbs up to kakak



aktiviti day 2.
mandi pool!
kakak duk berzikir tu je bila bgtau tdor hotel.
otw ke bilik pulak kena lalu pool, lagi la kuat zikirnya.
so, esok pagi lepas breakst1 ala kadar, jom kakak kita g mandi kolam.
oh, stay apartment takda break1st ye.
sokay sebab Penang takda hal bab makan yeh.
papa, wan and maktok pagi2 dah keluar g pekena nasi kandar Kg Melayu.
tu pun port wajib.
aku tak ikut sebab nak bawak kakak mandi kolam.
kalau ikut, nnt kut tak sempat nak mandi.
pkul 12 dah kena check out kan?
pkul 9 turun mandi.
punya lah dia syok.
ada pulak budak perempuan baya dia, seronok  la main.
Aniq main kat tepi2 je.
aku malas nak berendam sama walau tak ramai pun org.
duk lepak tepi sambil tgk kakak and sembang2 ngan sorang makcik tu.
sejam berendam, kakak ajak naik.
puas mandi sampai dia sendiri yg tak nak.

naik bilik, mandi, siap2 nak checkout.
papa blk bawak makanan, jom kita makan dlu.
roti telur utk kakak and nasi kandar Kg Melayu utk mama.
up sket ngan kopi.
perghhhhhhhhhhhhhhh mabeles.



dah siap dah.
budak 2 org ni la yg paling happy, main je.
mujur tak meragam sgt.
ada la sket2, biasalah budak2 kan?



selfie seround.
ehek ehek ehek.
tq papa bawak kami jln2.
tq wan sponsor hotel best.
hahahaha.

kakak asyik la cakap best sgt hotel ni.
lawa and sejuk.
sayang mama ngan papa sebab bawak kakak jalan2.
siap takmo balik rumah nak duk hotel ni.
tak rindu rumah katanya, nak duk sini.
amboi kakakkkkkkkkkkkkk..
banyak la sangat duit mak pak awak nak duk hotel lama2.

check out, then hantar mama and ayah g umah sedara mama kat Bukit Jambul.
kami nak p ronda2 kejap.
plan awal la.
tapi lepas tu melencong g Relau kat umah sepupu aku.
moh le kita ziarah org sakit daripada pegi ronda2 tu.
pahala pun dapat kan daripada membazir duit.
hehe..
sepupu aku detect problem kat buah pinggang.
punca dr darah tinggi, efek ke kidney pulak.
muda lagi, dalam 38 camtu.
anak kecik2 lagi.
adehh... risau oi, ingatkan takda apa2.
just darah tinggi biasa sebab keja kilang, rest tak menentu.
now kena dialisis seminggu 3 kali kalau tak silap.

siap solat jamak smua, gerak ke umah sedara mama.
ingat nak blk terus, skali tok kiah buat makaroni sup bagai.
so, lepak2 dlu.
pkul 4++ gerak balik.
balik ikut feri pulak.
saja bawak budak2 naik feri.
skali Amni tdor daaa masa tunggu feri.
Aniq plak terjaga masa atas feri tu.
so, dapat la mama papa ronda2 kejap bawak adik.



tapi adik muka takda perasaan pun.
br bangun tdor kan?
tdor pun baru 20 minit camtu.
papa je excited lebih nak bg adik cheer up sket.
tu baju dah tanggal sebab panas.
turun feri, adik sambung tdor balik.
adik tdor mama pun bule layan tdor jugak.
sampai Arau ok adik ngan kakak tidor.
dasyat btoi.
letih mandi kolam papa kata.


otw tu masuk Alor Star kejap pegi Ukir Mall cari serunding.
wan nak makan ngan ketupat.
sampai rumah ngam2 org azan maghrib.
budak2 dah cergas balik sebab dah tdor lama.
mama kena buat keja laju2 sebab esok kejaaaa.

so, itulah kisah unplanned vacation kami.
sebelum ni pernah gak unplanned gini.
tapi yg  ni betul2 punya unplanned.
pitis pun tak berapa nak ada sgt.
1 apa tak beli kali ni.
isi minyak ngan tol, pastu makan2 je.
edisi sep bajet namanya.
sokay je, as long as semua happy.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...