Search This Blog

Loading...

Friday, October 23, 2015

Update Muhammad Aniq Mirzaa

cerita ceriti kisah anak bujang nan seorang..
impian nak dapat anak lelaki dah dimakbulkan.
jadi kena lah redho bila ada hero.
as usual bila sebut anak lelaki, tau lah lasaknya macam mana.
aku mula dengan anak perempuan, lembut sikit.
Amni dlu lasak jugak tapi adiknya ni lagi lasak.
pecah peluh oi...



sudah menghampiri setahun sebulan.
mcm2 aku panggil dia ni.
laksamana la, kombat la komando la, beluncas la..
utk menggambarkan kecerdasan atau kelasakan dia.
muahahahaha.
adehhh.
tengah taip ni pun aku penat duk teringat kerenah dia.
sejak dah bule bergerak sendiri, dah pandai merangkak, dia dah mula tunjuk belang.
taknak dipegang, diriba lama2.
nak bergerak bebas la kan?
bila dah mula berdiri, meniti, lagi laaaaaaaaaaaaaaa.
merangkak kemain laju ok skang ni.
tu dah 1 hal, lain2 pun laju.
aku slalu kata Aniq ni dah sama taraf dengan kelajuan cahaya dah.
sekali ko pusing, zasssssssss dia dah sampai.
urut dada...
apa benda dia nmpk menarik pada perhatian dia, siap la.
sekejapan dah sampai.
jgn la nak tinggal apa2 yg rasa tak sesuai utk dia kat tempat yg dia bule capai.
papa selalu la lupa, main letak je handphone ke spek mata ke apa kat lantai.
siap laaaaaa..



ntah pasaipa, obses sgt dengan kain.
nak2 kalau kain yg dah lipat dah susun elok.
takda perasaan tarik2 sepah2kan.
aku ni tak larat jadi tarzan dah.
dia pantang sungguh kalau aku lipat kain.
kita lipat susun, pusing kejap tgk dah ranap.
pastu buat muka puas sebab dapat sepah kain.
like " yessssssssss, berjaya, padan muka mama!"



now dah tak nak duduk sgt dlm walker.
perasan abang2 sangat.
padahal jln pun tak bule lagi.
malas sket kalau suruh berjalan.
meniti je kat sofa, kat meja, kat kabinet tv.
so far tak pernah jatuh lagi.
dia pandai duduk sendri since boleh berdiri dulu.
now tengah acah2 berdiri lepas tgn.
mujur dia pandai balancekan badan dia so takda la kes jatuh gedebuk tergolek ke apa.
kakak dlu setahun 4 bulan baru berjalan.
dia ni pun sama gak la kut.
takpelah lambat sket pun, dah berjalan kang tak larat kejar pulak.



komando tengah training merentasi halangan berliku.
+_+
ni port feberet kat bilik sebelah.
tak pernah terbalik lagi la board iron tu sebab yg tu jenis besar and berat tu.
dia duk lalu2 kat bawah tu je.
tu pun aku pantau la, agak dia berdiri duk bergayut kat situ laju2 ambik.
takkan nak tunggu terbalik ye dok?

Aniq kalau compare dengan kakak, rasanya kakaknya lagi debab dari dia.
walau berat kakak masa beranak cuma 1.8kg.
Aniq 2.45 kg.
berat pun naik sikit2 je dah lasak.
tapi anak2 aku jenis isi pejal, betis tu keras je.
so, diorg lasak, jatuh terguling ke apa takda hal.
adik ni lagi pejal dari kakak.
and of coz lagi lasak dari kakak la kan?
nama pun kombat ye dok?

hari tu papa kena jaga dia seharian.
sebab rumah pengasuh masuk air masa banjir bulan lepas.
aku balik keja petang tu tgk papa dah mcm kurang oksigen dah.
penat kejar anak jantan dia..
hahaha
mlm tu siap cakap ngan aku " ma, cukup la anak kita 2 org ni".
bhahahahahahahaha
baru sehari jaga Aniq dah tobat takmo tambah anak.
so, now dia tau la kan anak dia lasak camna ye dok?
mlm2 tu lekat sket la dlm rumah sebab nak kena tgk anak dia while aku masak.
kalau tak anak duk bergantung je kat kaki mak ni ha..

tdor pun lasak ok.
berpusing2 satu tilam selagi tak tdor.
dah tidor pun gitu jugak.
mak pak aku pun heran tgk apehal la anak2 aku smua tdor lasak.
redho jelah tok umi oii..

anak no 2 ni selalu org kata manja lebih sket.
manja ke mengada aku tak tau lah.
aku dlu taktau la mcm ni ke tak.
Aniq now tak bule aku hilang pada mata dia.
kalau aku kat ruang tamu, rilex2 tgk tv dia ok je duk main sensorang.
sekali dia pusing aku kat dapor, ko tgk dia punya meraung mcm kena dera.
laju2 merangkak datang dapor duk bergantung kat kaki.
selagi aku tak ambil dia selagi tu la duk menangis duk tarik baju.
dah dukung, senyap la siap sengih2 buat muka tak bersalah.
menduga kesabaran oiii.
kadang aku nak kencing berak, dia duk meraung depan pintu toilet.
mula2 dlu cemas la jugak aku.
now dah tau akai dia aku biar je.
bukan sakit pun, saja mengada.
agak lama aku tak keluar, eh bule pula senyap pegi main.
derr...


pendengki bule tahan.
kalau kakak datang duduk atas riba aku, dia pun laju2 nak duduk sama.
siap tolak2 kakak lagi.
sian kakak bnyk kena mengalah dgn adik.
kena belasah dgn adik pun selalu jugak.
sabar kakak eh..

nmpk mcm dia close dgn aku.
dlu mungkin sebab bf.
but now, dah melekat ngan papa pulak.
bila papa balik keja ja, laju2 g kat papa.
mama dah tak dihiraukan.
menjerit2 ni panggil papa mcmkan dah pandai cakap.
kalau papa masuk bilik dlu nak tukar baju ke nak g toilet dlu ke, ko tengok dia punya meraung.
aku ambik pun tak nak ok.
jual mahalllllllllll..
so papa kena ambik dia dlu, peluk2 dukung kejap baru bule letak.
tu pun menangis jugak tapi tak kuat sangat.
pastu melekat ngan papa jelah.
kakak sama adik pun sama.
takde hal mama tak jeles pun.
bule mama buat keja lain, masak kemas bagai nuuu.
now papa stress sebab anak2 duk asyik melekat dgn dia.
rasakannnnnnnnnnnnnnnnnnn..
aku bule bersenang lenang sket kan?
hahahah.
tapi tak la jugak.
dah budak2 duk melekat ngan papa, aku bule la masak dengan tenang.
kalau tak duk bergayut kat kaki ni, haru jugak la.

budak ni mulut bising.
sejak kecik dah bising.
dlm pantang tu kalau lambat susu ko tgk dia punya meraung.
tak sabar sabar..
sekarang pun sama nak2 masa tgh2 mlm.
dia nyenyak tdor, pastu lapar.
mula2 ek ek bg signal, pastu kalau susu lambat trus up high volume.
dlu mak pak aku punya la cemas apa hal cucu keriau kuat sgt tgh2 mlm.
dpt susu, senyap troih.
skang ni duk bercakap bahasa jerman dia.
merepek apa entah.
pastu keja menjerit.
kuat oi suara dia.
kalau kita menjerit sama, kang bersahut2 la dia menjerit.
bingit gak, tapi layan jelah.
now dah pandai ikut apa kita kata, kadang2 bunyi sama kadang2 bunyi ikut dan dia la.
kalau bergabung dgn kakak, memang bising rumah mcm  ada 10 anak.
padahal baru 2 jew...



anak jantan kan?
kena redho lah.
kang anak ko duduk diam je tak aktif, lagi susah hati ye dok?
so biarlah dia bebas meneroka.
biar dia bergerak bebas.
tu maknanya sel2 otak dia berhubung dengan baik.
ada je benda dia nak buat.
"mengemas" tu hobi.
takleh dah nak letak apa2 kat tempat yg dia bule capai.
kakak selalu lupa, pastu menangis sebab adik rosakkan mainan dia.
memanjat tu dah makin improve..
ikut jelah bontot anak tuuu.
adehhhh..

apa lagi eh..
ha, bab makan.
mujur takda hal sgt.
adik takda la picky eater sgt, kadang2 je.
selalunya mkn je apa mama suapkan.
nasi kosong pun takda hal.
maybe sebab dah terbiasa makan tawar kan?
cumanya tak bnyk sgt variasi menu adik.
mama tak sempat sgt skang ni.
kakak dlu mcm2 dpt makan.
huhu..
untill now masih makan masakan mama, homemade from mama.. ehehe.
hari bgn pkul 5 pagi buat bekal dia.
takpe, mama ok je, asal mama tau apa yg adik makan.

mama harap pasni adik sihat2 je.
bulan 9 lepas demam tinggi and lama jugak.
risau woh.
kerap jugak dia demam.
kakaknya dlu jarang sangat demam.
so, sesekali dia demam kelam kabut jugak la aku ngan papa dia.
harap2 pasni adik sihat2 je yeh?
takpe awak lasak ke apa, mama ok jeeeew. - pheww lap peluh
awak melasak  kut mama kuruih sket duk ligan kan?
hahaha...

2 comments:

  1. time anak tengah melasak camni memang letih..tapi sebenarnya ni la time yang paling best! Enjoy your motherhood journey..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. letih tapi seronok tgk perkembangan diorg..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...