Search This Blog

Loading...

Monday, December 07, 2015

Daging goreng berlada

sesuatu sangat mulakan entry pasal makan setelah sebulan tak up entry.
mihmihmih..

nak share resipi yg senang mak enon.
mudah nak buat dan sedap.
aku selalu buat and olah guna binatang lain like ayam.
ikan bilis pun aku pernah guna.
hahahah.
basicnya sama, tukar binatang je.



bahan2 :
cili merah. kuantiti agak2 la nak pedas ke tak.  dlm gambar ada 3 je, tapi aku guna 7 cili merah.
cili hijau. optional. nak pedas berapi, bule tambah. aku guna 2 je sebab tok laki tak tahan kalau pedas sangat. kang buasir, bini pulak di persalahkan.
halia. dlm besar ibu jari gitu.
bawang merah + bawang putih. pun optional dengan kuantiti daging korang nnt. aku guna bnyk sebab aku sukaaaaaaa.
belacan. lebih kurang besar ibu jari jugak.
smua bahan tu korang blend yeh. nak tumbuk pun boleh kalau rajin.
tapi aku tak brapa nak rajin, so blen saja. tapi blend kasar tau, jgn halusssssssssssss.
kang tak best.

next is bahan utama yakni daging. potong nipis2, gaul garam kunyit then goreng dlu.



daging yg dah digoreng.
ni belen daging korban hari tu.
resipi ni sebenarnya dah lama aku buat, tapi baru nak share.
dah ulang tak tau brapa kali dah.
potong nipis2 dan goreng garing adalah sedappppppppppppppp..
tok laki dah cilok sket dah ni masa nak buat.




dah siap goreng daging tadi, now tumis bahan2 tadi.
maaplah, kuali nampak bughuk sket.
hahahaha.
tu tanda kerap guna yehhh, bukan sebab buruk.
kuali kesayangan aku ni tau.



aku tambah sos plum ni sket.
tak tambah pun takpa, sedap jugak.


tumis sampai pecah minyak.
minyak kena banyak, baru best.
then masukkan garam+gula sket.
nampak dah garing, masukkan daging, gaul2 sebati.
dah sebati smua, tutup api.
siap!



sedap oih!
dah cukup pedas, tak payah nak cicah sambal lagi dah.
kalau tumbok guna lesung batu lagi sedap.
tapi kak yah segan la hai, so blend pun okey sajaaaaa.
tapi kena ingat, kena blend kasar yeh, sebab kalau dah halusssss, tak best mkn.
cili and bawang tu kasar2 baru best.
minyak yg berlinang tu, jgn ambik lah.
makan isi ye. hehehe.

kalau aku malas nak buat sambal tumis, aku buat gini je.
cepat sket bule makan kan?
hahaha.
buat dengan ayam pun sedap gak.
hari tu aku buat ngan ikan bilis, pun sedapppppp.
korang cubalah.

4 comments:

  1. kalau sambal tumis memang lambat nak tunggu cili garing.
    kalau bersos macam ni senang sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sambal tumis kena tumis sejam paling kurang baru lazat. yg ni, sat jaaa.. senang nak buat

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...