Search This Blog

Loading...

Thursday, December 10, 2015

DIY Kotak isi plastik

ini projek terbengkalai.
dah lamaaaaaaaaaaaaa simpan kotak nak buat asyik la tertangguh.
duk kemas2 nak buang mana kotak yg tak guna, sebab dah bnyk sgt simpan kotak.
nak buat apa tak tau lahhh.
kotak kasut la yg bnyk.
so, marilah kita setelkan mana yg terbengkalai tu.
plastik pun makin hari makin bertambah.
merata sumbat dah.
not gud not gud.

utk projek ni aku guna kotak susu formula Aniq.
kotak susu S26.
sebenarnya ada lagi, tapi ada yg dah buang pun.
yg ni je bertahan sampai hari ni.
lebih dari 6 bulan kut simpan kotak ni.
hahahah.

aku guna 2 kotak.
kotak tu besar jugak la.
kotak susu 600gram x 2.



mula2 tebuk lubang dulu.
agak2 muat nak masuk tangan utk ambik plastik nnt.
tapi aku punya lubang ni terbesar sket.
but ok je.
buat lubang tu kat bahagian depan dan atas sket.

dah buat lubang, jom kita balut kotak.
aku guna wallpaper yg beli kat Mr DIY.
dah lama beli tak terguna.
sebab salah beli.
background putih, kalau nak tampal kat mana2 tak berapa cun.
agak jarang.
kat kotak ni pun tak lawa gak, tapi hantam sajalahhhh.



tak brapa lawa kan sebab nmpk corak kotak tu.
corak kat wallpaper dah lawa dah.



then, tebuk kat bahagian lubang tadi tu.
guna pisau je nak toreh wallpaper tu.
pastu lipat masuk ke dalam, tak payah gunting.
kalau guna kertas biasa, kena gunting la kut.
ni dah ada gam sebab wallpaper, senang keja.
cuma masa membalut tu renyah sket la kalau guna wallpaper ni.
dah ada gam, kuat plak tu.
kena hati2 sket la buat keja.



dah siappppp.
aku balut depan ja, belakang tak pun.
jimat.. hahaha

ha, aku buat keja ni sambil berdiri letak kat iron board.
kalau buat kat bawah, silap2 pakai tak jadi.
sebab?
tu nampak ada entiti kat tepi tuuuu?
nampak kepala hitam ja tu.
sebokkkkk la nak menolong.
nak selamat, sebelum aku balut dengan dia skali, baiklah aku buat kat atas.
susah sket tak palahhhhh.



plastik smua aku gulung2 gini ja.
malas nak lipat satu2.


 
satu kotak utk plastik kecik, satu lagi utk plastik besar.
lokasi kotak belum dikenalpasti.
tak tau nak park kat mana lagi.
letak ja dlu kat dapor.
soon kita pikir tapak rumah kotak tu.



dulu plastik smua aku sumbat kat bekas plastik ikea ni.
lama gak dia berkhidmat.
aku lekatkan kat tepi almari dapor aku ni.
now bekas ni duk dlm almari kat pintu kitchen kabinet.
aku letak plastik yg big size saja.
yg saiz s, m dan l smua duk kat kotak tadi.

setel 1 part.
dulu nak beli box yg boleh buka penutup depan tu.
tapi mahal nauuuuu.
sebijik rm20++.
nak simpan plastik je pun.
tak kuasa aku.
buat gini pun ok sangat dah.
janji kemas and senang nak ambil kan?

camna korang simpan plastik?
cer share..

4 comments:

  1. senang nak amik dan simpan plastik kalau macam ni.. jimat belanja tak payah nak belanja box lain kan...

    Saya sekarang letak plastik dalam kotak kertas A4

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...