Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 15, 2015

Jalan2 Pusat Sains Negara Caw Wilayah Utara

Mula2 cuti skolah bulan lepas, Amierah balik sini.
2 minggu jugak dia kat sini.
umah tok kejap umah aku kejap.
menggedik Amni sronok main dengan kak long.
seminggu aku hantar balik umah tok umi, kebetulan pengasuh Aniq pun cuti.
duduk la sana berhuha huha budak2 tu.
pening kepala tok umi hampa.

kebetulan aku cuti hari khamis 26hb tu, nak bawak Aniq checkup setahun 2 bulan.
petang tu moh le anak2 kita pegi jalan2.
check up Aniq pagi, tgg papa balik keja tghr tu, pkul 2 lebih baru gerak.



masa duk siap2 nak keluar, ini budak bikin terkejut semua org.
dah pandai skang ni tgk org siap, tau nak keluar.
laju2 merangkak pegi ke pintu.
masa tu aku duk angkat barang bawak masuk kreta.
papa kat luar buat apa ntah, Amni masih dlm rumah.
pintu smua belum kunci lagi.
laju sgt merangkak, tergelincir tgn mcm mana entah, tersembam ke lantai.
pastu apa lagi, waaaaaaaaaaaaaaaa..
aku ingat takda apa, sekali Amni jerit bgtau mulut adik berdarah.
laju2 masuk, kat bibir dah ada darah.
rupanya terkepit gigi kat bibir masa jatuh tu.
luka sket, and berdarah.
tersedu2 nangis.. olo looooo hero mama ni.
tengok mata sayu ja tu.
dah masuk kreta, 10 minit berlalu, kembali mengganas.
haishhhh la anak.



acah2 wefie anak beranak.
bukan senang nak keluar sama2 ni oiii.
laki aku kan duta pintu sempadan.
hahaha.

singgah umah tok umi pick up kaklong Amierah and adik aku skali.
Aniq tinggal.
hahahaha.
seb baik dia kecik lagi tak tau kena tinggal.
tak kuasa nak bawak nak berdokong budak ni.
berat woih.
ngan tak duk diamnya.
lagipun cuaca panas kan?kesian pulak.
mak aku pun tak bagi bawak suruh tinggal dgn dia ja
dia kalau tinggal ngan mak aku, senang ja.
agak dia melasak ka, duk merempan tak tentu hala ke apa, tok umi bawak  masuk buai ja.
10 minit camtu, selamat la belayar.
tok umi kata, lepas aku gerak, pkul 3.30 camtu masuk buai, tidoq sampai pkul 6 petang.
dasyat kau dik.
kalau kat rumah, jangan harapppppppppppppp lah.

okeh, destinasi tujuan is Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara kat Gunung Keriang sana.
korang yg tinggal area kedah perlis dah pernah pegi ke belum?
yg belum, boleh la bawak anak2 pegi sana sementara cuti skolah masih berbaki ni.
best la jugak.
boleh tengok kat page ni http://www.psn.gov.my/ utk info.
tapi ni utk HQ la.
utk cawangan utara blh tgk kat FB, search Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU).
cawangan KL tutup sekarang ni utk reno

ni second time aku datang sini.
bagus bawak anak2 datang sini.
diorg bule main sambil belajar sains.
masa kat sini, laki aku lak yg lebih dari budak2.
hahahah.
1st time kannn?
dia mmg suka la benda2 mcm ni, nak kena explore, bab2 sains ni smua.
setiap apa yg ada tu, satu per satu dia belek okeh.
ni apa kebenda, buat mcm mana, jadi apa, blablablabla..
aku?
sorry sebok.. hahahaha
dah pernah datang so takda la teruja sgt.
mula2 dulu tu teruja jugak la.
pastu aku duduk ja, tengok budak2 main.



kat depan, suruh budak2 posing jap.
kak long tahun depan darjah 3, dah menggalah tinggi.
Amni muka mencuka sket, pasai apa entahhhh..

tempat ni luas, ada 2 tingkat.
kat bawah takda menda, semua kat atas.
kena naik tangga and thats y aku tak bawak Aniq. hehe.
ingatkan pegi hari khamis takda org, tapi ramai la jugak.
 

 
tak bnyk sgt gambar sebab bateri tak berapa nak ada.
powerbank bule plak tinggal.
so far anak2 enjoy kat sini.
bapaknya pun enjoy. hahahah.
asyik tengok semua, pastu mengkagum.
budak2 sebok main gelungsor la apa, apaknya duk buat eksperimen.
mak bosan menunggu.
takpa2, nama pun belajar ye dok?
kami kat sini sampai tutup.
lagi 15minit nak tutup diorg bgtau and padam lampu sket2.
so, moh la kita beransur.
sembahyang asar siap2 kat surau bawah kut tak sempat balik.



ini paling best.
duk merapu dengan laki. hahaha
penimbang semesta alam.
ko naik, kang pilih planet.
then kluar la berat ko brapa kalau ko kat planet tu.
contoh, kat bumi berat 70kg. pastu pilih planet marikh, berat ko jadi 1200kg.
pastu pilih matahari, berat ko 0.026kg. ko mampuuuuu haluih gitu?
hahahahaah
duk naik ni, tekan2 pastu duk gelak2 ngan laki.
bengong ja dua2.

setel smua, pegi makan pulak.
masing dah lapar katanya.
makan koteuw goreng kat area Pantai Johor tu.
belah mana entah, lupa dah aku.
then pegi jalan2 kat AEON Big Alor Star.
belanja anak2 kat Mr DIY sket.
pkul 7 gerak balik rumah.

sedikit info pasal Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU).
- lokasi berhampiran Muzium Padi Kedah.
 
Pusat Sains Negara
Cawangan Wilayah Utara
Gunung Keriang
06500 Alor Setar, Kedah
Koordinat GPS: N 6° 11′ 27.7″, E 100° 19′ 29.4″


- bayaran masuk utk dewasa RM2. kanak2 bawah 12 tahun RM1.50 kalau tak silap. bawah 6 tahun free. sory kalau silap, sebab tiket dah buang. +_+
- waktu operasi : 9 pagi - 5 petang. tutup hari Jumaat.

utk details bule check kat FB diorg.
ada yg belum pergi, jom la pergi, bawak anak2 meransang minda.
sure best!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...