Search This Blog

Loading...

Monday, December 14, 2015

Make over master bedroom

tajuk gempak mcm buat big make over.
padahal tambah wallpaper jewwwwwww.
hahahaha

saja nak ubah suasana sket.
hari tu masa pegi Mr DIY nampak wallpaper utk dinding.
saiz dia besar sket.
lebih lebar dari wallpaper biasa.
harga segulung RM13.90 sajaaaa.
terasa nak try.
nak buat kat ruang tamu, tapi kita cuba utk master bedroom dlu.
kut tak lawa ka apa, tak la rasa down sangat.
hahahaha
sebab benda murah ni kita jgn letak high expectation sangat kan?
kualiti nipis je wallpaper ni.
balik rumah tunjuk ke laki.
kena gosok2 pujuk2 sket nak minta dia pasang.
aku boleh je nak pasang sendri.
tapi pikir kena panjat tangga bagai..
errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..

aku beli terus 4 gulung.
risau kang tak cukup.
lebih sket tak pa.
tak cukup, nak beli pulak takda stok ke apa, menggagau nanti.



feature wall kat masterbedroom.
bilik ni cat pink, kat feature wall kaler merah ang ang.
nak cat merah tu pun drama jugak dulu.
pakai bnyk cat sebab merah ni mmg susah.
kena bnyk layer baru lawa.
kalau tak berbalar je.
keluasan kat bahagian ni dalam 7 kaki lebar x 13 kaki tinggi.
lebih kurang gitu la saiznya.



wallpaper yg dipilih.
tak bnyk pilihan yg ada.
tengok ada bunga2 pink, so ok la kut.
wallpaper ni nipis, kena hati2 masa pasang.
peluh2 jugak la papa pasang ni.
3-4 jam jugak la nak siap.
dia siap spray air lagi punya nak bagi elok, takda gelembung angin.



ada 2 lampu tidor kat dinding.
kena tanggal dulu.
pastu ada plug jugak, kena potong elok2.



dah siap pasang.
lain nau rasa bilik.
sebab background putih kut.
biasa kaler merah kan?
terasa romantik lebih pulak.
hahahaha.

beli 4 gulung tu tak habis guna pun.
sedang elok ja kelebaran 4 gulung tu ngan dinding ni.
lebih sket dlm 2 inci, kena tampal.
kiranya pakai segulung, yg lebih tak pakai dah.
ambik gulung yg baru.
tak nak sambung kang nmpk tak lawa.
klau guna semua rasanya 3 gulung dah cukup.
sebab murah so tak terasa sangat la.
hahahaha.
kalau mahal harussss jimat cermat.
gitu la org kita.. kekeke

Amni kata, cantiknya bilik mama.
hehe..
thanks to papa sebab sudi layan and tolong pasang.
minta upah beger mc d je..
soon kita beli wallpaper yg elok sket utk pasang kat ruang tamu pulak eh.

2 comments:

  1. 13.90 ye wpaper kt DIY tu..
    dok tgok jgk, mcm teringin nak beli..
    tp xda design yg bkenan, enSuami tak suka bunga2, emm..
    n kt MRDIY kt sini tak ada harga, sbb tak beli, so segan la nak tya harga...
    lps ni bo la kira2 bajet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bnyk design sgt klau yg pasang kat dinding ni. kalau yg biasa, banyak je corak lawa2..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...