Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 06, 2016

Back to normal routine

dah masuk tahun baru..
sekolah pun dah start.
fasa rilex pisang mak pak dah habisssssssssssssss..
muahaha..
bulan doblas, lex je bangun pagi, drive g kerja pun rilex.
sekarang tidak lagi.
buat keja kena laju2 dah takda nak rilex2 sangat dah.

start cuti skolah, aku tak hantar Amni ke Pasti.
actually tadika dia tak tutup pun, buka juga kalau ada mak bapak yg keja nak hantar anak.
tapi aku cutikan dia.
sebab,pengasuh Aniq pun nak cuti, so Aniq minta mak and adik2 aku jagakan.
dah hantar Aniq, hantar skali Amni la kan pegi umah tok umi.
kalau hantar adik je, kang aku yg teruk.
hantar adik ke rumah tok umi, hantar Amni ke tadika.
penat nak pusing, nak drive sebab tak sejalan.
letih mak kau nak oi.
Amni lagilah suka tak pegi tadika.
sebulan tak skolah, now kena bangun awal, mandi siap pegi skolah, ko bayangkanlah mcm mana huru hara tu pagi2.
adehhh.
tapi dah ada pengalaman tahun lepas, aku aku boleh la sabar and handle dia.

dia patutnya start ke skolah 21hb doblas.
tapi memandangkan minggu tu nak skolah 3 hari je, aku malas nak hantar.
dia start skolah minggu last bulan 12.
1st day bangun pagi, nak mandi nak siap, perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
walau mlm tu dah bgtau esok pagi bangun takmo teriak2, tapi tataplahhhhhhhhhhh berdrama.
kohkohkoh..



muka 1st day.
hahahahah.
kelat oi.

minggu ni tak pakai baju skolah lagi cikgu kata.
start 4 Jan 2016 baru pakai baju skolah.
utk thn ni aku tak bli dah uniform baru sebab yg lama elok ja lagi.
ada 3 pasang, yg sepasang  tu baru lagi.
so kita pakai yg tu jelah kakak yeh?
aku cuma beli baju sukan Pasti yg hijau tu ja sepasang sebab yg lama lusuh dah.
baju sukan cawangan pun tak beli.



gigih la mak kau ni g beli beg skolah baru.
beg yg lama tu ok ja lagi, takda rosak apa.
yelah bukan isi buku pun kan, baju je pun.
tapi nak anak enjoy g skolah, beli jugak la yg baru, yg dia suka.
lagipun beg lama tu kecik, ngam2 ja bila isi baju sepasang ngan towel.
yg ni beli besar sket.
suka dia bila tgk beg robocar poli ni.
hari2 duk galas masa cuti tu.
dah masuk skolah, kau menangis jugekkkkkkkkkkkk.

aku tak cuti pun hari tu.
hantar then tinggal.
bukan 1st time pun kan?
bab nangis tu mak dah master, takda hal.
sampai skolah, salam2, peluk, kiss dia sket pastu mak blah.
hahaha.
cikgu ambil bawak masuk dlm.
ptg tu masa aku ambik dia, tgk elok ja duk berlari main dgn kawan2 baru.
cikgu cakap, dah jumpa kawan, takda nak nangis2 dah pun.
masuk kreta, cerita macam2 sampai la rumah.
yg pagi tadi teriak mcm nak mati tu dah kenapa kan?
hahahah.
maka perkara yg sama berulang2 sampai hari ni.
mak pak dah kental, hadap sajalah.
elok ja belok masuk taman nak pegi tadika, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
mula balik drama swasta sambung nangis yg pagi tadi masa bangun mandi tu.
adoi la anak..



gambar minggu lepas.
pakai baju sedondon anak beranak.
saja nak bagi dia syok sket.
tapi tetaplah muka kelat. hahahaha..

minggu ni start pakai baju skolah dah.
tghr, pas mandi baru tukar baju biasa.
kita bagi masa sebulan utk dia edjas diri utk biasakan dengan rutin bangun pagi ni.
biasalah budak2 kan?
kena pulak mak pak keja, so kurang masa sama2 dengan diorg.
blk keja, waktu mlm or weekend, aku cubalah sehabis sabar layan kerenah anak2.
Aniq ok la kecik lagi, tak paham menda.
Amni dah besar, dah masuk 5 tahun, dah pandai komplen.
kadang2 mengamuk kadang2 menangis nak itu nak ini.
diorg nak perhatian kita sebenarnya kan?
so, mak kena banyak sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
kena bnyk istigfar, tak nak marah2 diorg.
walau kadang2 termarah jugak.
bila mengamok tak tentu hala tu, menangis meraung takda punca tu kena jugak la sket.
hahaha.
aku ni rimas kalau budak2 duk teriak, bising2 tu.
mujur la masa anak kecik, takda yg kena sawan tangis ke hapa.
silap2 boleh meroyan. huhu
Amni ni kena bnyk saiko, kena cakap lembut2, takleh marah2.
masalah mak kau ni, tak sabar.
muahaha.
tahun ni kalau boleh nak cuba bnykkan sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
harap2 tu ok la..
dia ni close ngan apak dia.
tapi apaknya keja tak sama mcm mama.
weekend keja, blk keja pun kadang2 maghrib baru sampai.
pastu bnyk plak tanggungjawab, nak kena buat tu buat ni.
tu aku malas nak crita kat sini, sebab melibatkan bnyk pihak.
susah plak nnt.
so masa ngan anak2 tak bnyk.
bila papa nak keluar waktu mlm, dia punya meraung tu mcm kena pukul.
aku plak yg stress.
papa pun aku tau dia stress, tapi telan mati mak, luah mati pak.
nak kemam dlm mulut pun tak leh.
gitu la lebih kurang situasinya.
bukan semua org paham masalah kita kan?
anak2 jadi mangsa, then aku la kena main peranan.
dah bertahun, redho jelah.
di pihak aku takpa lah, anak2 mcm mana?
susah oi..

ok, just let it goooooooooooooooo..
malas pikir.
marilah kita berdoa, moga 2016 ni lebih baik dari tahun2 lepas.
harap2 aku lebih matang dalam menguruskan hal2 harian.
hal rumahtangga, hal anak2, hal kerjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...